Resepi Chef Nor Zailina ini saya ambik di SINI. Apabila pertama kali terpandang, saya cuma menyalin resepi tapi bila kali kedua diulang tayang resepi, saya dah tak boleh tahan. Bangun jer terus ke dapur dan bila tengok semua bahan cukup, terus hantar WhatsApp kat hubby yang ketika itu dalam perjalanan balik ke rumah untuk menunaikan solat Jumaat supaya membeli serikaya. Saya tertarik membaca kek ini yang ditulis sebagai sangat lembab dan gebu. Lagi pulak, penggunaan serikaya dan susu pekat manis mengingatkan saya Kek Lumut yang sangat sedap yang saya sediakan dulu. Boleh klik di SINI untuk resepi Kek Lumut yang lembab dan sedap ala ala kek lapis Sarawak yang cukup terkenal tu.
Kek Pelangi Kukus
Oleh: Azie Kitchen
Bahan-Bahan (Loyang 7x7x3)
1 cawan mentega
¾ cawan gula kastor (guna 1/2 cawan aje tp tetap manis)
3 biji telur
¼ cawan susu pekat
¼ cawan serikaya
1½ cawan tepung gandum
1 sk serbuk penaik
1 sb serbuk koko (tak guna pun)
1 sk esen vanila
2-3 sb susu segar (saya guna 1 sb)
Sedikit pewarna yang disukai
Cara cara:
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.
Masukkan susu pekat, serikaya dan vanila. Kacau rata dan bubuh tepung gandum bercampur serbuk penaik. Bila sebati, bahagikan kepada 7. Warnakan berbeza termasuk satu adunan dengan koko.
Sudukan selang seli ke dalam mangkuk (aluminium) yang sudah dilengser dengan marjerin dan alas dasarnya dengan kertas kalis minyak. Tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 1 jam atau hingga masak.
Nota:
Untuk kek lebih lembut, tambah 2-3 sudu besar susu segar/cair. Ikut Noor, dia tak gunapun tapi kek tetap lembut. Saya guna 1 sudu besar jer susu segar.
Salam,
Macamna nak sukat 1 cawan mentega/
1 cawan tu untuk mentega cir or yang lebik tu kita masukkan dlm cawan?
Ada tak measurement equivalent ie 1 cawan ni = ? gm?
Kero_kero posted on 14-5-2014 04:08 PM
Kero tolong betulkan ye
1 cawan butter tu sama dgn 1 buku butter 250g tu....Tp kalau ikut ...
thanks kero tlg perbetulkan..
yang dahlia tahu sebab tips dari mak dahlia.. pastu try sukat guna cawan.. memang dpt setengah ketul..
mungkin info kero lebih tepat..
kot uda dah wt kek..menjadi tak kek tu.. kalau tak jadi , ampunkan sayaaa