|
Hana posted on 6-10-2012 09:47 PM ![](static/image/common/back.gif)
aku agakla. perjanjian laki ko dgn mak dia, akan selalu balik wp kawen bukan sengeri.
ko sendiri ...
Yang ni ada kemungkinan jugak kot Hana...
Tp pd pendapat aku la, kalau itu lah cerita disebaliknya, tk baiknyaa....
Sbb apa aku ckp mcmtu?
Sbb dulu MIL aku pernah suh laki aku berjanji, kalau dia still nk kawen dgn aku, setiap kali raya kami kena beraya kt kg MIL. Hubby aku terdesak maka dia terima syarat tu. Masa suami aku bgtau syarat tu kt aku dulu (time tu belum kawen), aku menangis teresak2 bila dpt tahu. Sbb...
1) aku rasa aku seolah2 meminggirkan parents aku yg sememangnya dh ditakdirkan tidak mmpunyai anak lelaki.
2) aku rasa MIL aku sgt tidak adil & sellfish
Tp suami aku pujuk, dia kata dia kenal mak dia, maka dia akan cuba perbetulkan keadaan selepas kami berkahwin nnti. Aku ragu2 dgn cadangan suami tp hati aku mmg sakit sangatttt time tu. Tp aku gagahkan diri, cuba percaya kata2 dia.
Nk tau apa terjadi? Raya tahun pertama kami ok, raya tahun ke-2 konflik mula terjadi sbb spatutnya tahun tu aku raya dgn family aku, mak aku sedihhhhhhhhhh sgt smpi menangis teresak2. Adik aku mula masuk campur sbb tk sampai hati tgk mak aku menangis bila dpt tahu kami xmo balik beraya kt rumah dia. Adik aku pun mula psycho aku macam2. Aku pergi opis mcm orang gila, menangis tak berhenti2. Aku pun sedih, tp aku xtau nk buat mcmana. Aku kol suami aku menangis2 n bgtau yg mak aku juga terlalu sedih smpi menangis2....
Suami terdiam, aku tau dia pun serba salah n sedih. Sementalahan, suami mmg bukan jenis yg membantah kata orang tua. Berlainan sikit dgn aku yg selalu juga against apa yg mak aku cakap kalau aku rasa perkara tu tak betul. Tp suami aku cuba juga kotakan janji, dia cuba hubungi mak & ayah dia utk terangkan dan minta kebenaran supaya kami boleh beraya bersama keluarga aku. Sehari pun jadi lah..... alhamdulillah, dgn izin Allah SWT, PIL aku setuju. Beraya lah kami dgn keluarga aku masa hr raya pertama. Petang kami terus pecut balik kg hubby. Itu lah yg termampu kami buat masa tu tuk puaskan hati kedua belah pihak.
Apa yg aku nk cakap kt cni, sbg ibu bapa jgnla kita letakkan syarat yg bukan2 pada anak menantu kita sekalipun agama memberi kebenaran & lesen besar utk kita. Jgn diputar belitkan agama itu sbb Islam itu indah. Aku pernah terbaca satu blog ni tulis, ibu bapa mertua hendaklah diibaratkan seperti ibu bapa sendiri. Mengguris perasaan mereka sama berdosa dgn mengguris perasaan ibu bapa kita sendiri. Malahan, dh ramai ustaz2 yg keluarkan fatwa supaya kita tak menjadi mertua yg membebankan perkahwinan anak2 dgn kerenah2 kita yg pelik2. Lebih2 lagi ibu bapa/mertua yg ada ramai anak lelaki ni. Wallahualamn bissawab....
|
|
|
|
|
|
|
|
addamnor posted on 6-10-2012 12:39 PM ![](static/image/common/back.gif)
pendapat aku.. kau harus bersihkan hati engkau. redha kan dalam hati.. bukankan suami balik mahu mem ...
thanks addamnor...
Ni yg cuba sedaya upaya aku buat sekarang ni. Aku cuba redhakan semuanya. Tk apalah, asalkan MIL aku bahagia. Sementelahan dia pun dh tua, berapa lama sgtlah yg kami boleh/perlu berbakti dgn dia. Aku pun ada anak lelaki, aku harap dgn cara aku buat mcm ni, semoga nnti anak menantu aku pun akan treat aku dgn baik bila dh tua nnti. Life is just a cycle after all...
Thanks sbb doakan semoga rezeki suami aku murah, aminnnnnnn...aku pun berharap dgn meredhakan semua ni, aku lebih tenang... |
|
|
|
|
|
|
|
Pendapat aku, inilah risiko yang ko kena tanggung bila ibu si suami tidak merestui sesuatu perhubungan.
Mungkin ko kena hadapi sehingga akhir hayat mertua ko @ akhir hayat ko. ![](static/image/smiley/default/smile.gif)
Pada aku orang lelaki nie antara isteri & ibu, dia pasti pilih ibu tanyalah mana-mana lelaki yg waras
Kena ada +ve thinking..kalo x ko akan selalu bergado dengan husband ko pasal hal2 keluarga dia..
(ko suker bergado dengan husband ko??aku x suker..aku suker manja2 aja dengan asben)
Nasihat aku biarla dia balik jumpa ibu & ayah dia. berapa lama sangat Mil nak hidup lagi
maybe ko akan rasa terbeban dalam tempoh 10 tahun nie...paling lama 15 tahun lagik
silap2 2-3 tahun lagik jer laki ko dapat berbakti denan ibu & ayah dia..biarlah dia..
lelaki kena carik keredhaan ibu..biarla dia...
Cuma ko cakap dengan laki ko..ko xdapat balik selalu sebab kewangan..
ko balik la sebulan sekali atau 2 bulan sekali (jangan x balik langsung pulak)
mintak husband terang pada ibu dia..kenapa ko x balik..itu tanggungjawab suami.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bgtau je la dgn huby jgn balik slalu,....x kanla..x der pkara yg bole dsettlekan melaui cl jer,.... |
|
|
|
|
|
|
|
petola_hijau posted on 8-10-2012 11:52 AM ![](static/image/common/back.gif)
thanks addamnor...
Ni yg cuba sedaya upaya aku buat sekarang ni. Aku cuba redhakan semuanya. Tk ...
sekarang ni hubungan dgn MIL mcm mana? meaning u dgn dia baik x?
tapi betul, u redha kan saja, kalau u x redha, buat dlm terpaksa..sakit hati dapat, pahala pun x dpt.
dulu my hubby pun masa baru pindah ke negeri i (utara) in law kerap sgt suh dia balik kekadang tu 2 minggu jer jarak dia. kalau i ikut skali dah la penat travel 5 jam jugak..minyak tol semua skali. so I suruh hubby balik sendiri.. naik bas.
hubby pun anak sulung a.k.a anak mak jugak. lama2 sebab sebuk sgt jadi sebulan skali macam tu.. now 2 bulan skali kami gi sana travel by car.
tapi proses nak menjarakkan balik ke sana ambil masa la siket, but u kene make sure MIL u rasa dia x jauh dgn anak dia.. suh hubby u call his mum everyday..kalau buleh pagi2 tu dah call. kalau dia tak call u suh dia call ckp 2,3 mins pun x pa..at least MIL x rasa jauh and mak dia akan rasa dekat. and u pun kekadang tu tepon la jugak MIL you.. or kekdang buat surprise htr parcel apa2 kat dia.. bila i start buat macam tu now MIl dah macam paham la jugak.
ok bab raya pulak, sepanjang 8 kali beraya as hubby n wife ni, tahun mula jer konon sistem giliran. selepas tu no more sistem giliran.. walau pun aku agak stress tapi belajar REDHAAAAA.. sbb kalau turn raya di utara, PIL and adik beradik dia semua akan dtg beraya kat umah aku, mmg aku pun tak leh nk beraya sgt ngan family aku. sebab kene entertain the whole family PIL yang beraya di sini. so kalau aku turn raya di KL, mmg raya ngan diorang jugak... sistem giliran x wujud huhuhu. my family pun naik bengang sbb we all x dpt nak ikut event raya family..sbb kene beraya ngan in law.. mmg la MIL akan pi jugak beraya umah my parents.. tp sekejap jer la.. and kami pun dalam dilema setiap tahun yg turn di utara mmg macam ni la jadinyer.
tapi bila lelama dan paksa hati utk redha, alhamdulillah dah buleh terima semua ni, i ngn MIL mmg baik sgt and seronok sebab MIl pun dah treat me mcm anak sendiri siap buleh suapkan makan skali heheheh. walaupun stress dgn ipar duai dan biras yang suka amek kesempatan (story lain) ..
so main point ..redha.. and nanti Allah lorongkan jalan yg lebih baik utk kite. dan mungkin macam u kata, nanti anak menantu kita pula akan layan kita dgn baik, insyaallah ![](static/image/smiley/default/smile.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
berkaitan dgn family aku plak..
adik lelaki aku kawen dgn pompuan melayu urban. beza dgn cara kami, kerja gomen yg serba kampung ni. adik aku mmg selalu posting ke merata benua. sesuai laa kiranya karier adik tu dgn style isteri dia.
mmg la kdg2 hati mak rasa pilu bila adik lelaki jarang balik kampung ( bila depa balik malaysia) sbb anak2 dia tak sesuai dgn suasana kampung mcm kat rumah kami ni.. klu balik pun, bini dia selalu duduk dlm bilik. jadik, depa selalu tinggal dgn mertua dia laa..
mertua adik aku pun suka gi cuti2 ke tempat adik aku tu di luar negara.. bercuti sampai sebulan dua ke Turk/Qatar, kanada, US.. tu belum masuk, family pakcik2, sepupu adik ipar aku plak.. sedara mara kita org tak mampu laa nak cuti ke luar negara..
tp aku sbg kak ipar, selalu pujuk mak aku, jgn masuk campur hal family adik lelaki tu. buat apa kita berebut-rebut perhatian dari adik lelaki, klu itu menjadi masalah pd dia & anak bini dia pulak. aku tau, adik lelaki aku disayang mertua dia lebih dari anak lelaki depa sendiri.. klu kenduri kendara belah mertua tu, dia yg jadik ketua jemput org sini sana.. sbb nya adik aku mmg ada kedudukan.. klu jadi ckgu sekolah biasa je, takde la dipandang org.
seingat-ingat aku laa.. mak tak pernah mintak duit adik.. tp klu adik bagi, aku suruh mak ambik aje.. tu pun mak simpan, bukannya buat belanja sbb mak ada pencen dia sendiri.lagi pun mak di bwh tanggungan aku.. wlu aku sendiri yg menjaga mak, aku cuba sedaya upaya. takde lah nak susahkan adik aku. lagi pun dia tinggal di luar negara. apa yg dia boleh buat pun.
tiap bulan, aku masukkan duit hasil sawit.. hasil sawah dlm akaun adik aku tu. sbb itu mmg bahagian dia dari harta2 yg bapak aku bg. tak pernah aku culas pun. jadik, isu nya kat sini, bukan semua family suka nak susahkan anak2 lelaki. sbb kita tau, depa pun dah ada tanggungjwb sendiri. buat apa nak masuk campur? suka ke tgk adik beradik kita bercerai berai?
cuma akhir2 ni je aku rasa sengal skit dgn mertua adik lelaki aku tu.. apa brg2 yg adik aku kirimkan dari sana, melalui mertua dia ni, takde satu pun yg sampai pd aku.. sbb selalunya depa kirim dgn kwn yg balik malaysia.. dah nak setahun dah handbag & perfume aku kat rumah depa.. tak amanah betul.. jadiknya aku dgn selamba bg btau kat adik ipar aku, lenkali poskan terus kerumah kami. tak kan dia tak faham2 kan.. brg yg sepatutnya milik aku, adik beradik dia yg ambik kat rumah mak dia tu.
satu yg aku nak puji, adik lelaki aku & bini dia ni, apa jek yg aku mintak mesti dpt. cuma aku jek yg tak tau nak mintak mcm2..
depa ni klu belikan LV/ Coach.. takde yg tipu2 sbb nya aku pernah basuh depa klu beli brg tak ori. klu sesak nak pakai duit, sms jek.. dlm setengah jam dah bank in dlm akaun aku.. tp jgn laa mintak ribu2.. paling byk pun 3K sbb nak gi cuti2 ke Langkawi..
tp itu takde laa apa sgt kan klu nak di bandingkan dgn lampu kristal yg mak mertua dia order & psg kat 4 penjuru rumah kat KL tu.. Last edited by zehra2 on 13-10-2012 11:38 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
saya dan suami sama2 anak sulung...hubby adik dia ada seorg perempuan umur 19 thun dan adik bongsu 7 thun...saya semua perempuan dan yang bongsu umur 17...kami semua memang x pernah di manjakan family sgt2semua keputusan kami kena buat sendiri..kira kalau yang kecik2 tu ayah suruh kami pilih yang mana baik yang mana tidak...kalau belah suami hatta suami sendiri pun selalu kalau nak buat sesuatu keputusan mesti tel tanya mak dia...kadang2 memang sakit hati sebab dia ketua keluarga..kadang2 biarkan jer...sebab nak tunggu kalau keputusan salah saya boleh cakap.."itulah kalau saya ckp awak x nak dgr"...hehehe...haritu memang kecik hati sgt sebab ayah saya sakit...saya dok umah parent saya lagi...so dia ckp kat saya nak balik umah mak dia sebab minggu lepas x sempat balik...dia nak balik sorg2...tapi biasalah kalau suami balik umah mertua sorg2 of course org pk pelik2....so saya ckp x yah lah balik bermalam sebab abah sakit...dia marahkan saya.....saya terpaksa jugak balik tinggal kan ayah yang sakit....mengalir air mata sepanjang perjalan tu..memang tak jauh umah saya dalam 2 jam perjalan ke umah dia...tapi saya x sedap hati...esoknya saya blik umah adik ckp abah masuk emergency semalam....saya sakit hati sgt2 sampai nangis...sebab kalau ayah saya sakit atau mak saya sakit...dia x nak tolong..tapi kalau family dia laju jer...tahu tanggujawab anak lelaki kat mak dia x kan habis...tapi dia pun sekarang dah jadi sebahagian family saya jadi saya nak jugak lah dia bantu ayah saya....dulu masa duduk rumah mertua selalu kena merayu nak balik umah mak sendiri.....x boleh bermalam....sebulan sekali....sekarang dok umah mak saya...hubby pantang cuti mesti nak balik umah mak dia....x kira lah situasi umah mcm mana langsung x pk kan perasaan saya...mcm mana nak buat ye |
|
|
|
|
|
|
|
ixaraalya posted on 8-10-2012 08:27 AM ![](static/image/common/back.gif)
soal kena balik selalu tu sy x boleh nk halang..
somi anak tunggal lelaki, mmg mil harap pd dia la..
tp biar adil..
x guna adik beradik ramai tp kalau yg balik kg muka yang sama je kan..
duduk pun dekat2, xde masalah kalau nk balik gilir2..
hahaahahahaa......setuju xara
|
|
|
|
|
|
|
|
yayaalia posted on 25-10-2012 03:51 PM ![](static/image/common/back.gif)
saya dan suami sama2 anak sulung...hubby adik dia ada seorg perempuan umur 19 thun dan adik bongsu 7 ...
kesiannya. dia nak awak anggap parents dia as parents awak tapi parents awak takde lak dia anggap sbg parents dia.
dia lupa kalo parents awak tak lahirkan awak, dia pun tak merasa nak beristerikan awak. entah2 dapat bini lagi teruk.
sabar ye.
|
|
|
|
|
|
|
|
yayaalia posted on 25-10-2012 03:51 PM ![](static/image/common/back.gif)
saya dan suami sama2 anak sulung...hubby adik dia ada seorg perempuan umur 19 thun dan adik bongsu 7 ...
laki ko nih kena di bg ceramah kaw2 biar dia sedar..
amboiii... mak bapak dia tau plak nak suh bini hormat... mak bapak bini buat tak tau je yer...![](static/image/smiley/default/huffy.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
yayaalia posted on 25-10-2012 03:51 PM ![](static/image/common/back.gif)
saya dan suami sama2 anak sulung...hubby adik dia ada seorg perempuan umur 19 thun dan adik bongsu 7 ...
benda2 melibatkan toleransi ni kena sama2 slow talk la.. somi ko pon ada reason sebab difikirkan dia dah menumpang duk skali ngan famili ko, so dia rasa berhak nak pegi umah mak dia bebila masa dia nak.. cuma kurang rasa empathy sahajo..
berdoa la byk2 moga Allah lembutkan hati somi, time masak/sediakan air minuman tu baca ya latif, bukan utk somi dengar kata ko, cuma lebey pada somi mendengar la sket dan ada timbang rasa..
|
|
|
|
|
|
|
|
ruffleen posted on 27-10-2012 09:59 AM ![](static/image/common/back.gif)
hahaahahahaa......setuju xara
out of topik.
jgn maraaa aarrr...
pic avatar ni,kucg ko ke???
cumiiilllll...
|
|
|
|
|
|
|
|
aku kurennggggg suke mil yg agak2 selfish tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
im_cyclist posted on 3-12-2012 12:12 AM ![](static/image/common/back.gif)
out of topik.
jgn maraaa aarrr...
pic avatar ni,kucg ko ke???
bukan beb. aku cedok dalm goggle ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
|
|
|
|
|
|
|
| |
|