BAB 11
Pukul 9.00 pagi, hari Khamis, di pejabat sebuah syarikat perniagaan kenderaan yang bernama Mozza Auto Sdn. Bhd, para pekerja di sana sedang berkumpul kerana ada perjumpaan pagi sedang berlangsung.Kelihatan pengurus besar syarikat tersebut yangbernama Kamal sedang dalam keadaanmarah yang amat sangat. “Saya tak faham betul dengan si Aina tu, dah tiga hari berturut-turut dia tak datang kerja. Telefon bimbit dia dah banyak kali saya cuba hubungi tapi lang- sung tak diangkatnya. Habis sedikit sebanyak kerja-kerja pemasaran kenderaan-kenderaan kita terganggu sebab dia tak ada. Kalau nak cuti bagitahulah, ini buat tak tahu saja, menyusahkan orang betul! Ada siapa-siapa di antara awak semua di sini tahu ke mana dia menghilang?,” tanya Kamal kepada beberapa orang pekerja -pekerjanya di pejabatnya itu.
Tugas Aina sebagai seorang pegawai pemasaran di syarikat tersebut telah men-jadikannya orang penting yang bertanggung jawab dalam hal ehwal pengedaran dan pemasaran kenderaan-kenderaan yang dijual dan diedar oleh syarikat itu.
“Kami pun tak tahu En. Kamal, kami pun ada cuba hubungi dia tapi seperti yang Encik cakap itulah, dia langsung tak jawab panggilan kami,” jawab salah seorang pekerja yang berdiri di hadapan Kamal itu.
“Hmmm Mila, awak rapat dengan Aina kan? Awak ada hubungi dia tak? Tak pun ada pergi ke rumah dia baru-baru ni?,” Kamal bertanya kepada Mila, setiausaha di syarikat tersebut dan juga kawan rapat Aina.
“Saya juga ada hubungi dia tapi seperti yang Encik dan pekerja lain kata tadi, memang langsung tak berjawab. Saya bercadang nak pergi ke rumah dia nanti untuk mencari dia di sana,” jawab Mila.
Aina dan Mila memang rapat di tempat kerja. Ini kerana mereka adalah rakan sekuliah semasa di universiti dahulu dan mengambil kursus yang sama iaitu Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perniagaan. Mereka memang sudah lama kenal dan kebetulan juga sekarang sama-sama bekerja di tempat yang sama. Cuma sekarang ini mereka bukan lagi rakan serumah seperti di zaman universiti dahulu memandangkan sekarang ini Mila menetap di rumah ibu bapanya di bandaraya Kuala Lumpur, bandar tempat kerjanya sekarang ini. Rumah keluarga Aina pula jauh dari bandaraya Kuala Lumpur jadi mahu tak mahu terpaksalah menyewa di rumah sewa sebagai tempat tinggal.
“Hmmm, baguslah kalau macam itu. Kalau awak jumpa dia nanti, bagitahu dia kalau tak datang kerja lagi esok hari, saya akan pecat dia serta merta!,” Kamal menegaskan kepada Mila mengenai tindakan yang bakal diambil kepada Aina itu dengan serius sekali. Mila yang mendengarkan kata-kata Kamal itu tergamam dan terdiam seketika. Rasa kasihan terhadap nasib yang bakal menimpa kawan baiknya itu mula muncul di hatinya. Kamal memang tegas orangnya dan tidak akan berkompromi mengenai apa -apa yang melibatkan hal kerja. Sudah banyak pekerja yang tidak berdisiplin telah dipecatnya sepanjang menjadi pengurus besar di syarikat itu. Mila, setiausaha syarikat itu yang berupa paras cantik, ayu bertudung serta kecil molek orangnya juga sering dimarahi oleh Kamal sekiranya ada melakukan apa-apa kesilapan semasa bekerja.
“Aku mesti jumpa Aina hari ini, aku mesti selamatkandia!,” bisik Mila dihatinya. Misinya untuk berjumpa dengan Aina bagi membawanya kembali ke tempat kerja perlu dilaksanakan tanpa berlengah-lengah lagi demi masa depan karier Aina! Sementara itu di rumah sewa Aina, kelihatan Aina sedang bersiap-siap untukpergi ke tempat kerjanya. Jam di dinding biliknya menunjukkan pukul 10.30 pagi. Sepatutnya waktu mula kerja Aina di pejabatnya adalah pada pukul 9.00 pagi. Nampaknya Aina sudah pun terlewat ke tempat kerjanya. Kelihatan Aina begitu tenang sekali, tidak ada sedikit rasa risau di mukanya, malah boleh bersiap tanpadalam keadaan kelam kabut untuk bersiap cepat ke tempat kerja. Padahal ada masalah besar yang akan menimpanya nanti. Masalah mungkin akan dibuang kerja akibat tidak datang kerja selama tiga hari berturut-turut tanpa sebarang alasan yang munasabah serta tidakmenjawab panggilan daripada pengurusnya, Kamal sepanjang tidak ke tempat kerjanya selama tiga hari berturut- turut itu. Bukan setakat itu sahaja, dia juga mungkin akan dihukum atas satu lagikesalahannya pada hari ini, datang lewat ke tempat kerja.
|