CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3797|Reply: 4

Tempoh pinjaman peribadi dan perumahan dipendekkan..!

[Copy link]
Post time 9-7-2013 11:15 PM | Show all posts |Read mode
Syarat baharu BNM tidak jejas Bank Islam

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
KUALA LUMPUR 9 Julai - Langkah Bank Negara Malaysia (BNM) mengehadkan tempoh maksimum pinjaman peribadi dan pembiayaan pembelian hartanah kediaman tidak akan menjejaskan pembiayaan bagi Bank Islam.

Pengarah Pembangunan Perniagaan Bank Islam, Khairul Kamarudin berkata, walaupun Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) telah mengeluarkan kenyataan bahawa syarat baharu akan memberi kesan sehingga empat ke lima peratus, namun kesan itu adalah bersifat sementara.

Katanya, 95 peratus daripada pembiayaan hartanah kediaman Bank Islam adalah di bawah tempoh 35 tahun yang sudah pun menepati syarat baharu BNM.

"Kesan sebanyak lima peratus sahaja. Jadi bagi Bank Islam kami tidak melihat syarat baharu ini memberi kesan kepada bank kerana kami sudah berada di saluran yang betul.

"Portfolio Bank Islam terdiri daripada 50 peratus dari pembiayaan hartanah kediaman, 30 peratus untuk pinjaman persendirian dan selebihnya adalah kad debit dan kredit. Saya juga yakin bahawa Bank Islam akan terus bertambah baik kerana saluran kami sudah pun ada," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada pelancaran kad kredit terbaharunya, Kad Kredit-i Visa Platinum untuk pelanggan kelas atas.

Jumaat lalu, BNM menetapkan tempoh pinjaman peribadi maksimum dihadkan selama 10 tahun manakala pinjaman pembelian rumah dihadkan selama 35 tahun.

Langkah itu bertujuan mengekang hutang isi rumah ketika ini berada pada paras 83 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK).

Menurut Khairul lagi, pihaknya menjangka dapat meningkatkan pembiayaan antara 10 hingga 20 peratus pada tahun ini. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... Islam#ixzz2YYt3Yh6Q
© Utusan Melayu (M) Bhd

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-7-2013 11:31 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 10:59 AM | Show all posts
pre-approved loans tuh yg thru credit card tuh ka?
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2013 01:18 PM | Show all posts
Abis la mcm ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2013 10:57 PM | Show all posts
35 tahun pun cukup laa......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 01:11 PM GMT+8 , Processed in 0.437104 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list