|
scam forex GWGfx di ambang kemusnahan. tanda2 awal duit pelaburan nak hangus
[Copy link]
|
|
fletch posted on 26-11-2014 07:51 PM
Muka mamat datuk (palsu) zaimi ni pon tak bleh percaya, tade aura. Camne la orang percaya? Dah sah2 ...
puncanya satu jer = malas usaha tapi nak shortcut utk kaya.
DAN MALAS MEMBACA.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah bertahun2 skim cepat kaya ni wujud, masih ada lagi yg bengap nak join dan nak repeat d same mistakes done |
|
|
|
|
|
|
|
Secara rasminya gwgfuxk dah berkubur..memember ofiz aku sume mai ofiz dgn muke lesu..nmpak aku jer try nak ngelak..seblum ni berlagak memasing cam o.k.b bkn main..padan muke..hadap la korang byr loan bank rakyat smpai mampos.. |
|
|
|
|
|
|
|
skrg ni aku perasan geng2 ni sibuk duk buat skim baru..aku dok perati je konon2 diorg ni pegi kursus untuk skim baru ni..dah komfem ke berkubur?ada link?
|
|
|
|
|
|
|
|
buat skim baru utk recover skim lama dgn ambil duit dari org baru. skim2 sontot belaka.
|
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum ...saya masih baru kat sini ...minta tunjuk ajar dari otai otai sekalian. |
|
|
|
|
|
|
|
Contoh sikap terpuji
Kuala Lumpur: “Berusaha saja tidak cukup, kalau nak berjaya mesti ada kemahuan tinggi dan perancangan, dengan disusuli tindakan konsisten, tetapi paling penting jangan lupa hubungan dengan Allah,” kata pakar psikologi dan motivasi, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad mengulas kejayaan tiga anak muda Melayu yang bergelar jutawan selepas mengharungi pelbagai rintangan dalam kehidupan masing-masing.
Menurut Dr Tengku Asmadi, konsep berusaha zaman sekarang, perlu berhenti mencari rezeki sebaliknya menggunakan konsep menarik rezeki kerana menerusi kaedah itu kejayaan dikecapi melebihi daripada matlamat asal.
“Untuk mencapai matlamat, kita perlu ada kemahuan dan dari situ mesti ada perancangan disertai ilmu, contohnya pemasaran, strategi dan sebagainya, jangan hanya semberono saja.
“Kemudian usaha itu perlu disusuli tindakan konsisten yang tak kenal putus asa, tetapi dalam masa sama kena faham rezeki tak datang dengan usaha kita saja sebaliknya dengan izin Allah kerana hanya Dia kunci rezeki,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Muka depan Metro Ahad semalam, menyiarkan rahsia kejayaan jutawan muda iaitu Datuk Khairushahron Anifar, Datuk Seri Zaimi Azmi dan Datuk Mohammad Fadino Khairuman masing-masing berusia 32 dan 31 tahun mengakui sentiasa menjaga solat serta berbuat baik dengan ibu bapa.
Berkat perniagaan tiga sahabat itu dalam bidang hartanah, produk kecantikan, kesihatan dan pengiklanan mereka yang datang dari keluarga susah itu kini mampu memiliki kereta mewah dan kediaman eksklusif.
Tambah Dr Tengku Asmadi, kisah tiga anak muda itu adalah contoh sikap terpuji dan kejayaan yang dituntut dalam Islam.
“Itu antara contoh kejayaan yang menarik rezeki bukan mencari rezeki. Bagaimana untuk memastikan Allah beri apa yang kita inginkan ialah jagalah hubungan dengan Allah, lakukan suruhan-Nya,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 November 2014 @ 5:30 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/9607#sthash.sC5zQ9Ah.dpuf
|
|
|
|
|
|
|
|
ape cerita gwgfx?.. dengar cerita payment dah tak buat kat pelabur2.. ramai yg rugi.. dah kena tangkap lom org yg tipu ni? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|