View: 4034|Reply: 13
|
10 MASJID TERBESAR DI DUNIA
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by wanty at 19-6-2012 13:38
1. Masjidil Haram di Mekah
Masjid Haram di Mekah ini merupakan masjid terbesar di seluruh dunia dimana di tengahnya terdapat bangunan Kaabah yang menjadi arah kiblat solat seluruh umat Islam di dunia. Memiliki luas 4.008.020 meter persegi (990,40 hektar) dan mampu menampung lebih daripada 4 juta jemaah samada di dalam ruang masjid ataupun diluar. Masjid yang tidak pernah sepi dan setiap saat selama 24 jam sentiasa ada umat Islam yang beribadah, baik mengerjakan solat mahupun melakukan tawaf (berjalan mengelilingi Kaabah). Masjidil Haram adalah masjid yang paling ramai dikunjungi umat Islam dari seluruh dunia terutamanya di musim ibadah haji setiap tahun.
2. Masjid Al-Nabawi Madinah
Setiap umat Islam di dunia pasti mengenali masjid ini kerana Masjid Nabawi merupakan salah satu masjid utama bagi orang muslim selain Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Aqsa di Baitul Maqdis, Palestin. Merupakan tempat peristirehatan terakhir dari Nabi Muhammad SAW. Setiap umat Islam yang menjalankan ibadah haji juga dipastikan akan mengunjungi masjid terbesar ke-2 di Arab Saudi malahan di dunia juga.
3. Masjid Imam Reza Shrine di Masyhad Iran
Imam Reza Shrine di Masyhad, Iran adalah sebuah kompleks yang mengandungi makam Imam Ridha, Imam kelapan Syi’ah Imamiyah dan dikenal sebagai masjid terbesar ketiga di dunia. Juga terdapat dalam kompleks Masjid merangkumi Masjid Goharshad, muzium, perpustakaan, empat seminari, kubur, Universiti Islam Razavi Ilmu, sebuah ruang makan untuk pelawat dan lain-lain bangunan.
4. Masjid Istiqlal Jakarta Indonesia
Masjid yang dibangun di era lama di saat pemerintahan Presiden Soekarnao ini sehingga kini masih lagi digelar sebagai Masjid Terbesar di Asia Tenggara, walau kebanyakan masjid-masjid baru mula muncul dan megah namun secara keseluruhan belum lagi boleh menandingi kebesaran Masjid Istiqlal ini. Istiqlal yang bererti kemerdekaan merupakan anugerah atas kemerdekaan yang diraih Indonesia melepaskan diri dari belenggu penjajahan.
5. Masjid Hasan II Maroko
Masjid yang berada di Casablanca ini direka oleh arkitek dari Perancis, Michel Pinseau dengan memiliki menara masjid tertinggi di dunia lebih daripada 200 meter, di mana menara tersebut menghadap terus ke Samudera Atlantik
6. Masjid Faisal, Islamabad Pakistan
Masjid Faisal ini saat ini merupakan masjid terbesar di Asia Selatan dan sebelum Masjidil Haram di Mekah di ubahsuai, masjid ini pernah menyandang pgelaran sebagai masjid terbesar di dunia daripada 1986-1993. Masjid yang menjadi masjid kebangsaan Pakistan ini memiliki kapasiti 300 ribuan jemaah.
7. Masjid Badhshahi Lahore Pakistan
Juga dikenali dengan nama lain iaitu Masjid Sultan, Masjid ini pernah menjadi masjid terbesar di Asia Selatan dan memiliki kapasiti sehingga 100 ribu atau lehih dan berada betul-betul di tengah kota Lahore Pakistan
8. Masjid Sheikh Zayed Abu Dhabi UEA
Nama masjid diambil sempena nama Presiden pertama Uni Emirat Arab Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan dan mula digunakan oleh penduduknya pada tahun 2007. Makam Sheikh Zayed juga terdapat di dalam kawasan masjid terbesar di UEA tersebut.
9. Masjid Jami” Delhi India
Masjid yang berada di kota lama India Delhi ini merupakan masjid lama di India, masjid yang dibina di prakarsai oleh pembuat Taj Mahal Kaisar Mughal Shah Jahan dibina pada tahun 1656 Masehi. Puluhan ribu jemaah setiap solat Jumaat bukan sahaja memenuhi seluruh ruang di dalam masjid bahkan di luar masjid.
10. Masjid Baitul Mukarram, Dhaka Bangladesh
Masjid ini berada tepat di jantung ibukota Bangladesh Dhakka, masjid yang selalu penuh sesak terutama ketika solat utama dan di bulan suci Ramadhan, masjid ini dibina sekitar tahun 1960-an dengan kapasiti 30 ribu umat, namun dalam perkembangannya ditambahkan menjadi 40 ribu umat dalam satu masa.
*kredit to baca-blogspot.blogspot.com |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
rindunya pada Masjidil Haram & Nabawi... |
|
|
|
|
|
|
|
harap2... dpt capai target .. pegi masjidil haram... |
|
|
|
|
|
|
|
Masing2 ada kelebihan dan keunikan tersendiri |
|
|
|
|
|
|
|
tersergam indah masjid2 ni... |
|
|
|
|
|
|
|
masjid tuanku mizan, putrajaya, negara, wilayah kl kapasiti max berapa org eh? |
|
|
|
|
|
|
|
masjid tuanku mizan, putrajaya, negara, wilayah kl kapasiti max berapa org eh?
supernaturalee Post at 20-6-2012 11:35
masjid tuanku mizan - 20,000 jemaah (source - JAKIM)
masjid putra - 10,000 jemaah (www.masjidputra.gov.my)
majid wilayah - 17,000 jemaah (www.masjidwilayah.gov.my)
masjid negara - 15,000 jemaah (source - JAKIM) |
|
|
|
|
|
|
|
memang cantik2 masjid2 ni......tetapi masjid2 yg cantik2 ni tak termasuk Masjidil haram dan Masjid Nabawi , berapa ramai yg memenuhinya setiap hari tidak termasuk hari perayaan??>... |
|
|
|
|
|
|
|
suka pandang atas bila masuk dalam masjid-masjid nie... sebab nampak keindahan padanya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Radzor at 20-6-2012 23:17
melihat ke atas...dan juga ke bawah...(berbangga dihati tetapi juga memikirkan hala tuju umat islam sejagat) adakah kita bertaqwa
BERMEGAH-MEGAH DENGAN MASJID
Ertinya:
Dari Anas bin Malik r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: "Tidak berlaku (terjadi) hari qiamat sehingga umat ku bermegah-megah (dengan binaan) masjid".
H.R Abu Daud
Keterangan
Di antara tanda hampirnya hari qiamat, ialah umat Islam berbangga dan bermegah-megah dengan masjid yang mereka bina. Masing-masing negara berbangga dan merasa megah dengan bangunan masjid. Perhatian mereka hanya kepada keindahan masjid sahaja, tidak kepada pengisian masjid dengan ibadat dan solat berjamaah. Banyak masjid-masjid yang indah, besar dan cantik, tetapi yang datang bersembahyang di dalamnya hanya segelintir manusia sahaja.
Gambar hiasan:
Masjid Kristal merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu. Tempoh pembinaan kira-kira 2 tahun, 2006-2008 dan ia dibuka secara rasmi pada 2 Feb 2008, berkeluasan 2,146.12 m² dan boleh menampung kapasiti jemaah 700.. Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia kerana mempunyai perkhidmatan wi-fi didalamnya bagi membolehkan pengguna mengaccess internet dan menggunakan al-Quran elektronik
Disebabkan Masjid Kristal ni di buat di pulau yang tak ada orang, dan kampung bersebelahan dah ada banyak masjid,
Sembahyang jumaat tidak boleh dilakukan di sini..tak ada 40 penduduk bermukim. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 13# Radzor
salah 1 pembaziran |
|
|
|
|
|
|
| |
|