CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2249|Reply: 2

Penjagaan Buah pinggang

[Copy link]
Post time 5-8-2012 09:49 PM | Show all posts |Read mode

Bagaimana Anda Hidup Tanpa Salah Satu Buah Pinggang?
Soalan kepada tajuk di atas mungkin salah satu dari soalan yang baik yang mungkin pernah bermain di ruang fikiran anda. Bagaimana pendapat anda? Kalau ianya ditakdirkan terjadi kepada anda apakah anda rasa mampu untuk meneruskan hidup dengan hanya mengharapkan satu buah pinggang.
Secara normalnya semua manusia dilahirkan dengan memiliki dua buah pinggang sebagai satu komponen organ yang berfungsi atau apa yang dipanggil sebagai sistem buah pinggang. Termasuk juga dalam sistem buah pinggang ialah dua ureter, pundi kencing dan uretra.
Buah pinggang anda mempunyai  banyak fungsi yang sangat penting antaranya ialah untuk mengawal tekanan darah, menghasilkan sel darah merah, mengaktifkan vitamin D dan menghasilkan beberapa glukosa. Walaubagaimanapun, fungsi buah pinggang yang palin utama ialah bertindak sebagai penapis yang akan menapis cecair badan yang yang melalui saluran darah untuk mengawal dan mengoptimumkan jumlah, komposisi, nilai pH dan tekanan mereka.
Air yang berlebihan, elektrolit, nitrogen dan sisa buangan lain akan dikeluarkan dari tubuh sebagai air kencing. Fungsi ini bertujuan untuk mengekalkan dan mengoptimumkan persekitaran dalaman bendalir tubuh di mana sel-sel hidup.
Sebenarnya kehidupan anda masih boleh diteruskan dalam keadaan yang baik dengan kekurangan fungsi buah pinggang (walaupun boleh digantikan dengan rawatan hemodialisis). Tidak seperti kebanyak fungsi organ yang lain, kita dilahirkan dengan buah pinggang yang mempunyai banyak fungsi. Tahukah anda bahawa buah pinggang yang hanya berfungsi 75% masih mampu menampung kehidupan kita dengan baik.
Fungsi buah pinggang yang banyak ini membekalkan kepada kita 1.2 juta elemen asas fungsi penapisan dan nefron mikroskopik di dalam setiap buah pinggang. Nefron adalah tiub kecil yang menapis plasma darah, laraskan dan kemudian cecair tersebut akan dioptimumkan kembali untuk kegunaan tubuh. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang nefron sila klik di sini.
Walaupun buah pinggang hanya mempunyai berat beberapa kilogram sahaja, dalam kebanyakan keadaan ia akan menerima kira-kira 20% dari semua darah yang dipam oleh jantung. Setiap hari kira-kira 120 liter cecair dan zarah akan memasuki nefron untuk ditapis.
Jika anda hanya memiliki satu buah pinggang, ia akan dapat menyesuaikan fungsinya untuk menapis sepertimana dua buah pinggang. Dalam keadaan sedemikian, nefron akan meningkatkan saiznya melalui proses yang dinamakan sebagai hipertrofi bagi mengendalikan beban tambahan. Proses ini berlaku tanpa kesan buruk walaupun selama bertahun-tahun. Malah sekiranya anda sejak dari lahir hanya memiliki satu buah pinggang, buah pinggang tersebut akan membesar hingga menyamai saiz berat gabungan dari dua buah pinggang.
Buah pinggang akan menapis sejumlah besar kandungan cecair pada setiap hari dan akan mengeluarkan semua kandungan dari darah kecuali protin dan juga sel-sel tubuh. Walaubagaimanapun nefron akan digunakan dalam pemprosesan tapisan dan bahan-bahan penting untuk kelangsungan hidup seperti air, glukosa, asid elektrolik dan amino yang secara aktif akan diserap semula ke dalam darah.Air dan bahan-bahan buangan seperti urea dan kreatinin, toksin dan metabolit ubat yang masih berada di dalam nefron akan dibuang sebagai air kencing.
Disamping dapat menyokong kehidupan walaupun dengan hanya satu buah pinggang, sistem buah pinggang mempunyai perlindungan yang lain. Meskipun nefron akan berhenti berfungsi pada kadar 1% setahun selepas mencapai usia lebih 40 tahun, nefron yang masih berfungsi akan cenderung untuk membesar dan akan menggantikan fungsi nefron yang telah mati.
Buktinya ialah mereka yang menderma satu organ buah pinggang masih dapat menjalani kehidupan dalam keadaan yang baik dalam jangka masa yang lama tanpa menjejaskan kesihatan sebagaimana yang telah digambarkan oleh mereka yang menderma dan dinilai sehingga tempoh 30 tahun selepas mereka melakukan pendermaan. Masalah utama kepada penderma ialah komplikasi yang jarang berlaku yang biassanya disebabkan oleh proses pembedahan, bukan kerana kekurangan satu buah pinggang.













Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2012 02:45 AM | Show all posts
tak lengkap.:@ camno nak jaga buah pinggang???
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2012 09:57 AM | Show all posts
gud info.tq
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.367774 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list