CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2614|Reply: 6

AMX-56 LECLERC-kereta kebal utama perancis

[Copy link]
Post time 1-10-2012 01:42 AM | Show all posts |Read mode
[size=85%]Setiap negara yang menggelarkan diri mereka kuasa dunia akan mempunyai sebuah kereta kebal utama (Main Battle Tank MBT)   yang berfungsi sebagai prestige weapon angkatan darat mereka. Amerika Syarikat mempunyai M1A2 Abrams, UK mempunyai FV4034 Challenger 2 manakala Russia mempunyai T-90. Setiap kereta kebal ini menggunakan teknologi termutakhir bagi memastikan ianya mampu berfungsi dengan baik di medan perang . Bagi Perancis AMX-56 Leclerc ialah kereta kebal yang menjadi kebanggaan negara Croissant ini. Berbeza dari kebanyakkan MBT pakatan NATO yang lain,  AMX-56 Leclerc hanya mempunyai 3 orang krew berbanding 4. Ini adalah kerana ia menggunakan sistem meriam automatik serupa seperti yang digunakan T-90 dan PT-91M Pendekar. Ia juga jauh lebih ringan berbanding MBT NATO yang lain kerana berat tidak melebihi  55 tan. M1A2 Abrams dan Challenger 2 kedua-duanya mempunyai berat melebihi 60 tan.

AMX-56 Leclerc mula digunakan pada tahun 1992 bagi menggantikan AMX 30 yang sudah berumur. Seperti MBT M1A2 Abrams kepunyaan Amerika Syarikat, Leclerc dinamakan sempena seorang jeneral yang berjaya kepada negaranya.  Seperti Abrams juga Leclerc dilengkapi dengan selaras meriam sebesar 120 mm Smoothbore. Ia diperkasakan dengan enjin diesel 1500 kuasa kuda yang mampu memecutkan kereta kebal ini ke kelajuan maksimum 72 kilometer sejam.

Sehingga kini AMX-56 Leclerc masih belum pernah diuji sepenuhnya di dalam medan perang. Oleh itu keefetifan armournya menentang senjata anti kereta kebal moden masih belum diketahui berbanding Abrams dan Challenger 2. Setakat ini hanya Tentera Darat Perancis dan Emeriah Arab Bersatu menggunakan kereta kebal ini.  Harga sebuah AMX-56 Leclerc ialah 17 Juta Euros (RM 67 Juta) sebuah. Ini adalah amat mahal kerana M1A2 hanya beharga USD 8.58 Juta  (RM 26.7 juta) manakala Challenger 2 beharga GBP  4.21 Juta (RM 20.9 Juta) sebuah. Kenapa mahal sangat? Nobody knows. Mungkin kereta kebal Perancis macam barangan fesyen berjenama dari Paris mempunyai harga yang lebih premium! Ha ha!

[size=85%]
[size=85%]
[size=85%]
[size=85%]
[size=85%]
[size=85%]
Laporan asal Wikipedia
Gambar oleh TheBrigade

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2012 08:55 AM | Show all posts
wow aku suke tgk kereta kebal..gambar bawah anta banyak2 pakai keretapi...wowwwwww
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2012 08:56 AM | Show all posts
terbaik la pic...cantik2...aku suke tgk kereta kebal.yg last best anta kereta kebal naik keretapi
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2012 09:49 AM | Show all posts
pt-91m..
pakai fire control sistem sama ngan Leclerc......
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2012 10:07 AM | Show all posts
baru pasan lubang muncung dia tu kecik je..camne boleh meletup kuat2 giler eh...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2012 12:01 PM | Show all posts
lubang tu 120mm lebar....pasal meletup kuat...nama pun dah High Explosive....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-10-2012 02:48 PM | Show all posts
Terbelit jgk lidah nk sebut tank ni.
Leklek je senang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 11:51 AM GMT+8 , Processed in 0.264943 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list