MELANCONG Aku teringat zaman sekolah dulu..aku berasal dari keluargamiskin,kais pagi makan pagi…bila sekolah buat rombongan ke KL dengan bayaranRM10 sahaja,aku tidak mampu bayar…bagi ibu bapaku,RM10 amat besar…dan bagikeluarga miskin,RM10 amat bernilai.. Zaman sudah berubah,namun masih ramai manusia miskin danterus miskin.Mereka hidup dalam kemiskinan dan setelah bergelar ibu bapa,merekamasih miskin dan apa yang mereka rasa dahulu ,dirasai anak-anak mereka kini..Tontonsahaja BERSAMAMU,masih ada yang guna air perigi… Alhamdulillah,walaupun aku bukan jutawan,bukan bilionair,akusering membawa anak-anak menikmati alam ini…Mereka sudah merasai hotel 3,4bintang,mereka sudah jumpa Cameron Highland,sudah melihat jambatan Pulau Pinang,malah sudah meneroka kota Singapura dll. Membawa anak-anak ke destinasi menarik dalam dan luar negaramemang memerlukan wang banyak dan kos.Namun sebagai ibu bapa,kita perlu membawamereka menerokai alam ini.Justeru ibu bapa perlu bijak dalam mencari wang danmembuat bajet untuk membawa anak-anak melancong dalam dan luar negara. Ramai ibu bapa menunggu anak mereka besar,namun belum sempatanak meningkat remaja,ada ibu bapa meninggal dunia.Amat rugi sekali,mereka kehilangan ‘kenangan’ yang perlu diciptabersama anak-anak. Buatlah bajet sebaiknya.Bawa anak-anak melancongsekurang-kurangnya dua kali setahun ke destinasi menarik.Anak-anak zaman inibukan boleh berhibur dengan bermain lastik atau getah kahwin spt zaman kitadulu…zaman kita,itulah hiburan..masuk ke ladang getah dan mencari getah kahwin.. Anak bongsu aku berusia 4 tahun ,bila aku tanya kenapa adiksayang ayah? katanya ayah best!ayah suka bawa adik jalan-jalan.. aku merembes,sebab aku tidak merasai apa yang mereka rasa… aku berdoa,agar Allah luaskan lagi rezeki agar lebih banyakdestinasi dalam dan luar negara ..biaranak2 meneroka keindahan alam ini…jika aku mati nanti,anak-anak tidak akanmelupakan aku dan sedekahkan al-Fatihah buatku… ALBUM Kita perlu ada album anak-anak iaitu gambar anak kita sejakmereka lahir,pandai meniarap,pandai berjalan dan sebagainya. Walaupun sudah ada kecanggihan komputer dan internet,album adalahkoleksi untuk menjadi satu sejarahkehidupan anak-anak kita. Sebaiknya album mempunyai catitan,contohnya sebelah kanangambar anak kita baru lahir,sebelah kiri bil bayaran hospital,salinan sijil lahir ,jadi anak kita tahu akan sejarah mereka. Album adalah koleksi berharga buat anak-anak…. BUKUSUSUR JALUR KETURUNAN.
Kita sebagai ibu bapa sudah tentu mempunyai susur jalurketurunan dari adik beradik,ibu bapa,nenek,datok,moyang hingga seterusnya. Mempunyai buku susur jalur keturunan akan memperkenalkanketurunan kita sebelah suami-isteri kepada anak-anak dan mereka akan kenalsiapa sepupu,dua pupu,tiga pupu dan seterusnya.. Lebih bagus jika ada gambar-gambar dan alamat kesemua mereka Aku kalau bawa anak-anak menziarahi ahli keluarga danketurunan,aku akan beritahu siapa mereka agar anak-anak tahu saudara merekasejak mereka kecil. Jangan lupakan sejarah keturunan kita… HUTANG
Semuamanusia ada hutang,sama ada hutang pembelian rumah,kereta,hutang emas,hutangsaudara dan pelbagai jenis hutang. Catatkansemua hutang agar memudahkan anak-anak membayar hutang jika ditakdirkan kitameninggal dunia,anak-anak tahu dengan siapa kita masih berhutang dan merekamembayarkannya dengan mengambil hartapusaka yang ditinggalkan. Ramai anak-anak enjoy denga harta pusaka ibu bapatanpa melunaskan hutang ibu bapa kerana mereka tidak tahu hutang2 ibu bapamereka. "DariAbi Hurairah Radiallahuanhu katanya: Telah bersabda Rasulullah saw: Rohseseorang mukmin itu tergantung-gantung (dihalang daripada tempat yang mulia)dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan.'' (Riwayat Al-ImamAl-Tarmizi). WASIAT
Kita tahu bila kita dilahirkan namun kita tidak tahu bilakita akan mati………..Wasiat amat penting namun ramai ibu bapa tidak mengambilberat dan mengambil mudah. Walaupun harta kita bukan bilion2,namun wasiat adalahterbaik agar kita sentiasa bersedia. Aku sediakan 3 wasiat iaitu : 1.WASIAT HARTA BENDA-IKUT FARAIDH-AMANAH RAYA BERHAD. Fi Perkhidmatan Penulisan dan Penyimpanan Wasiat : SeumurHidup RM350. 2.WASIAT SEDEKAHJARIAH : AGAR ANAK-ANAK TAHU MEMANFAATKAN HARTA UNTUK SEDEKAH JARIAHSEBAGAI MANFAAT PAHALA IBU BAPA DI KUBUR. 3.WASIAT KEHIDUPAN : CORETAN PELBAGAI NASIHAT UNTUKANAK-ANAK.. Banyak perkara yang boleh dilakukan sebagai ibu bapa.Kita mahu jadi ibu bapaterbaik dan cemerlang.Aku bukanlah pakar bijak pandai sebab aku tak pernahmasuk tv..hanya org yg biasa masuk tv adalah pakar bijak pandai… aku hanya mahu berkongsi dengan manusia kerana apa yangkita lakukan,mungkin tidak dilakukan orang lain. banyakkan membaca.aku banyak baca buku parenting sama adadari Barat,mahupun dari ilmuwan Islam. Buku Tarbiyyatul aulad fil Islam nukilan Dr Nasih Ulwan amatbaik dan sudah ada dalam bahasa Melayu. ingatilah pesan Saidina Omar al-Khattab r.a “DIDIKLAH ANAK KALIAN MENGIKUT ZAMAN ANAK KALIANHIDUP..BUKAN ZAMAN KALIAN HIDUP…” Bayak perkara dan tips mahu dituliskan lagi,namun masa yangterbatas menyebabkan aku berhenti di sini.Ada lagi porumers lain bolehberkongsi,agar kita sentiasa berusaha menjadi ibu bapa yg lebih baik dan baik……… Assalamualaikum………
|