[size=100%]
[size=100%]Sebenarnya walau apa yang dilakukan oleh rakyat Libya kepada mayat Muammar Ghadafi, bekas pemimpin utama Libya itu sudah tidak apa-apa. Tiada apa-apa yang mencacatkannya lagi kerana dia sudah meninggal dunia. Yang dihinakan adalah jasadnya semata-mata. Sedangkan rohnya sudah pun beralih alam.
Ditendang, diludah, dikencing mahupun dibelasah, mayat Muammar Ghadafi tidak akan memberi kesan kepadanya. Yang menerima balasan atas perbuatan itu nanti adalah mereka yang terlibat menghina mayatnya...
Itu harga sebuah Revolusi yang dibangga-banggakan!!!
Satu rakaman klip video yang menunjukkan kekejaman terhadap mayatnya telah mula dimuatnaikkan ke Internet oleh pihak yang tidak dikenali. Rakaman berkenaan sebenarnya ditujukan kepada Presiden Syria, Bashar Al-Assad yang diberitakan telah melarikan diri dari Damsyik kerana perang saudara di negara tersebut mula dicampurtangan oleh Amerika Syarikat dan negara-negara penyokong Zionis.
Inilah yg dinanti-nantikan oleh Amerika, yg selama ini memberikan bekalan senjata kepada penentang2 Syria atas nama DEMOKRASI.