|

iMasa berlalu dengan pantas sekali. Tidak dinafikan kita sering rasa seperti ‘tiada masa’. Hmmm, nampaknya kamu sudah terlewat untuk bertemu dengan si dia! Alamak, tiba-tiba kamu baru tersedar yang rambut kamu agak berbau dan kamu tiada masa untuk mencucinya! Jangan risau, REMAJA ada cara untuk kamu mewangikan rambut kamu dalam masa 60 saat ala-ala artis Hollywood terlambat untuk ke set!
1) Halakan kipas ke rambut, kemudian kibas-kibaskan rambut agar ia kering dan tidak terlalu berminyak akibat peluh.
2) Ambil pewangi dan semburkan sedikit pewangi itu di atas permukaan rambut.
3) Kemudian, kibas-kibaskan semula rambut supaya wangian tersebut tidak terlalu kuat baunya.
4) Sisirkan rambut menggunakan jari. Nah, si dia pasti akan memuji bau rambut kamu yang wangi itu.
|
|