|
Baggio dan isterinya, Nelly.
Penyanyi yang popular dengan lagu Umpama Mimpi Dalam Mimpi itu menghidap demam denggi pada awal bulan ini dan ditahan di Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang selama seminggu selepas tiga hari mengalami demam.
Selain Baggio, anak lelakinya Danial Sufi, 5, turut dimasukkan ke hospital yang sama kerana penyakit berkenaan.
Kata Baggio, menurut cerita isterinya, semasa kejadian itu pihak hospital terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan bagi menstabilkan semula keadaan dirinya yang berada dalam kritikal.揗ujurlah, isteri dan petugas hospital bertindak cepat untuk menyelamatkan keadaan. Kalau tidak, mungkin saya sudah tiada lagi, |
|