Post Last Edit by sara2511 at 17-7-2012 01:23
Kehilangan empat gigi termasuk dua gigi hadapan dan diaterpaksa mengambil suntikan kolagen untuk mengatasi masalah kedutan padawajahnya - itulah Zara, gadis yang hanya berusia 15 tahun tetapi kelihatan tuaumpama wanita 45 tahun.
Zara mengalami kecacatan genetik yang memberi kesan kurangdaripada 30 orang di Britain - tetapi apa yangmengejutkan, ibunya, Tracey dan kakaknya, Jolene, 23, turut memilikikecacatan genetik ini. Zara sudah bertahun-tahun dibuli dan dipukul malahdiejek dengan panggilan "nenek". Namun kini Zara telah memilihbersuara dalam usaha untuk menentang buli dan meningkatkan kesedaran awammengenai keadaan dirinya.
Zara, Jolene dan Tracey, 41, mengalami 'lipodystrophy', yangmenghakis tulang dan memusnahkan tisu lemak di bawah permukaan kulit danmenyebabkan penuaan pramatang. Stefanie Williams, pakar dermatologi di London berkata:"Seorang pakar bedah plastik mungkin memindahkan lemak daripada satubahagian tubuh ke kawasan tertentu di tubuh pesakit ini. Rawatan lain akanmelibatkan suntikan atau implan".
kredit jennykaleyn.blogspot.com
|