CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5685|Reply: 13

Gambar Penagih Candu di China Suatu Ketika Dulu.

[Copy link]
Post time 29-7-2012 10:38 PM | Show all posts |Read mode
[size=85%]Bermulanya Abad Penghinaan China

Apa itu abad penghinaan atau bǎinián guóchǐ ? Ianya seabad dimana rakyat China merasakan negara mereka dimalukan oleh kuasa luar seperti British, Perancis dan USA. Ianya bermula setelah Maharaja China meletakkan sistem Kanton. Melalui sistem Kanton pedagang luar tidak boleh berdagang secara terus di China tetapi dihadkan hanya di perlabuhan Kanton ketika musim perdagangan. Diluar musim perdagangan pedagang harus keluar dari China dan mereka berambus ke Macau. Piahk British melalui Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI)membeli teh dari China dan menukarkannya dengan tahil timah kepada negara China.

Permintaan terhadap teh melonjak di Eropah menyebabkan ketidak seimbangan perdagangan antara China dan British. China pada masa itu tidak banyak mengeksport barangan dari Britain. Kesan daripada trade deficit ini negara Britain kekurangan perak dan ini menrisaukan empayar Britain. Maharaja China menetapkan beliau hanya mahu menerima tahil perak sebagai matawang rasmi dan enggan menerima bayaran dalam bentuk lain. Bayaran dalam bentuk emas pun ditolak baginda.

Pada waktu itu timbul idea geliga dari  SHTI untuk mengeksport candu dari koloni mereka di India kedalam China bagi mengimbangi defisit perdagangan diatas. Bila candu mula dibawa masuk bermulalah masalah ketagihan candu yang kronik dikalangan rakyat China. Lama-kelamaan China terpaksa mengimport candu lebih banyak dari mereka mengeksport daun teh. Ini menyebabkan baginda Maharaja pula risau kerana jumlah perak dalam simpanan negara berkurangan. Bagi menyelamatkan masa depan negara, baginda mengerahkan pemberhentian perdagangan dengan kuasa luar. Baliau juga memaksa pedagang SHTI menyerahkan kesemua stok candu mereka kepada pihak berkuasa untuk dimusnahkan. Baginda cuba menyelamatkan ekonomi negara dan pada waktu yang sama membanteras masalah ketagihan candu yang semakin kronik.

Pjihak SHTI tidak berpuas hati dan melaporkan kejadian ini kepada kerajaan British. Maka bermulalah Perang Candu Pertama yang berakhir dengan kekalahan China pada tahun 1842 selepas 3 tahun bermandi darah.China kemudian bersetuju menanda tangani Perjanjian Nanking yang membenarkan perdagangan candu berterusan, penyerahan Hong Kong kepada British, hak berkuasa kepada British di pelabuhan China serta penetapan tarif yang berat sebelah kepada British. Perjanjian ini juga dikenali sebagai Perjanjian Berat Sebelah dikalangan penduduk China kerana British tidak memberikan apa-apa kembali kepada China keatas hak perdagangan istimewa meraka ini.

Selepas perjanjin Nanking dimeterai masih ada pembesar China yang rasa terhina. Mereka kemudian melanggar syarat berat sebelah yang terpaksa dipersetujui mereka. Ini menyebabkan berlakunya Perang Candu Kedua yang juga berakhir dengan kekalahan China. Pelabuhan Canton dibedil kapal perang Inggeris tanpa belas kasihan dan akhirnya perjanjian baru dimaterai dengan syarat-syarat yang lebih memalukan China. Kali ini Perancis, Russia dan USA turut serta meratah ketuanan Cina di China.


[size=85%]At the end of the China lost it all thanks to the conniving skill of the British DRUG DEALERS. Chinese were humiliated and the world power of that time plundered China of all her wealth

Some things never changed it seems because as we see now the French, British and Yanks are still using the military power to subjugate people to their unfair will!







kredit blogserius.blogspot.com






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2012 11:42 AM | Show all posts
Kenapa semua pengisap paip tu baring..
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2012 12:55 PM | Show all posts
lagi sedap kalo baring
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2012 08:25 AM | Show all posts
Skang ada lagi ke candu?
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2012 09:11 AM | Show all posts
stim jer aku tgk dorang ni hehhehehehhe
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2012 09:38 AM | Show all posts
mcm2 style ada.......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-7-2012 11:36 AM | Show all posts
yg kurus kering pon ader hati nak pam candu......
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2012 12:03 PM | Show all posts
salah satu penyebab China kalah dengan Jepun....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2012 01:48 PM | Show all posts
best ke candu ni..stim tak??

setau aku, candu ni bahan asas untuk buat kokain..(getah bunga popi)..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2012 01:50 AM | Show all posts

smoked opium kicked you in the head like a hammer

Yupz opium itu adalah candu atau papavor somniferitum,sejarah mengatakan  bangsa Sumeria,mulamengenal candu, mereka mreka panggil tumbohan sebaagai Hul Gill yang artinya 'tumbuhan yang menggembirakan' karena efek yang diberikan tumbuhan tersebut bole melegakan rasa sakit dan  penggunanya ...jadi cepat terlelap.infiltration/defection dah ade zaman dulu lagik
china yg kuat pun jadi lemah sebab ada Candu.. yg bawak masuk sape??..british jugak tu sampai jadi HK la Taiwan la Barat memang pandai cocoh - mencocoh  -> divide & conquer  contoh dlm Operang candur etc dan China pada masa itu walaupun beso dan ramai, senjata mereka x sehebat barat ... war ships barat dengan meriam2 yg boleh menembak hingga ke sisir pantai tapi meriam cina alahaiiii....x sampai pun ke kapal mereka. maharaja Cina pulak..terpaksa menandatanangi macam2 perjanjian yangberat sebelah dengan Barat ,contoh,...dulu tokey opium ni jardine matheson, they do all sort of trading...sekarang ni jardine matheson la owner rangkaian sopermarket Giant kat mesia..'war" jaman skrg da tak pakai senapang meriam ni.. takde dah... Sekarang control pakai ekonomi ja
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2012 12:33 PM | Show all posts
dah tak de candu.
masa kecik ada lagi dengar
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2012 02:20 AM | Show all posts
changkatlobak posted on 7-8-2012 12:33 PM
dah tak de candu.
masa kecik ada lagi dengar

candu skrg mgkn dah diubahsuai..ectassy, syabu..dsbnye...

kesian betul tgk penagih candu ni...
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2012 03:35 AM | Show all posts
salimrock posted on 8-8-2012 02:20 AM
candu skrg mgkn dah diubahsuai..ectassy, syabu..dsbnye...

kesian betul tgk penagih candu ni...

betoi

janji stim stone

Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2012 10:45 AM | Show all posts
Dadah asal dari tumbuhan:-
Candu - dari getah buah popi muda
Kokain - dari daun koka (amrica latin)
morfin -asal dari candu juga
heroin - juga asal dari candu
ganja/canabis - daun/bunga pokok ganja

dadah sintetik (kaedah kimia)
Syabu@Ice
Exstacy/methamphetamine
Ketamin

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 06:38 PM GMT+8 , Processed in 0.195170 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list