[size=85%]Setiap tahun jutaan tayar terpakai dibuang dan hanya sebahagian kecil dikitar semula. Ini ialah pembaziran dan seperti yang kita sedia maklum getah pada tayar yang digunakan tidak mudah terbiodigredasi. Di Malaysia tayar terpakai digunakan sebagai tukun tiruan. Bagi Yong Ho Ji , seorang artis seni tampak dari Korea Selatan tayar terpakai dijadikan bahan asas penghasilan arca-arca beliau. Beliau menghasilkan arca gergasi haiwan mitos dan mutasi untuk karya "Mutant Mythos" beliau menggunakan 100% tayar terpakai.