|
Adat/Upacara/Amalan/Dharma Masyarakat Melayu yang Telah Pupus dan Hampir Pupus
[Copy link]
|
|
selalu nengok kat kedai jual kete ke apa ke letak muka cam tok wali.. nape eh..? |
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 13-6-2014 07:43 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
azilamie2 posted on 13-6-2014 12:50 AM
selalu nengok kat kedai jual kete ke apa ke letak muka cam tok wali.. nape eh..?
Biasanya spesis2 penonton wayang kulit mmg suka letak muka tok wali dan puteri2 ni...ada 2 spesis je iaitu melayu kelantan dan jawa johor...sbb wali dia tu ada power mcm citer naruto.
Puteri roro kidul vs cik siti wan kembang
Wali songo vs tok kenali
Jgn dilupa muka sultan2 johor pon mcm muka sultan siam boleh bawak berkat n murah rezeki katenye.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku rasa adat bersanding tu yg paling lamaaaaaa dan paling susah nak dihapuskan..tp skang ni aku rasa ramai yg dah ada kesedaran agama..pelamin utk buat bergambar je..dulu aku pegi family's fren punya wedding..an Indian la..mmg sebijik sejibik pelamin cam org melayu..cuma kaler diorg la style meriah gitu..pastu ada hiasan patung burung merak kiri kanan pelamin..
Aku akui fmly aku mmg amalkan lg sanding2 ni..huhu. Lebih kpd for fun dan biarlah sedara mara dtg jauh2 puas dpt tgk pengantin gituuu..![](static/image/smiley/default/smile.gif)
Lagi satu, amalan bela saka semua tu asalnya Hindu and Buddha ke?? mohon share info sape yg tau. |
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 19-6-2014 09:36 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
shop_girl posted on 18-6-2014 09:31 AM
Aku rasa adat bersanding tu yg paling lamaaaaaa dan paling susah nak dihapuskan..tp skang ni aku ras ...
Yg aku pelik..yg amalkan bersanding lebih bahagia berbanding yg tak amalkan bersanding...mungkin bila orang ramai tengok pengantin tetamu ramai berdoa..kan |
|
|
|
|
|
|
|
subee posted on 12-4-2014 04:05 PM ![](static/image/common/back.gif)
Upacara lenggang perot utk wanita mengandong....aku besa tengok masa aku kecik2...bulan ke berapa pr ...
bidan tua ni.. diorang bukn main sebarang teka. memang ada baca dan amalan dia serta pengalaman. macam arwah wan aku.. busu aku perut dia kecik je. dia pegang kata kembar. semua tak caya. maksu aku pun tak g spital nak tgk scan ni.. skali scan memang dokt kata kembar. walhal masa wan aku pegang tu, baru bape bulan
|
|
|
|
|
|
|
|
Nasi kena simpan sikit masa malam Jumaat, nanti roh arwah balik rumah nak makan ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
member aku yg kuat agama yg tak bersanding ok je bahagia..
mana pulak survey yg ko dapat ni??? ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
info yg menarik
mana yg bercanggah elakkanlah |
|
|
|
|
|
|
|
Adat yg bakal terhapus dan bakal penggantinya:
1. Adat & budaya bertunang KEPADA Adat Pre-Wedding yg dimulakan secara kecil2an dgn bergambar sahaja ketika ini.
2. Adat potong jambul bayi & tahniq (SUNNAH) KEPADA Majls Baby Shower. |
|
|
|
|
|
|
|
adat malam 7 likur.waktu kecik2 masih ada di kg aku.sekarag rata2 xbuat da. |
|
|
|
|
|
|
|
suka taim malam 7 likur..
masa kecik2 dulu meriah sangat.
tapi sekarang ni macam dah takde seri..suram je kampung..
tak ramai dah yang pasang pelita pada malam 7 likur..
rasa macam nak balik zaman dolu2 je..
suasana best, terang benderang ngan cahaya pelita.. ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
dulu hampir2 gak nak buat majlis lenggang perut..
masa tu kandungan masuk 7 bulan..
last2 ganti ngan solat hajat dan bacaan yaasin..
apekejadahnya buat perkara karut marut camtuh?
jamang tok nenek kita dulu buat la sebab masa tu tengah jahil ilmu agama..
tok sedara yg bgtau.. last2 sy tak nak buat..
karut je buat cenggitu.. ![](static/image/smiley/default/3sweat.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
maaf, tumpang tanya..kalau yang rupa anak muka seriras dengan rupa ayah kena pakai subang..katanya takut panas..yang ini nak dipanggil apa ya
|
|
|
|
|
|
|
|
PESTA PUJA PANTAI (MENJAMU HANTU LAUT / MENYEMAH PANTAI)
![](http://i58.tinypic.com/2iu4b9e.jpg)
![](http://i59.tinypic.com/27y6f7n.jpg)
![](http://i62.tinypic.com/2q08wwm.jpg)
![](http://i59.tinypic.com/2ntl2m1.jpg)
![](http://i59.tinypic.com/29fcjk5.jpg)
Pesta Puja Pantai atau juga dikenali sebagai Menjamu Hantu Laut, atau Menyemah Pantai, merupakan satu upacara popular yang dilakukan oleh golongan petani dan nelayan di Pantai Timur, terutamanya di Kelantan dan Terengganu sebelum musim menangkap ikan.
Seekor kerbau balar (putih) biasanya disembelih dan dihanyutkan ke laut bagi menenangkan semangat laut atau juga dikenali sebagai hantu air agar tidak membahayakan para nelayan ketika mereka menangkap ikan. Ia juga dikenali sebagi Temasya Mandi Safar di negeri lain, terutamanya di Melaka. Pesta Puja Pantai ini biasanya berlangsung selama beberapa hari dan penduduk pelbagai kampung akan riuh-rendah mendirikan khemah dan pentas pelbagai permainan, terutamanya di pantai Batu Buruk.
Perkhemahan di tepi laut ini dahulunya diadakan selepas musim menuai, sekitar bulan Mac. Pesta Pantai ini pada asalnya diadakan bersama semangat memuja pantai dengan membuang semah (kepala kerbau) ke laut untuk mendapat restu hantu laut agar memudahkan usaha menangkap ikan.
Pesta Puja Pantai ini kemungkinan bermula bagi menolak bala kerana semasa musim tengkujuh di negeri pantai timur, air dari laut lepas mengulung sebagai gelombang-gelombang besar yang menghalang kegiatan mereka ke laut. Musim hujan ini diikuti pula musim angin kencang, tetapi tanpa hujan lebat pada bulan Januari dan Februari yang masih menghalang kegiatan menangkap ikan, lebih-lebih lagi ramai di antara mereka menggunakan perahu-perahu kecil sahaja.
Seorang pegawai kanan perikanan dari Jabatan Perikanan Negeri-Negeri Selat dan Pertempatan Melayu Persekutuan turut melaporkan bahawa ia turut dilakukan di Pulau Ketam pada 14 Januari 1936, yang menggunakan seekor kambing jantan sebagai bahan utama persembahan. Persembahan untuk pesta puja pantai ini termasuklah upacara menepung tawar, bertih, beras kunyit, kemenyan dan sebotol arak.
Ia turut dilaporkan pernah diamalkan di Bachok (1958), Kelantan, Dungun, Kijal, Kuala Merchang, Mukim Beserah, pesta puja pantai pernah berlangsung selama empat hari. Pesta yang diadakan di tepi pantai ini dilakukan sekali dalam setiap empat atau tujuh tahun. Seekor kerbau balar (putih) berusia lebih kurang tiga tahun dikorbankan. Pada hari pertama diadakan upacara mengasap kemenyan dan alat-alat magik yang akan digunakan. Pada masa itu pawang membaca jampi mantera dan perkataan `Allah' sering disebut.
Ini diikuti oleh upacara melumur kerbau itu dengan air laut. Upacara diadakan pada hari kedua. Kerbau disembelih pada waktu maghrib hari ketiga. Dagingnya dimasak untuk jamuan mereka yang hadir sementara kepala dan kulitnya disumbat dengan sabut kelapa untuk memberi daya apung semasa dalam perjalanan sebaik sahaja ia dijahit. Beberapa jenis teater, termasuk menora, mak yong dan wayang kulit, masing-masing diiringi dengan kumpulan muzik dipersembahkan sebagai sebahagian daripada pesta puja pantai ini. Pawang dan pembantu-pembantunya mempersembahkan sampan yang diperbuat daripada tepung beras, daun nipah dan bangkai kerbau tadi kepada penunggu laut. Mereka meluncurkan sampan tadi ke laut lepas. Kemudian mereka kembali ke pantai dan ikut serta dalam majlis kenduri.
Bagi nelayan di Mukim Beserah pula, lima batu dari timur laut Kuantan, pesta ini tidak diadakan selagi pawang atau orang kampung tidak bermimpi semangat laut yang mereka namakan jembalang laut meminta agar diadakan pesta ini. Di Kijal, pesta seperti ini diadakan di pantai Kemaman, dan berlangsung selama tiga hari. Pesta terakhir yang diadakan di Dungun dan Kuala Merchang ialah pada tahun 1976, berlangsung selama tiga hari. Dalam masa 15 tahun, pesta puja pantai hanya diadakan dua kali di Dungun untuk tujuan ini. Umumnya pesta seperti ini, yang dilakukan secara besar-besaran sudah tidak diadakan lagi buat masa sekarang ini. Punca utamanya ialah kesedaran mengenai Islam menyebabkan upacara itu berkubur sedikit demi sedikit.
Tujuan dilakukan pesta seperti ini dilakukan ialah untuk tujuan rawatan penyakit, yang dipercayai berpunca daripada iblis dan syaitan. Apabila ia melibatkan upacara di laut, ia dilakukan selalunya kerana berlakunya kemalangan yang berturut-turut di laut, atau di pantai, kematian, kemalangan, tangkapan yang kurang, penyakit berjangkit dan sebagainya. Upacara atau pesta seperti ini bukan dilakukan setiap tahun, tetapi dilakukan apabila berlakunya sesuatu masalah seperti yang dijelaskan, ataupun apabila pawang atau bomoh mendapat mimpi yang penunggu, hantu laut dan sebagainya meminta supaya diadakan pesta memberi jamuan tadi, ataupun melalui mimpi.
Upacara ini dilakukan ialah kerana kepercayaan tentang adanya kuasa atau keupayaan penunggu atau jin-jin yang menghuni sesuatu tempat itu menguasai kehidupan manusia, boleh mendatangkan penyakit, mendatangkan kecelakaan, ribut taufan, menghalau ikan jauh daripada rezeki nelayan, boleh dipujuk dengan memberi makan dan sebagainya. Kerana itulah maka sajian itu perlu diberi. Apabila seseorang itu, tidak kira siapa menganggap adanya kuasa pada sesuatu yang baru, iaitu makhluk, orang yang berkenaan telah menyamakan kuasa (kudrah) yang ada pada Allah itu dengan kuasa yang ada pada makhluk, iaitu jin-jin, padahal yang mempunyai kudrah itu hanya Allah. Penyamaan ini diistilahkan sebagai `syirik', syirik menurut sebutan orang Melayu.
Selain dari bertujuan menjauhi bala, pesta puja pantai ini turut berfungsi sebagai tempat perhimpunan petani dan nelayan, di mana mereka melepas penat selepas menuai tanaman bagi petani dan rehat kerana musim ombak besar bagi kaum nelayan. Semasa perjumpaan ini, mereka akan mengambil peluang bagi berbincang mengenai perkara perkara berkenaan perkembangan dalam bidang masing-masing seperti benih yang baik, ancaman makhluk perosak dan perkara-perkara sedemikian. Pada masa itu, pesta keraian ramai seperti ini menjadi pusat pertukaran maklumat penting bagi orang awam disebabkan ketiadaan sistem komunikasi awam masa itu.
Selepas Perang Dunia II beberapa rencana, terutamanya dalam Utusan Melayu memperkecilkan upacara ini sebagai membazir dan bertentangan dengan ajaran Islam. Kemudiannya pada 1950-an PAS turut menentang amalan ini dana apabila PAS memenangi Kelantan pada tahun 1959, ia mengharamkan upacara ini sepenuhnya yang seterusnya turut diikuti oleh negeri-negeri lain. Bagaimanapun, pesta terakhir diadakan adalah pada 1976, iaitu 17 tahun selepas Kelantan berhenti melakukannya.
|
|
|
|
|
|
|
|
nice info... baru tahu pasal pesta puja pantai ni..sekarang ni kalu ada pong takat pesta pantai jelah.
ada funfair, gerai2 jualan, mini konsert..gitu jelah.
biasa buat kat Pantai Batu Buruk, Pantai Teluk Ketapang,
Pantai Kelulut, Marang..
tapi orang dolu-dolu memang amalkan perkara khurafat macam ni.
eii seram pulak rasanya main seru-seru jembalang laut, korban kerbau balar lagi..
meremang bulu roma..
|
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 15-7-2015 11:52 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
HangPC2 replied at 15-4-2015 12:29 PM
PESTA PUJA PANTAI (MENJAMU HANTU LAUT / MENYEMAH PANTAI)
Menarik gambar ni...dapat kat mana?
Nice...kipidap |
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 15-7-2015 11:52 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Hatida replied at 15-4-2015 12:43 PM
nice info... baru tahu pasal pesta puja pantai ni..sekarang ni kalu ada pong takat pesta pantai je ...
Sama la baru tahu...menarik gambar2 tu. |
|
|
|
|
|
|
|
husben saya ditindik telinganya masa kecil
bila saya tanya, dia kata sbb muka dia sama ngan muka arwah ayahnye
(saya tak pernah jumpa ngan arwah ayah mentua)
mak saya kata mmg amalan orang dulu2
tp tak tau atas reason apa
|
|
|
|
|
|
|
| |
|