View: 2116|Reply: 8
|
Bapa Telefon Berkamera : Philippe Kahn
[Copy link]
|
|
[size=85%]Dewasa ini kita kita hidup di dalam dunia sering di atas talian. Semasa tidur pun peranti pintar mlik kita senantiasa bersambung kepada internet. Antara perkara yang sering dilakukan oleh manusia moden ialah memghantar gambar kepada teman dan keluarga tersayang. Sejak 2-3 tahun kebelakangan ini kami tidak lagi menerima kad raya dalam bentuk fizikal. Ianya digantikan dengan kad raya MMS yang teranimasi. Kos penghantaran kad raya versi MMS ini jauh lebih murah dari kad raya fizikal. Selain daripada itu tahun ini ada fenomena baru pula yang dipanggil "iftargram" . Iftargram ialah ialah gambar makanan yang dimuat naik ke laman Instagram untuk tontonan teman seluruh dunia. Kemampuan menghantar gambar ini semua tidak akan mampu dilakukan sekiranya teknologi telefon berkamera tidak wujud.
Pernahkah anda tertanya-tanya siapakah individu yang mencipta telefon berkamera ini? Pernahkah juga anda tertanya-tanya gambar apakah yang pertama kali dihantar menerusi rangkaian selular? Awal bulan yang lalu kami ada paparkan gambar pertama dimuat naik ke dalam internet. Hari ini anda semua bernasib baik kerana dapat melihat gambar MMS pertama.
[size=85%]Gambar diatas ialah gambar pertama yang dihantar dari sebuah telefon bimbit menggunakan sistem selular. Ianya dihantar pada 11 Jun 1997. Yep! Teknologi penghantaran gambar ini sudah berusia 15 tahun! Gambar diatas dihantar oleh Philippe Kahn, bapa telefon berkamera. Ianya merupakan gambar anak beliau, Sophie yang baru sahaja dilahirkan. Beliau menggunakan perisian yang ditulisnya sendiri, sebuah telefon selular dan kamera digital yang disambungkan secara terus kepada telefon terbabit. Gambar-gambar ini dihantar oleh Philippe Khan kepada ahli keluarga beliau yang berada di seluruh dunia. You see, Philippe Kahn dilahirkan di Perancis dan isteri beliau pula dilahirkan di Korea Selatan. Beliau perlu menghantar gambar kelaharian Sophie di Santz Cruz California ke dua benua berlainan pada masa yang sama.
Philippe merasakan adalah sangat leceh untuk menghantar gambar kepada ahli keluarga melalui cara konvensional iaitu ambil gambar menggunakan kamera digital. muat turun ke komputer riba sebelum dimuat naik untuk dihantar menggunakan emel. Kerana kelecehan inilah telefon berkamera pertama dihasilkan secara tak sengaja. Another classic case of necessity is the mother of all invention. Perisian bagi menghatar gambar menggunakan selular dihasilkan beliau ketika menanti isteri beliau melahirkan Sophie. Kamera digital pula disambungkan kepada telefon beliau dengan menggunakan wayar yang disadur secara custom made.
Anda mungkin tertanya-tanya apakah kamera dan telefon yang digunakan oleh Philippe Kahn untuk prototaip telefon berkamera pertama ini?
[size=85%]Casio QV-10 - Kamera digital dengan CCD bersaiz 250 KILOPIXEL!
[size=85%]Motorola Startac - suatu ketika dahulu telefon terkencil dunia.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ape la motorola..lambat la... |
|
|
|
|
|
|
|
otak yang memang .. |
|
|
|
|
|
|
|
Amat berguna bila nak ambik gambar sepontan ya lah boleh semua orang usung kamera kemana2 melainkan handphone. |
|
|
|
|
|
|
|
wahhhhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
senyum x perlu kata apa-apa |
|
|
|
|
|
|
|
budak dalam gambar tu pun dah remaja... |
|
|
|
|
|
|
| |
|