View: 3295|Reply: 16
|
Boboy retis sendu Sarawak?
[Copy link]
|
|
http://www.hmetro.com.my/articles/Boboybelumterlambat/Article
Boboy belum terlambatOleh Norhadiani Baharom
[email protected]

MENJADI insan glamor tidak pernah pernah terlintas dalam fikirannya atau termaktub sebagai cita-citanya meskipun minat menyanyi mula berputik sedari awal usia di bangku sekolah.
Oleh kerana itu barangkali, pemuda bernama Mohd Fairuz Mohd Noor atau mesra disapa Boboy ini bermula lewat sebagai artis rakaman atau lebih tepat ketika sudah menginjak 30 tahun.
Bicaranya matang sedikitpun tidak kekok bagai sudah terbiasa ditemubual, lelaki yang dibesarkan di Sarawak itu menganggap pembabitannya dalam bidang nyanyian secara kebetulan.
"Saya memang minat menyanyi dan pernah menyertai pertandingan nyanyian antaranya Golden Teen Search pada 1999, tetapi pembabitan itu bukan kerana saya mahu menjadi artis rakaman, tetapi kerana mahu menimba pengalaman menyanyi.
"Disebabkan itu saya tidak pernah berusaha untuk terbabit secara serius dalam bidang ini. Kenapa baru sekarang? Semuanya berlaku secara kebetulan apabila saya berkenalan dengan komposer, Rosli Ahmad.
"Rosli Ahmad mencari penyanyi di facebook untuk menyanyikan lagunya pada pertandingan Cipta Lagu Ambank RTM justeru saya pun mencuba nasib. Sebaik mendengar suara saya, Rosli berkata, vokal saya sesuai untuk lagu ciptaannya, Hanya Segala.
"Nasib kami kurang baik pada pertandingan itu kerana tidak memenangi sebarang tempat. Atas dasar terima kasih juga, Rosli menghadiahkan saya lagu berkenaan kerana sudi membantunya untuk menyertai pertandingan itu," kata adik kepada penyanyi Mac Rahayu itu.
Memikirkan tindakannya memerap lagu itu seakan satu pembaziran, Boboy terpanggil untuk merakamkannya semula bagaimanapun membuat rombakan pada susunan lagu itu supaya bertepatan dengan cara dan 'feel' nyanyiannya yang lebih cenderung kepada R&B.
"Saya mendapatkan khidmat Ali Hairunie, salah seorang 'arranger' terbaik di Sarawak. Sesudah siap rakaman lagu ini dalam versi yang inginkan, kemudiannya ia di hantar ke stesen radio di Sarawak.
"Kebetulan radio Era Sarawak mempunyai segmen untuk bakat tempatan Sarawak. Justeru sebagai anak Sarawak saya menggunakan kesempatan itu untuk memperkenalkan lagu saya.
"Tanpa disangka-sangka lagu itu mendapat sambutan. Malah, saya difahamkan selama dua bulan lagu itu kekal di tangga pertama.
"Ekoran sambutan hangat yang diberikan saya tercalon sebagai finalis Anugerah Carta Borneo Era yang diadakan baru-baru ini dan membabitkan 40 artis Sarawak. Meskipun tewas, saya kira ia satu pengalaman berharga juga penanda aras lagu saya diterima umum," katanya.
Ditanya mengapa dia memilih untuk bertapak di Sarawak terlebih dulu sedangkan menetap di Kuala Lumpur, Boboy berkata, adalah lebih baik diterima dalam kelompok masyarakat di negeri dia dibesarkan terlebih dulu sebelum memasuki pasaran yang lebih luas.
"Ada orang terus mensasarkan sesuatu yang besar, sebaliknya saya percaya kejayaan seseorang artis bergantung kepada sokongan masyarakat. Sebelum mahu ke pasaran yang lebih luas saya mahu jadi jagoan Sarawak, di mana bakat saya disedari dan diterima oleh penggemar muzik di negeri itu.
"Disebabkan itu saya mahu memperkukuhkan nama di Sarawak terlebih dulu. Kemudian, apabila masyarakat di sana menerima saya, barulah saya akan mempergiatkan usaha memperkenalkan nama di sini," katanya.
Menganggotai MAS Seri Daya iaitu kumpulan kebudayaan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), Boboy juga adalah pekerja tetap di syarikat berkenaan.
Pemuda itu memaklumkan, dia kini dalam proses mengumpul material untuk single kedua yang khabarnya bakal menggunakan khidmat komposer dari Seberang, Indonesia mahupun komposer berbakat dari negeri kelahirannya.
Beralih kepada topik yang lain, adakah dia tidak bercadang untuk menghasilkan lagu duet bersama kakaknya, Mac Rahayu, Boboy dengan reaksi terkejut kerana tidak menyangka hubungannya dengan Mac Rahayu diketahui umum, bagaimanapun berkata, dia langsung tidak terfikir mengenai hal itu.
"Terus-terang saya kalau boleh tidak mahu menumpang populariti sesiapa sekalipun dia kakak saya. Kalau boleh, saya mahu dikenali kerana bakat dan usaha sendiri," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/21
[url=http://bode.imtech.com.my/] [/url]
|
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya beliau ini kawan kepada kawan saya, pernah jumpa dahulu.
Adik mek rahayu katanya, so Jom gossip tempatan! |
|
|
|
|
|
|
|
Tak sangka hari ini adalah hari PH mengalirkan air mata....Tak sangka juga pada hari ini si comel kesayangan telah pergi meninggalkan PH tanpa pesan....Tak sangka tindakan PH bertanyakan nak beli cangkul malam semalam adalah petanda PH nak tanamkan jasad suci Si Boboy.....Sesungguhnya semua perkara yang berlaku pada hari ini amatlah terkesan di hati PH...Inilah lumrah yang perlu dilalui oleh semua pencinta haiwan khususnya kucing....Mereka datang dan pergi di dalam hidup kita....Kucing semalam dah pergi, hari ini datang pula kucing yang baru lagi memerlukan pertolongan dari kita....Untuk pengetahuan, Si Boboy mati di atas meja vet akibat jangkitan kuman yang serius pada paru-parunya....
Gambar di bawah ini adalah menunjukkan kali terakhir PH menimangnya...Sewaktu hayatnya, Boboy memang suka ditimang macam ni...Sesiapa yang pernah datang ke rumah PH pasti tahu....Banyak air mata PH menitis ke wajah sucinya ketika ini...PH nak tatap wajah buah hati ini puas-puas walaupun dia hanya seekor kucing jalanan yang PH kutip...Bagi PH, ketenangan dan kegembiraan yang dibawa oleh Boboy ke rumah PH semasa hayatnya tidak dapat dinilai dengan wang ringgit....

|
|
|
|
|
|
|
|
Sendu-sendu pun kuar paper .. bley nyanyi & org kenal bagai..ko hada TT? |
|
|
|
|
|
|
|
boboy inikah yg bakal melakonkan watak kanang anak langkau 
|
|
|
|
|
|
|
|
Indon pun tau artis sarawak...  |
|
|
|
|
|
|
|
mea posted on 13-1-2013 05:58 PM 
Sendu-sendu pun kuar paper .. bley nyanyi & org kenal bagai..ko hada TT?
oh no~~~~ malunye haku...
|
|
|
|
|
|
|
|
boboy episod cinta ini ke |
|
|
|
|
|
|
|
hhahaa.. aah.. boboy tu ke? aku tekejut.. ingatkan boboy maharaja lawak.. hahaha
boboy ni? "ku terima semuaa ini... sudah kehendak takdir Illahi... " (ngan sengaunye..keke)

 |
|
|
|
|
|
|
|
BOBOY ? SEQUEL TO NEWBOYZ KE NIH ? |
|
|
|
|
|
|
|
boboy zaman tomok dulu ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Lagunya x sedap lngsg. Very yesterday punya lagu |
|
|
|
|
|
|
|
oooo mohd boboy ni...kenal sgt2..hehehe |
|
|
|
|
|
|
| |
|