Pelbagai jenis reka bentuk berkonsepkan air pancutan paip tergantung banyak dibina. Rekaan ini ternyata menarik perhatian kepada sesiapa sahaja yang melihatnya kerana ia seolah-olah tergantung tanpa sebarang tiang.
Pernahkah anda melihat air pancutan paip yang tergantung di Malaysia? Mungkin ada sebahagian daripada kita mengatakan tidak pernah wujud air pancutan tersebut di Malaysia. Namun secara hakikatnya, ia wujud dan terletak di sebelah MRR2. Namun reka bentuknya tidaklah sama seperti air pancutan paip di luar negara. Ia cuma replika paip tergantung.
Jom lihat gambar-gambar air pancutan paip tergantung di seluruh dunia di bawah ini.
MRR2 Menuju ke Pandan
Puerto de Santa María, Spain.
Ypres, Belgium
Wisconsin, USA
Olivenza, Spain
Santa Galdana, Menorca, Spain
Hampton Court Palace Flower Show, London, UK
Aquafest, Grand Bend, Canada
Adakah kita tertanya-tanya bagaimanakah paip ini boleh tergantung? Sebenarnya di sebalik dalam air pancutan keluar itu terdapat sebatang tiang yang berkaca. Jadi secara tidak langsung, paip ini akan kelihatan seperti benar-benar tergantung. Sungguh kreatif dan menakjubkan.
melayukini.net
|