CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2098|Reply: 6

300 maut kerana sindrom mengangguk di Uganda

[Copy link]
Post time 9-8-2012 09:47 AM | Show all posts |Read mode

AP
GAMBAR fail 20 Februari lalu menunjukkan seorang kanak-kanak menghidap sindrom angguk di Kitgum, Uganda.



KITGUM, Uganda - Lebih 300 remaja di Uganda maut kerana penyakit misteri yang menjangkiti semakin ramai kanak-kanak di utara negara Afrika dan di beberapa kawasan di Sudan Selatan.

Penyakit itu dikenali sebagai sindrom angguk kerana pesakit akan menganggukkan kepala mereka dan berkelakuan seperti diserang sawan. Penyakit berkenaan turut membantutkan tumbesaran kanak-kanak dan memusnahkan keupayaan kognitif dengan menyebabkan mereka gagal melakukan tugas mudah.

Sebahagian pesakit tidak mengenali ibu bapa mereka.

"Kami melakukan ujian ke atas beberapa kanak-kanak ini dan mendapati keadaan sebahagian mereka tidak berubah manakala sebahagian lain terus merosot tetapi tiada seorang pun yang beransur sembuh," kata Scott Dowell yang merupakan Pengarah Divisyen Pengesanan Penyakit Global dan Tindak Balas Kecemasan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC).

Beberapa pegawai Uganda berkata, sekitar 3,000 kanak-kanak di negara Afrika Timur itu menghidap penyakit berkenaan. Menurut mereka, setakat ini punca penyakit maut itu tidak dapat dipastikan.

Saintis CDC kini berusaha untuk mengenal pasti mengapa penyakit itu cuma menyerang kanak-kanak berusia antara lima hingga 15 tahun.

Kredit: http://gambar-hidup.blogspot.com/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2012 11:01 AM | Show all posts
mgkin sbb faktor kebersihan mknan di sana..mayB..
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2012 12:53 PM | Show all posts
Kena Bio chemical weapon ke
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2012 01:26 PM | Show all posts
mgkin ada kene mengena dgn serangan bakteria yg dibw oleh vektor...
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2012 01:28 PM | Show all posts
Artemesiaa posted on 9-8-2012 12:53 PM
Kena Bio chemical weapon ke

ak pon pk cm tu. sbb kulit nmpk mcm 'cair' melecur. bukan penyakit biasa
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2012 08:36 PM | Show all posts
kesian kat diorang nih....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-8-2012 09:27 PM | Show all posts
maybe ader kaitan ngan sistem saraf nih.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 10:59 PM GMT+8 , Processed in 0.056479 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list