KUALA LUMPUR - Rangkaian peruncitan perabot terbesar dunia, Ikea semalam meminta pelanggannya yang mempunyai buaian kanak-kanak Gunggung agar segera membuka buaian itu dan mengembalikan peralatan tersebut ke kedai Ikea untuk bayaran balik sepenuhnya. Ikea menerima laporan tentang insiden membabitkan buaian itu yang menunjukkan alat untuk menggantung Gunggung tidak memenuhi kriteria kualiti syarikat berkenaan dan boleh membawa risiko kecederaan.
|