View: 6553|Reply: 5
|
Rossa tampil lebih matang
[Copy link]
|
|
KELUNAKAN suaranya pasti mampu mencairkan hati setiap pendengarnya. Setiap kali menampilkan buah tangan baharu, hasilnya pasti tidak mengecewakan.
Selepas dua tahun mengumpul material, akhirnya penyanyi popular seberang, Datuk Rossa kini memperkenalkan “Love, Life & Music” sebagai album studio solonya yang ke enam.
Sepuluh lagu yang terkandung dalam album ini bagaimanapun bukanlah calang-calang kerana ia sentuhan daripada beberapa komposer hebat di Indonesia seperti Melly Goeslow dan Badai Krispatih.
Bercerita mengenai album itu, Rossa memberitahu kehadiran album ini sedikit sebanyak berkaitan dengan kisah peribadinya.
“Secara keseluruhannya, boleh dikatakan album ini berkisarkan tentang kehidupan.
“Di mana ia turut menceritakan pengalaman dan kehidupan saya sebagai seorang penyanyi. Sudah tentu juga ia tentang muzik,” katanya.
Selain itu, album kali ini turut menampilkan konsep yang lebih matang bersesuaian dengan usia penyanyi itu sendiri.
“Album ini bukanlah untuk hiburan semata-mata. Apa yang saya mahukan ia memiliki sisi lain yang lebih matang memandangkan usia saya juga telah mencecah 35 tahun.
“Sebagai seorang penyanyi, bagi saya kualiti dan elemen komersial adalah antara perkara terpenting dalam menghasilkan sebuah album,” tuturnya.
“Love, Life & Music” mengandungi sebanyak 10 buah lagu baru antaranya adalah “Jatuh Cinta Setiap Hari”, “Sisakan Hatimu”, “Kamu Yang Ku Tunggu”, “Hijrah Cinta”, “Bukan – Bukan”, “ Setia Menanti” dan sebagainya.
Duet bersama Afgan, Hafiz
Selain menampilkan muzik yang lebih matang, album kali ini juga menampilkan kolaborasi antara Rossa bersama dua penyanyi yang tidak kurang hebatnya iaitu Afgan dan Hafiz Suip menerusi lagu “Kami Yang Ku Tunggu” dan “Salahkah”.
Biarpun pada awalnya Rossa sukar mendapatkan keserasian menjayakan ke dua lagu duet tersebut bersama ke dua penyanyi itu, namun kerja keras mereka akhirnya membuahkan hasil yang baik.
“Bukan kerana teknik nyanyian yang bermasalah tetapi bagaimana cara untuk kami menyanyi pada tahap atau penghayatan yang sama memandangkan perbezaan usia kami.
“Tapi Alhamdulillah, semuanya dapat berjalan dengan baik dan saya berpuas hati dengan hasilnya,” ujar Rossa.
|
|
|
|
|
|
|
|
aku suka lagu Hijrah cinta.. |
|
|
|
|
|
|
|
happy go lucky sangat dia nii |
|
|
|
|
|
|
|
tknk cuba market hollywood ke...? |
|
|
|
|
|
|
| |
|