Secara umumnya, labah-labah mempunyai bentuk fizikal yangkecil dan lembut. Dalam erti kata lain, kalau dipijak pun, mesti mati. Tetapiseorang warga Desa Gembongan, Jawa Timur, menjumpai dua ekor labah-labah pelikdi sebuah pokok di belakang rumahnya. Tidak seperti labah-labah biasa padaumumnya, di punggung serangga labah labah pelik ini tumbuh sayapseperti paragliding selepas itu terdapat cengkerang dan tanduk macam seekorpenyepit ketam.
Cengkerang sekaligus sayap yang melindungi tubuh labahlabah pelik ini berwarna kuning bergaris hitam dan berbentuktajam. Di hujung cengkerang tersebut, tampak dua buah tanduk di sisi kanandan kirinya. Dua ekor labah-labah ini kali pertama ditemukan sedang membuatsarang di pokok mangga Ilham. Ilham kemudian menyimpan dua labah-labah pelikitu di dalam bekas.
Sejumlah warga desa yang kepelikan setelah mendengar berita tersebut terusmendatangi rumah Ilham. Secara faktanya, labah labah pelik jenis inimasuk dalam kategori spesis gasteracantha cancriformis atau labah-labah ketam.Labah-labah ini tidak membahayakan bagi manusia dan termasuk predator ataupemangsa serangga lain. Labah labah pelik jenis ini biasanya ditemukan di daerah beriklimtropika dan sub tropika seperti Amerika Tengah, Jamaika, Kuba, Dominika,Australia dan Filipina.
|