Inilah janggut dan misai termacho.Satu pertandingan yang boleh di katakan pelik,iaitu pertandingan janggut dan misai terpanjang seluruh Eropah yang diadakan di Wittersdorf,Perancis.Seramai 100 orang peserta daripada pelbagai latar belakang dan peringkat umur telah mencuba nasib untuk menjadi individu yang mempunyai janggut dan misai terpanjang di Eropah.Pertandingan ini cukup unik dan mempunyai tatacara pengadilan yang tersendiri.Juri yang di lantik akan mengukur panjang janggut dan misai yang telah di "keraskan" menggunakan alat pengukur khas dan kemudiannya akan mula mengira panjang misai dan janggut setiap peserta yang bertanding. Sudah dijangkakan setiap peserta akan tampil dengan gaya yang unik dan tersendiri bagi menarik perhatian pihak juri.Peserta yang mempunyai markah terkumpul yang tinggi akan di ishtiharkan sebagai pemenang utama.