|
Reply 40# sukeje
emm.. sukeje cite pasal gunung senyum kat thread satu lagi..
sini cite pasal gua kota gelanggi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 41# punkerzoe
Alamak. . . . Sorry. Mmg selama ni ingat same. Salah rupanya.
Akan ku delete |
|
|
|
|
|
|
|
hehee... tidak mengapa sukeje... biasala tu silap...
saye pun ade wat silap jugak... kita manusia ni bukannye 'perfect' kan...
saye dah quote kisah sukeje tu kat thread gunung senyum... terime kasih
kerana berkongsi... |
|
|
|
|
|
|
|
7. Interpretasi Kota Gelanggi Sebagai Mitos
Berbagai interpretasi dibuat terhadap mitos Kota Gelanggi; apa lagi jika terdapat terlalu banyak versi melalui banyak informan. Allahyarham Zakaria Hitam (Pak Zek), seorang tokoh budayawan terkenal mengakui hakikat ini. Allahyarham sendiri mempunyai beberapa versi, tetapi beliau terpaksa merumuskan sendiri mitos Kota Gelanggi ini. Malah, lebih dari itu beliau telah mengaitkan pula dengan Syair Jeragan Budiman.
Penciptaan mitos yang dilihat dalam cerita Kota Gelanggi ini tentu sahaja mempunyai sebabsebab yang tersendiri. Menurut Abdul Mutalib Ghani dalam tulisannya “Kota Gelanggi : Sebuah Catatan, Warisan Sastera Pahang Darul Makmur’; Pahang diibaratkan sebagai seorang wanita cantik – yang menjadi idaman setiap jejaka yang memandangnya.Ini dibuktikan apabila pengarang Sejarah Melayu begitu tertarik dengan kisah-kisah Pahang.
Oleh itu, rakyat tempatan mempunyai sebab untuk melindungi khazanah kerajaan tua mereka dengan mencipta mitos tentang keajaiban di Kota Gelanggi. Penduduk di kawasan sekitar Kota Gelanggi sehingga kini mempercayai kewujudan orang bunian yang menjadi penunggu ‘di kota-kota’ itu.
Rakyat tempatan juga percaya orang bunian di Kota Gelanggi, suatu ketika dahulu memberi pinjam peralatan-peralatan kenduri kepada mereka. Bagaimana pun kini, tiada lagi kerana berlaku penipuan ketika memulangkan peralatan berkenaan. Mitos ini dicipta khusus untuk menunjukkan kepada ‘orang luar’ bahawa, rakyat tempatan diberi keistimewaan oleh roh-roh nenek moyang dan orang bunian di situ.
Mitos Kota Gelanggi dihubungkan dengan alam ghaib, mambang atau setidak-tidaknya Raja Mambang mengikut versi Cameron. Terdapat cerita yang mengatakan Raja Mambang dalam mitos ini berasal dari Mambang, sebuah kampung di tepi Sungai Pahang yang masih wujud dalam Mukim Penyur, daerah Pekan. Mengikut Ahmad Kotot pula, anak Raja Mambang itu datang dari Bukit Mambang, Kampung Jawa, Mukim Batu Talam daerah Raub. Kenyataan Ahmad Kotot ini lebih hampir dengan versi Cameron yang menyatakan Raja Mambang dari Lipis. Mambang adalah makhluk halus atau jin yang mempunyai keupayaan luar biasa. Oleh itu, keruntuhan kerajaan Kota Gelanggi digambarkan bukan sahaja kerana berperang dengan mambang, malah oleh Sang Kelembai. Hal ini merupakan mitos yang digunakan oleh rakyat tempatan untuk melindungi kelemahan kerajaan tua mereka.
Versi Mohamad Angkut dan Haji Mat Taib Saman, menyatakan Rusul / Raja Usul berasal dari Rembau. Hal ini mungkin disebabkan kekeliruan pewaris cerita tentang kedudukan Rembau, kerana versi Cameron menyatakan Raja Usul dari Bera. Hal ini tidaklah rumit, kerana Bera memangnya terletak hampir dengan sempadan Pahang-Negeri Sembilan.
Arca-arca yang menyerupai manusia, binatang, dan lain-lain itu menimbulkan bayangan-bayangan kepada ‘yang empunya cerita’ untuk mengaitkannya dengan mitos-mitos, sebagai jalan mudah untuk menjawab persoalan-persoalan dalam diri mereka. Kadang kala ‘yang empunya cerita’ ini terdiri daripada ketua-ketua masyarakat atau pawang-pawang yang dihormati; lantas cerita mereka diterima sahaja sebagai sesuatu yang kudus dan benar. Bagaimana pun, menurut Cameron :
“Native rumor describes it as an ancient ruin, the inmates of which, as well as their
furniture and utensils, have been turned to stone…….
The wonderful ruins are, after all, only limestone caves, with no trace of man’s
handwork about them, and no evidence whatever of having ever been occupied by
man. Still as caves they are wonderful and well deserve a visit…….”
Dari segi kesannya, bukan sahaja penulis Sejarah Melayu yang terpikat dengan mitos Kota
Glanggi / Ganggayu, malah dalam Syair Jeragan; sebuah puisi rakyat yang dikumpulkan oleh Allahyarham Zakaria Hitam, turut menjumpai pengaruh ini. Menurut satu episod syair ini, Jeragan Muda membawa kekandanya Jaya Putera pulang ke Zamin Eran (dipercayai Pahang kuno). Semasa pelayaran ini terlihat sebiji buah kelompang terapung-apung. Bila diambil dan dibelah, keluarlah seorang puteri, lalu ditanya oleh Jeragan Budiman asal-usulnya. Maka dijawab oleh puteri itu :
Puteri pun tunduk seraya berkata,
“Cahaya Metia namanya beta;
Sebab negeri dilanggarnya bota,
Ayahanda bonda hilang di aba.
Beta nan anak jin Islam,
Namanya Sultan Darul Alam;
Kotanya Pulanggi, Pagarnya Nilam,
Padangnya Embun gunungnya Kelam.”
Tentu sahaja syair ini mengambil sedikit mitos Kota Gelanggi, kerana puteri ini menyatakan negerinya dilanggar bota (mambang / jin), kotanya Pulanggi (Gelanggi), pagarnya nilam (Pasir Nilam di Mukim Pulau Tawar), padangnya embun (Padang Embun, mukim Pulau Tawar) dan Gunung Kelam (Gunung Kelam di Jerantut). |
|
|
|
|
|
|
|
8. Penutup
Hampir kesemua penduduk sekitar Kota Gelanggi yang ditemui dalam penyelidikan ini cerita Kota Gelanggi adalah cerita yang ‘keras’ sumpahnya. Penuturan ceritanya tidak boleh dibuat-buat atau diajuk-ajuk; hanya dipermudahkan begitu sahaja. Bukan mudah untuk mengekalkan kepercayaan sebegini, sekiranya tidak pernah berlaku sesuatu yang dianggap benar.
Walau apa pun, gua-gua di Kota Gelanggi itu akan kekal sebagai monumen bersejarah yang hingga kini belum selesai diterokai. Dengan kedatangan peminat sejarah, sastera dan seni ke kawasan Kota Gelanggi ini, penduduk-penduduk tempatan mengulang-ulangi cerita-cerita yang mereka dengar daripada nenek moyang mereka. Dan mereka bangga dengan itu.
Kota Gelanggi bukan sahaja menarik kerana jumpaan berbagai barang purba di dalamnya; lebih dari itu adalah kerana keindahan dan keajaiban rupanya yang dapat menimbulkan ilham untuk menggubah cerita atau sekurang-kurangnya mengaitkan sesuatu kejadian itu dengan watak Sang Kelembai. Ini menunjukkan Kota Gelanggi tergolong dalam mitos etiologi yang lebih menumpukan kepada asal-usul kejadian dan rupa fizikal sesuatu subjek. Jika tiada cerita-cerita mitos ini, tentu sahaja tiada penerokaan dibuat melainkan menjadi tempat mengambil baja najis kelawar dan kuari sahaja. |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik aku sempat pergi sebelelum PKPB dilaksanakan.
Memang cantik gila!
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Best giler. seperti adegan dalam filem The Lion King
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|