Di Itali, ada sebuah pekan kecil yang pelik kerana keunikannya di kalangan pelancong. Bayangkan, pekan kecil yang ada di dalam lembah ini mempunyai matahari sendiri.
Bukan gurauan,Viganella adalah sebuah pekan kecil yang terdapat di dasar lembah yang ada di Piedmont, Provinsi Verbano-Cusio-Ossola, Itali. Hampir sepanjang tahun, pekan kecil ini tidak pernah disinari oleh matahari seperti wilayah lainnya di dunia. Pada ketika musim sejuk, masyarakat Viganella dapat merasakan kesejukkan yang sungguh luar biasa.
Idea hebat ini muncul dari kepala Giacomo Bonzani, arkitek yang cuba menciptakan matahari untuk Pekan Viganella. Awalnya, banyak penduduk yang membantah idea arkitek ini, Kerana di anggap mustahil. Namun, Giacomo telah memuktikannya sehingga ideanya menjadi kenyataan.
Tapi saya yakin. Saya percaya pada ilmu fizik,dan akal yang telah di kurniakan kepada saya" kata Bonzani yang dipetik dari Oddity Central, Isnin (16/7/2012).Bonzani membuat cermin raksasa yang mampu memantulkan cahaya matahari ke arah pekan kecil yang ada di dasar lembah. Cermin raksasa ini kemudian di gelar oleh masyarakat Viganella sebagai matahari kedua.
Cermin tersebut dikendalikan oleh perisian komputer supaya boleh mengesan di mana sumber matahari dan mampu memantulkannya secara automatik ke arah pekan kecil ini. Bukan sahaja masyarakat Viganella yang dapat merasakan kesan dari sinar matahari tersebut, tetapi juga para pelancong yang ingin tahu tentang kewujudan matahari kedua ini.
Selain berfungsi menyinari pekan kecil ini, ternyata matahari buatan juga sudah menjadi destinasi pelancong. Pengunjung yang datang bukan sahaja dari Itali, tetapi juga dari berbagai negara. Lembah ini memiliki pemandangan yang sangat cantik lengkap dengan cuacanya yang sejuk. Masyarakat Viganella juga sangat ramah dengan para pengunjung yang datang.
|