Bayangkan diri anda dibawa ke lokasi yang tidak pernah anda pergi.
Ditinggalkan di situ dengan mata yang ditutup.
Semua barangan anda akan dirampas.
Perbezaan bahasa menjadi halangan dan anda harus mencari jalan pulang.
2 artis setiap minggu bersama 2 Charlie.
10km. - 1 jam 30 min. - 5'000 Ringgit.
Ini adalah SESAT.
Program : Sesat
Ideas/Konsep : EightballProductions Sdn Bhd
Genre : Realiti Game Show
Episodes : 13 Episodes
Masa : ½ jam
Sesat ialah satu program Realiti Game show yang dihasilkan oleh Eightball Productions SdnBhd. Sesat dicipta untuk meguji minda dan mencabar pemikiran selebriti Malaysia.
Musim pertama diadakan di Bandung,Indonesia dan menampilkan dua selebriti bertembung dengan satu sama lain. Kedua-dua selebriti akan ditempatkan di lokasi tanpa sebarang wang, talipon bimbit,makanan mahupun minuman. Mereka kemudian harus mencari jalan ke lokasi B. Anggaran jarak lebih kurang 10km. Mereka diberi masa 1 jam 30 minit.
Selebriti pertama yang berjaya ke lokasi B akan mara ke peringkat Bonus dimana mereka berpeluang memenangi hadiah RM5000. Mereka tidak dibenarkan mengguna status selebriti mereka atau memberitahu tentang program TV ini.
Sesat akan ditayangkan setiap hari khamis pukul 9.30 malam bermula 24 October di Astro Ria.
Penerbit Eksekutif:
GambitSaifullah
AzlinaMerican
Pengarah:
Gambit Saifullah
Pengacara:
HafizulKamal
Pengembara:
Gambit Saifullah
Artis
MichaelAng & Marsha Milan Londoh
IzzueIslam & Alif Hadi
KakaAzraf & Cristina Suzanne
KarlShafek & Tengku Hanis
Dira AbuZahar & Adeline Tsen
AzwanAli & Fizo Omar
AndingIndrawani & Ryzal Jaafar
LinaJohor & Liana Johor
TaukeJambu & Yus Jambu
Ayie Ali& Iz Sulaini
SabhiSadi & Lana Nordin
DafiIsmail Sabri & Sherry Ibrahim