Tapi night one thing I know for sure biar bukti depan mata sekali pun memang most men tak kan ngaku punya.. Diorang lebih prefer pertahankan ego depan dari mengaku salah.
Tak taulah mentaliti orang melayu kot camtu. Ina banyak kawan Muslim foreigner, diorang tak macam tu. Kalau depa salah diorang akan minta maaf. Tapi diorang ni ina perasan kesedaran tentang Allah tu tinggi. Iman kuat.
Kalau manusia tak nampak dia tahu dan sedar Allah Maha Melihat. Tak tau leh nape most men melayu ina jumpa camtu. Ada yang ok, baik, jujur, tapi percentage rendah mostly. Dan ina doa banyak banyak ina jumpa dan berkawan dengan kelompok yang kecil ini.
InsyaaAllah.. Allah nak tunjukkan benda yang terhijab dari pandangan ina selama ini. Itu hikmah yang ina nampak selama semua konflik ni berlaku. Allah kesian kat Ina kot..
Apa pun ina bersyukur. Tak tahu lah apa dia rasa. Tapi semua ni telah terlerai dan masing-masing hidup lebah bahagia dan tenang lepas cerai. (except yang sikit2 ni la) Last edited by mummyslove on 20-12-2013 07:35 AM
Anak ina bagitahu dulu Papa dia suka sangat tengok citer "Adam & Hawa". Tak pernah miss, siap suruh anak ina tengok sekali. Ina tak tengok. Sebab pada Ina citer tu langsung tak sama ngan kisah hidup kitorang. Dalam citer tu diorang kena perangkap, pastu terpaksa kawin.
Citer Ina lain, dia yang bodoh pasang perangkap sebab nak ina terpaksa kawin ngan dia. Yela ina Ina kat UTM Semarak dia kat UTM SKudai. Ina betul2 bengang sebab kena gantung uni sebab keje bodoh dia. Ina terpaksa susah payah melarikan diri. Tangguh degree sebab taknak terserempak dengan dia.
Naik balik Ina kena bawak 1 whole year subject supaya ina boleh kejar graduation supaya tak tertinggal sampai 2 tahun. Naik dengan malu yang teramat sangat. Orang pula citer bukan2. Fitnah merata-rata. Kawan ina siap pergi suruh pakwe (now husband) pergi selidik punca fitnah. Serius rupanya dia pergi tabur fitnah merata. Kalau Ina citer sekarang, maybe korang akan kata dah la citer lama. Ye memang dah lama.
Ina dah maafkan dia serius dah maaf. Tapi Ina still perlukan masa nak lupa kan. Tapi macam Ustaz Pahrol cakap la...Ni ina share kat status FB ina hari tu..
"Kita perlu ubat untuk sembuhkan luka. Tetapi kita perlu masa untuk hilangkan parutnya.
Begitulah... memaafkan umpama ubat. Melupakan perlu masa. Jadi berilah masa, jangan paksa hati untuk melupakan." ~ Pahrol Mohamad Juoi
Seriusly bercinta time Uni banyak kenangan pahit bagi Ina dari yang manis. Allah sungguh-Nya Maha Adil dan Maha Bijaksana. Dia aturkan semuanya dalam perjalanan yang terbaik, sehingga Ina nampak hikmah semuanya. Allahu'alam. Ok lah tamau citer panjang-panjang sangat cukup lah takat ni.
Have A Great Weekend Everyone! Last edited by mummyslove on 20-12-2013 07:48 AM
Author|Post time 22-12-2013 11:55 AMFrom the mobile phone|Show all posts
semalam pkl1am anak ina dah balik. rindunya dia siap peluk2 lagi. ina salam bekas mertua ina as usual.
Jumaat hr tu tengah ina buat keje kat ofis, siapkan User Manual untuk Mi-Trust masuk sms yang ina rasa ditaip oleh ex ina.
" peguam yg suruh buat check up tu. Pastikan buat susulan hepatis B"
padahal ina tahu ni cuma sms nak provok dan ugut lagi. kali in ina nak lelaki tolong jawab kekeliruan ina ni. what does he expect sebenarnya. dia nak apa?
ina tak kacau dia pun. anak ina dgn dia. you tell me how to handle this. ina tahu he has no peguam. sekadar nak sakitkan hati nak gertak aje.
how should i respond. "ok?" dan membenarkan orang membuli ina? or kalau org yg geram akan balas "ok, peguam saya bla...bla.." dia tahu ina takkan tipu. and i never lied before. so dia tahu ina xkan jawab mcm tu.
ni apa ina reply. Last edited by mummyslove on 22-12-2013 12:24 PM
Author|Post time 22-12-2013 12:02 PMFrom the mobile phone|Show all posts
sebelum tu ina ckp trima kasih semua. Nnt akak follow-up. Hr tu dia miss bcg dia darjah satu sbb balik langkawi. . Memang betul. Tp dah lepas pun xpelah. Nnt akak followup.
Lepas tu ina ckp mcm ni.
e** tlg bgtahu abg i***. jgn hntr sms mcm ni lagi.
"peguam bla.. bla.. bla.."
sebab nnt kalau kak ina betul2 hire peguam dia marah lg nnt. sbb mahkamah blh bg bantuan peguam kalau perlu.
tlg berhenti provoking pergaduhan. cukup2 la..
jgn marah ye ni kak ina minta cara baik. cukup2la ye.
Author|Post time 22-12-2013 12:20 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Umur anis dah nak masuk 9 tahun. Ina kenal dan mula menerima masalah dgn ayah dia sejak 1996 lagi.
Tiap kali ina tanya apa dia nak dari Ina sebab tak henti2 buat ina mcm ni, dia tak bg jawapan. Ina dah cakap dah kalau ina boleh bg apa dia nak demi Allah ina akan bagi.
Dia tak nampak ke lagi hikmah kitorang cerai? Ina tak faham la.
Semalam sebab ina betul2 nak tahu isi hati anak ina, ina tanya dia.
"Anis, mama tanya sikit boleh? Anis nak ke mama kawin dengan papa? Anis ok tak mama cerai ngan papa?" Nak tahu apa dia jawab? Jawapan dia sama dengan apa ina rasa dulu masa lepas ina istikharah nak cerai dengan papa dia dulu.
Anis jawab. "Tak nak mama kawin dengan papa. Kalau mama dengan papa gaduh lagi. Kalau mama dengan papa gaduh depan anis mesti anis nangis lagi teruk."
See anak ina pun tak nak kitorang kawin. Jadi apa masalah mamat ni sebenarnya? Ina tak faham.
Dia dah happy kan? Ina pula hidup tenang dengan Anis. Bukan kah itu hikmah yang besar untuk dihargai?
Ina konfius. Apa masalah dia sebenarnya? Apa lagi yang tak kena ni? Dia yang paksa ina terima dia. bila ina tak dapat terima dia nak marah2.
ina ada gak clash dengan orang lain sebelum ni. tapi takde plak orang buli ina tak henti-henti macam ni.
setiap kali ina tanya apa dia nak dia tak jawab. tapi dia asyik buli ina. ina sampai solat tahajjud berdoa semoga Allah lindungi ina dari fikiran, hati yang berprasangka, dan perbuatan tangannya.
ina tak pernah doa yang buruk2 kat dia. ina cuma doakan perlindungan Allah shj. ina dah kerugian byk masa muda ina sebab ina lembut hati sangat. salah ke ina berkeras utk hati yang lebih tenang? Last edited by mummyslove on 22-12-2013 12:25 PM
Sori guys, ina baru lepas solat maghrib tadi. Ina memang camni. Kalau ina start a post ina akan jadi kan post ni macam living diary ina. Ina x tulis kat status ina tak sesuai. Sebab ramai yang akan komen nanti walau pun diorang tak tahu apa citer.
Tadi ina ubah sikit doa ina dari memohon perlindungan, ina doa supaya Allah lapangkan fikiran dan hati ina terhadap apa yang berlaku. Ina doa supaya Allah hilang dan padamkan segala amarah, benci dan dendam di dalam dada. Ina ulang beberapa kali. Tetapi tetiba air mata ina menitis lagi. Tak tahu sebab apa. Sebab marah ke sebab sedih ke, or sebab apa yang ina minta tu bertentangan dengan apa yang bersarang dalam hati ina.
Sebelum kita maafkan orang lain kita kena maafkan diri kita sendirikan. Jadi di sini ina nak maafkan diri Ina. Korang yang baca ni, anggap jelah ina tulis telenovela entah hapa-hapa lah ye.
Ok start.
-----------
Shahrina, saya maafkan awak kerana terlalu lembut sehingga engkau tidak berjaya mencapai CGPA 3.0 above. It's ok. kawan kau kan kata you are a smart girl. Walau pun kau cuma dapat 2.98 given your stressful situation you have done excellent indeed. Syukur ye Rina.
Shahrina saya maafkan awak sebab awak relakan diri berkahwin dengan i**m. Awak buat macam tu sebab awak nak maafkan dia dan bagi peluang kedua pada dia kan? Lagipun kan Allah dah hadiah kan Anis pada kau Rina. She's such an adorable daughter. Dia hormat papa dia dan dia sayang engkau. You have gone through rough times with her. Belajar master, menyusukan dia, berulang-alik N9 dan UKM every week kan? You have tried and given the best that you could. Saya sayang awak Rina. Don't put it on your self too hard dear. Allah has always been with you.
Shahrina, saya maafkan awak kerana adakalanya kau naik angin dengan i**m. Don't blame your self too much. Orang lain pun tak sebaik engkau, anis baru setahun lebih kau relakan dia berpisah dengan engkau sebab kau nak jaga hati i**m kan? Takpe Rina, biarlah dia tak hargai apa kau buat, biarlah dia tak paham engkau tak pe Allah melihat setiap yang engkau korbankan buat Anis. Engkau teruskan berdoa untuk kebahgiaan i**m. Sebab doa pada orang lain, nanti Allah akan kembalikan doa itu lebih banyak pada diri mu.
Dah terbukti pun kan? Biarpun gaji kau tak seberapa tapi kau bisa menyara dan memenuhi setiap keinginan Anis kan? kau boleh beri dia makan best2 kan? Baju baru selalu kan? Kau yang biaya tambang rombongan dia kan? Takpe Rina Allah menilai setiap detik kesabaran kau Rina. Jangan sedih, Nabi dulu di uji lebih berat lagi. Kau cuma pernah kena hampuk dengan helmet je, tapi Nabi dulu ada orang plan nak bunuh dia. Sabar Rina Allah sentiasa bersama-sama orang yang sabar.
Shahrina saya maafkan awak sebab tak pergi serang I**m dan dapatkan laptop kau. Bukan kau yang buat kecoh dulu kan ingat tak? D**** gf dia yang minta no telefon kau nak bgtahu dia nampak laptop kau kan? Kau tak pernah pergi serbu dia pun. Biarlah kau susah nak study pun x pe, Allah kurniakan kau aqal yang cerdik mudah faham dan mudah tangkap sebab dia tahu kau bisa hadapi dugaan ini.
Shahrina ingatlah apa pun kelebihan yang kau ada, semuanya kerana Allah yang kurniakan pada kau Rina. Bersyukurlah selalu. Hulurkanlah sebhagian dari rezeki mu pada jiran2 bersebelahan kerana mereka lebih sempit kewangan dari kau Rina. Kesian diorang naik motor je anak punkecil-kecil lagi. Kalau kau sedekah insyaaAllah, Allah akan buka pintu rezeki kau lebih luas dan dari sumber yang kau tak duga.
Rina maafkanlah diri mu. Kerana Allah tu sangat pengampun Rina. Dia pimpin kau dari kau kecil sampai kau dah dewasa. Kesakitan ujian yang kau hadapi hanya sebuah bentuk tarbiah dari Allah untuk menjadikan kau manusia yang lebih baik Rina. Tak layak kau nak kata kau beriman jika kau belum diuji. Biarlah orang lain tak faham apa kau lalui Rina. Janji Linda dan Nani tahu semua susah payah kau selama ini. Kau kan cerdik? Masakan kau boleh menyorok dekat pondok telefon depan balai polis kalau kau tak cerdik? Ingat tak?
Ingat tak lagi pakcik yang sama-sama dalam group micro-p tu dengan makcik tu dulu. Kau banyak menyumbang siapkan projek, dari hardware hingga ke assembly language. Kau yang program kan? Kau siapkan report sama2 ahli yang lain. Diorang kata kau budak baik. So don't be too hard on your self dear.
Bukan calang-calang orang boleh jadi Track Chair kat conference ICT security kat Antalya, Turki. But you did it. Kau kan dalam department security kat mimos? Sebuah badan R&D. Walau pun ramai lagi orang yang lebih hebat, tapi kau juga antara orang yang cerdik. You are smart Rina. kalau tidak kau tak masuk dalam tu.
Ujian hidup ni semua orang akan lalui. So will you. Look ahead. kau pun dah kenal ramai orang hebat kan? yang jatuh bangun dia lebih susah lagi. Ada yang ibu diorang ibu tunggal rumah beratap zink dan boleh nampak bintang. Tapi dimana mereka sekarang. Ada yang dah jadi lawyer, ada yang jutawan saham. Kenapa kau dikalangan mereka? "Likes, attract likes" remember? Ada hadiah yang bakal Allah berikan pada mu Rina. Sabar, istiqamah dan teruskan perjuangan. Bersihkan hati dari benci dan dendam. Allah akan hadiahkan sesuatu yang lebih bermakna buat mu. You just wait and see. Ok dear.
Apa rasa hati sekarang? Dah boleh maafkan diri sendiri? Ye, betullah dah lebih tenang. Hati lebih lapang. Menulis is a good therapy. Betulla kata Bob Proctor you have to write what you want, and imagine what you want. Soon you will have it in your hand. "Aku mengikut sangkaan hamba ku"~ ayat al-Quran dah berkata begitu.
Hold the image dearly in your head and remind yourself daily of what you want. InsyaaAllah soon you will get it.
Sori lah korang ina memang suka buat thread yang ina tulis kat cari ni jadi diari. baca je lah ye buat hiburan dimalam hari. Apa yang baik dari Allah yang tak baik dari kelemahan ina sebagai hamba dia yang lemah.
malam tadi ina mimpi ina argue dengan someone pasal FB impersonation. Beria-ria orang tu kata ex ina tak buat. Ina tahu perasaan dia sebab dulu ina pernah kena. Dia beria-ia kata dia tak buat, but the evidence found cakap sebaliknya. Dan bukti tu pulak datang dari kawan baik dan abah Ina sendiri. Ina terjaga dari tido Ina jadi keliru. Should I or should I not launch a police report. Lagi pun wife dia yang suruh Rina buat report.
The last time ina tak ambil tindakan, ia telah menyusahkan ina sehingga ina kena gantung universiti, barang2 dicuri. Maruah ina di cemari. Kali ini perkara ini berulang lagi. Ina tak dapat tido lena. Badan ina jadi lemah balik. Sendi-sendi jadi longgar dan tak bertenaga. Nak angkat tangan pun terasa berat. Ada dua suara bermain di minda ina. "Maafkan lah ina, pahala yang lebih besar akan kau perolehi kalau ina maafkan." Suara yang satu lagi pula cakap lain, "Ina... ina bukan nak zalimi dia. Ina cuma nak clearkan nama ina. Orang tuduh ina fitnah i**m. Tapi ina dan Linda, Fajar dah tengok akaun tu. Ingat tak apa jadi dulu kan? Dia buat lagi. Lagi pun kes Najib pun diorang boleh buktikan kat court. Kalau ada photo impression guna graphic editing. Kes Siti Nurhaliza pun diorang boleh buktikan kat court. bila Siti dapat email ugutan, ada IP tracingkan, ada audit log untuk jejak trail akaun tu." Tapi kalau ikut apa nabi buat, Rasulullah akan maafkan apa orang lain buat kat baginda.
Ina confuse lagi. Ina dah mohon supaya jangan hantar sms berbau ugutan lagi. Tapi ada jugak lagi. Semangat ina jadi lemah. Ina rasa aura ina dah jatuh lagi. Ina bangkit Ina buat solat sunat 4 rakaat (2x2). Tapi yang terlintas cuma ina simpan je skrin shot tu nanti.letak dalam dropbox. Nanti kalau perlu bincang di majlis sulh, minta nasihat penasihat yang bertugas. Cerita lah dari A-Z. Minta pandangan orang yang arif.
Dulu pun sebelum ina betul2 minta cerai ina buat macam tu juga. Kali pertama ina buat rekod doktor ina ajak Nani teman ke klinik di PKNS Shah Alam. Doktor tanya, awak nak saya buat laporan ke? Ina cuma cakap takpe doktor, saya cuma nak simpan rekod mana tahu saya perlukan nanti. Setahun lebih lepas tu, it really happen bila ina terpaksa ke klinik tu semula untuk dapatkan lampiran report kesihatan untuk dikepilkan bersama surat tuntutan fasakah. Tarikh rekod pertama ina belum pregnant. Masa Ina dapatkan laporan doktor tu Anis pula dah berumur 1 tahun 2 bulan. Nani kata dia dah lupa mana dia simpan salinan Ina. Tapi bila pergi ke klinik tu doktor masih ada simpanan rekod tu. Doktor ada cakap tindakan ina tu tindakan yang bijak, walau pun masa tu ina masih separa fokus. Hati masih keliru tentang apa yang terbaik.
It wasn't intentional. Tapi it indeed help me alot with the syariah court. Kali ni dia buat lagi. Badan ina penat sebab tenaga dan aura ina ada negativiti. Bila ina buka group whatsapp semua cerita pasal pencapaian diorang dalam bisnes. Ina patut simpan rekod juga sebagai langkah keselamatan. Tapi tukarkan fokus dari ingat apa i***m buat, kepada masa depan Ina dan Anis. Biarlah ina. Allah akan balas juga nanti. Niat nak puasa hari ni ina terpaksa lupakan. Sebab ina perlu minum banyak air. Tenaga ina drop betul hari ni. Ina perlukan tenaga nak siapkan report system Mi-Trust. PDRM dah tunggu nak implement. Bos pun dah depend sepenuhnya untuk Ina siapkan report. Mak belum kebah lagi. Anis ada kat rumah nak teman mak. Intan kena on-call. Dia tak larat nak balik rumah. Mak demam ina, kesian dia diabetic, kaki sebelah pulak tu.
Ina kena simpan tenaga Ina untuk benda yang lebih perlu. Simpan je snap shot sms ugutan I**m dalam dropbox atau google drive. Fokus pada mak, kerja dan impian ina. Kita hadapi I**m ni di masa yang lain. Buat masa ni ina ada priority yang lebih penting untuk ditumpukan. Pick your self up Ina. You can do it!
Ina pernah kena pressure lebih teruk dari ni. Tapi kau dah pass that phase. This is just small matter. Ok ina. Terima kasih Shahrina sebab rajin menaip. At least dengan menulis ni ada yang mendapat manfaat tentang cara diorang nak hadapi masalah seharian diorang. Masih ramai dalam forum ni yang dibebani masalah juga. Maybe this journal will help them think positif dan adopt cara nak atasi masalah diorang juga.
Kenapa kau ni telus sangat Ina. Sampai nama betul pun kau taip sini? Well.. sebab I don't like to pretend. This is me. I'm not afraid of my flaws, I know who I am, and I'm typing this from my heart. Jika bermanfaat ambil lah jika tidak campakkan lah ia kelaut.
I'm typing this as a therapy for my self. Dulu masa Ina stress Cari.com.my lah tempat yang membantu ina bangkit semula. And maybe I'm typing this here, sebab ina harapkan untuk kali keduanya jurnal ini dapat membantu ina bangkit sekali lagi.
Jam menunjukkan pukul 7.30 pagi. Ina kena pergi beli kuih dan sedikit bekal untuk anis, Jangan lupa telekung Anis juga. Sabar Ina Allah bersama mu. Off to work now.