Telah diumumkan anggota Kis-My-Ft2 Tamamori Yuta akan turut serta dalam drama SP musim luruh Fuji TV 2014 “ Yo nimo Kimyo na Monogatari ” .
“ Yonimo ” tahun ini akan kembali bercerita tentang 5 kisah berbeza, dimulai dengan Nounen Rena untuk “ Kuso Shoujo ”, Watanabe Eri dan Maya Kyoko untuk “ Haka Tomo ”, Akai Hidekazu dan Fujiki Naohito dengan “ Fukushu Byoto” , Tamamori Yuta dan Kimura Fumino dalam “ NEET na Kare to Cute na Kanojo ”, dan terakhir Eikura Nana dengan “ Last Cinema ” .
Dalam “ NEET na Kare to Cute na Kanojo ”, Tamamori berperanan sebagai mahasiswa penganggur bernama Akita Masashi yang berpindah ke apartmen subsidi kerajaan. Apartmen ini memiliki sistem rumah yang unik, di mana saat Masashi memasukkan maklumat mengenai dirinya, seorang pelayan hologram bernama “ MM-2020 alpha ” (Kimura) muncul. Hubungan tidak biasa mereka dimulai ketika MM-2020 memberikan nasihat-nasihat kepada Masashi tentang bagaimana berjaya dalam melakukan temuduga pekerjaan.
Tamori-san akan menjadi narator untuk serial “ benar-benar aneh ” dari Fuji TV ini yang sudah berlangsung selama 23 tahun.
“ Yo nimo Kimyo na Monogatari ” SP musim luruh 2014 akan ditayangkan pada 5 April pukul 21.00 JST.
AeriSha posted on 8-4-2014 10:33 PM
Drama apa ni? Mcm tak pernah dengar je drama gini.. Boleh tlg bg pencerahan?
Setiap tahun Stesen TV '' Fuji TV '' akan menyiarkan Dorama Khas Musim Luruh bertajuk '' Yo Nimo Kimyo Na Monogatari '' bermula sejak tahun 1990 dalam dorama ini ada 2 hingga 4 cerita berlainan...