|
MASIHKAH ADA RAMADAN (ASTRO PRIMA Setiap ISNIN, 10 malam)
[Copy link]
|
|
Sangat jarang ade cerita yang guna dialek Terengganu sepenuhnya macam cerita MAR nie... Jalan cerita macam meleret sikit bila melibatkan percakapan antara watak Zali dan Gayah, tapi oleh kerana percakapan mereka tu merangkumi jalan utama cerita, kena sertakan jugak... Hubungan cinta diorang macam main tarik tali kan? Itu yang bestnya, lain daripada cerita biasa...
Dialek Terengganu kalau didengar oleh org yang tak biasa dengar, mmg kedengarannya macam kasar... tapi dalam dialek Terengganu ni ade wording yang digunakan pelbagai meskipun untuk maksud yang sama, namun pemilihan word/vocab yang BETUL penting sebab maknanya boleh jadi LEMBUT, KASAR, MENCABAR, MENYINDIR... Itu indahnya loghat Terengganu...
Apapun, tahniah buat semua pelakon yang sememangnya berjaya hayati watak masing-masing. Eman Manan dan Wan Hanafi Su mmg dah terbukti... Pelakon2 lain pun bagus, pelakon kanak2 pun tak nampak kekok depan kamera... Namun UCAPAN tahniah yang terbesar semestinya untuk Leez Rosli yang bawakkan watak Gayah... Walapun Leez tak lahir di Terengganu tapi loghat Leez tidak janggal di pendengaran penutur jati loghat Terengganu....
Buat Pena Creative, thumbs-up kerana melawan arus... Teruskan usaha yang bagus.... |
|
|
|
|
|
|
|
Cerita kelante byk dos diorang buat kat tv cam sorok budu (sekadar menyebutnya) ...
syabas jugak wat penerbit dan pengarah dan penulis skrip pelakon dan krew2 yg laing.......TERBAIK dr amber bro! |
|
|
|
|
|
|
|
Setelah korek2 dari sumber di Astro, dengar2nya diorg akan upload cerita ni kat Youtube Astro Prima.. kalau betul, tunggu je la.. boleh tengok hari2..
Aku juga ada cek di Astro On The Go yang boleh tengok Astro kat iPad tu, aku jumpa 2 episod Masihkah Ada Ramadan.. haaa.. yang ni aku kene tgggu episod 3 ngn 4 plak untuk klua kat Astro OTG |
|
|
|
|
|
|
|
al fatihah utk saudara amirul yg membawakan watak zali yg telah kembali ke rahmatullah pd hari ahad yg lalu. rupanya mmg Allahyarham tidak akan berjumpa lagi dgn ramadhan akan dtg. al fatihah |
|
|
|
|
|
|
| |
|