|
BOSTON AFTERMATH
Sementara ramai masih terkejut mengenai kes pengeboman di Boston Marathon pada 16 April lalu, ia tidak mengambil masa yang lama untuk penjenayah siber untuk mula mengambil kesempatan terhadap insiden tragik bagi memenuhi niat kotor mereka.
Hari ini, pihak Kaspersky Lab telah menerima emel yang mengandungi link ke lokasi "malicious" dengan nama seperti "news.html". Apabila seseorang itu klik pada link tersebut, pada mulanya ia mengandungi URL klip Youtube yang tidak berbahaya yang memaparkan klip insiden Boston itu. Setelah 60 saat, muncul satu lagi link yang akan membawa ke pengaktifan "executable file".
Setelah itu, malware yang aktif akan terus bergerak dan memberi efek kepada perkakasan komputer serta mencuba untuk mengakses beberapa IP address di Ukraine, Argentina dan Taiwan.
Kaspersky Lab mendakwa bahawa ia adalah satu ancaman dari "Trojan-PSW.Win32.Tepfer.*"
Takziah dan ingatan kepada rakan-rakan di Massachusetts dan mereka yang terlibat dalam insiden di Boston.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai jenayah siber, klik http://www.securelist.com
|
|
|
|
|
|
|
| |
|