View: 17415|Reply: 70
|
5 Nasi Lemak Terbaekkk Dari Malaysia
[Copy link]
|
|
Malaysia memang terkenal dengan menu makanan yang datang dari pelbagai. Paling tidak boleh dinafikan keunggulannya sebagai makanan paling sedap dan menjadi juadah kegemaran ramai adalah Nasi Lemak. Tidak pasti dari mana permulaannya tapi mengikut cerita orang lama, Nasi Lemak merupakan makanan orang kampung yang bekerja sebagai nelayan dan petani dimana mereka membungkus Nasi Lemak menggunakan daung pisang.
Namun ada juga sesetengah pihak yang mengatakan Nasi Lemak adalah seakan-akan nasi Wudhuk yang boleh didapati di Indonesia.
Walaubagaimanapun, keunikan Nasi Lemak tidak boleh ditandingi apatah lagi jika ianya dibungkus dengan daun pisang.
Bagi mereka yang belum mencuba, cari tempat yang akan kami sarankan dan cuba sendiri, pasti mahu lagi! Namun pihak nutrisi menyarankan agar tidak mengambil Nasi Lemak sebagai menu pagi anda dikhuatiri kalori di dalam badan berlebihan dan menyebabkan masalah obesiti dan sebagainya. Apa jua jenis makanan yang diambil, berpada-padalah!
Nasi Lemak Mali’s Corner
Lokasi : Taman Bunga Raya, Setapak Kuala Lumpur
Nasi Lemak yang popular di Setapak iaitu Nasi Lemak Mali’s yang mula beroperasi pada tahun 1997. Dibuka dari jam 5 petang hingga keesokkan paginya. Namun mereka seringkali menutup kedai sejurus selepas Nasi Lemak habis iaitu di sekitar jam 3 pagi. Tidak pernah putus-putus menerima kunjungan dari pelbagai golongan, yang pasti mereka percaya dengan rasa yang masih sama di Nasi Lemak Mali’s ini. Antara artis yang pernah datang ke kedai adalah Fasha Sandha dan juga Afdlin Shauki. Antara keistimewaan yang terdapat di kedai ini adalah Char Kuey Teow yang lazat serta udang segar . Sebelum makan, terlebih dahulu anda harus beratur panjang untuk memesan makanan.
Nasi Lemak Famous , Bangsar
Lokasi : Corner of Bangsar Selera Food Court , Jalan Telawi 1, 59100 Kuala Lumpur.
Kebiasaan Nasi Lemak dijual pada pagi hari namun bagi mereka yang mengidam mencari Nasi Lemak di waktu malam dengan rasanya yang dijamin sedap, boleh pergi dan cuba Nasi Lemak Famous di Selera foodcourt Bangsar. Harga dari sepinggan Nasi Lemak boleh didapati dari RM2.00. Harga tersebut dikira murah jika berada di kawasan Bangsar. Paling popular adalah Nasi Lemak Ayam goreng, harga dari RM5.50 untuk satu set.
Nasi Lemak Maybank
Lokasi : Maybank mamak @ Restaurant Sun Fatt Kee, Jalan 22/11B, Seapark, PJ.
Situasinya seperti mamak namun keistimewaan sudah pasti Nasi Lemak yang mereka miliki. Bukan pihak Maybank yang membuka cawangan Nasi Lemak. Gerai ini dinamakan Nasi Lemak Maybank adalah kerana lokasinya yang bersebelahan dengan Maybank di Petaling Jaya. Keenakkan ayam goreng dan juga Nasi Lemak mereka yang dihidangkan di dalam kuantiti yang banyak akan menyebabkan anda tidak larat berganjak apabila kekenyangan. Sambalnya yang pedas namun bukan sahaja pedas, terdapat rasa manis di dalamnya yang memberi keseimbangan rasa kepada lidah kita apabila memakannya. Ayam goreng berlemak sememangnya menjadi pilihan penggemar Nasi Lemak di Kuala Lumpur. Apa yang perlu anda ingat sebelum datang, elakkan dari datang bersama kumpulan yang ramai kerana limitasi tempat yang kurang agak sukar jika datang ramai.
Nasi Lemak panas daun pisang
Lokasi : Medan Selera 223, Jalan 223, Petaling Jaya Selangor
Masih mengekalkan teknik pembungkusan tradisional, Yati Nasi Lemak yang bersebelahan dengan Amway merupakan daya tarikan di medan selera Jaya 223. Terdapat 2 jenis pilihan Nasi Lemak dimana satu dari bungkusan bewarna biru rasanya adalah lebih manis dan basah manakala satu lagi yang mempunyai tanda merah adalah lebih kering dan lebih pedas. Namun keenakkan bagi kedua-dua Nasi Lemak ini dijamin sedap. Anda mempunyai dua pilihan jika datang ke gerai Nasi Lemak Yati. Memang berbaloi! Harga Nasi Lemak ini hanyalah RM 1 sebungkus.
Nasi Lemak Kafetaria Istana Budaya
Lokasi : 58 Jalan Kuantan Titiwangsa, 53200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Ianya bukanlah tempat sesuai untuk bersantai atau makan bersama rakan namun jika anda seorang hantu Nasi Lemak dan sudah mencuba pelbagai Nasi Lemak dari serata negeri, apa kata kali ini anda pergi pula ke kafetaria Istana Budaya, di sana mereka ada menjual Nasi Lemak daun pisang yang sememangnya lazat dengan sambal yang rasa seperti di rumah. Jika anda hanya memakan sebungkus, mungkin ada peluang untuk anda menambah sekali lagi.Kesempatan ini saya ingin berkongsi cerita menarik tentang nasi lemak tetapi kalau ingin tahu boleh tengok disini http://bit.ly/1mQGbVP
|
|
|
|
|
|
|
|
Mali sedap juga.
nasi lemak famous. dah makan tapi hmmmm.
nasi lemak maybank tu biasa je.
nasi lemak saleha kampung pandang sedap. cubalah. Jalan Pandan Kemajuan A, Kampung Pandan Dalam, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
lagi satu nasi lemak yang betul betul sedap kat depan msn wangsa maju. makcik tu jual tepi jalan je. sekarang ada construction tak tahu makcik tu kat mana |
|
|
|
|
|
|
|
munchkin posted on 12-5-2014 05:21 PM
Mali sedap juga.
nasi lemak famous. dah makan tapi hmmmm.
Tq info tambahan tu k..harap byk lagi yang sudi berkongsi selepas nie
|
|
|
|
|
|
|
|
pfiza posted on 12-5-2014 08:19 PM
Tq info tambahan tu k..harap byk lagi yang sudi berkongsi selepas nie
insyaAllah. muchkin suka share tempat makan. nanti ada lagi tempat best munchkin share
|
|
|
|
|
|
|
|
munchkin posted on 12-5-2014 10:24 PM
insyaAllah. muchkin suka share tempat makan. nanti ada lagi tempat best munchkin share
ok TQVM kawan
|
|
|
|
|
|
|
|
pfiza posted on 12-5-2014 10:26 PM
ok TQVM kawan
welcome my friend and tq for sharing too
|
|
|
|
|
|
|
|
munchkin posted on 12-5-2014 11:11 PM
welcome my friend and tq for sharing too
ok wc to...
|
|
|
|
|
|
|
|
nasi lemak village park la.....harum wangi....sambal manis sedang2 pedas....ayam goreng pon sodap
Last edited by ana_w_houb on 18-5-2014 11:56 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
ana_w_houb posted on 18-5-2014 11:55 PM
nasi lemak village park la.....harum wangi....sambal manis sedang2 pedas....ayam goreng pon sodap
...
emmm sedap2 tq info
|
|
|
|
|
|
|
|
terliur nengok. mana lah nak cari nasi lemak daun pisang kat negara pdg pasir ni |
|
|
|
|
|
|
|
i love nasi lemak!!!mesti tambah 1 biji telur rebus ^^ |
|
|
|
|
|
|
|
Nasi lemak kpg pandan terbaik |
|
|
|
|
|
|
|
nasi lemak panas daun pisang tu sedap gak..tapi dah tak ingat warne mane lgi sedap |
|
|
|
|
|
|
|
nasi lemak sharifah aini. makan x hbs. |
|
|
|
|
|
|
|
Nasi lemak zaman, kuantan |
|
|
|
|
|
|
|
glump posted on 20-6-2014 06:31 PM
Nasi lemak zaman, kuantan
Nasi lemak Restoran Zaman masa arwah ayahnya berniaga memang sedap, tapi sekarang dah kurang sedap sejak anak amek alih,
|
|
|
|
|
|
|
|
saya ni peminat nasi lemak..
nasi lemak yg best :-
nasi lemak opah - usj
nasi lemak mambau kedai nabil keje - seremban
nasi lemak kj - blakang giant tu
nasi lemak garden - kg baru
nasi lemak air gelas bsr dpn mmu melaka - melaka
nasi lemak janda - melaka
|
|
|
|
|
|
|
|
missyqaldina posted on 26-6-2014 11:53 AM
saya ni peminat nasi lemak..
nasi lemak yg best :-
nasi lemak kj tu nasi lemak cikgu ke..misz dulu suka jgk nasi lemak cikgu...dh lama x pegi x sure masih sedap ke x mcm dulu
|
|
|
|
|
|
|
|
MistrezHermanaz posted on 26-6-2014 12:18 PM
nasi lemak kj tu nasi lemak cikgu ke..misz dulu suka jgk nasi lemak cikgu...dh lama x pegi x sure ...
haa btol2..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|