Ni tt jumpa di post FB the Patriot, tak sempat nak validate kesahihannya. Ada forumer boleh sahkan tak tentang apa yang dikatakan dari sudut saintifik?
JABAT TANGAN DI JAGAT RAYA
Pada 17 Julai 1975, tercipta satu momen bersejarah yang berlaku bukan di permukaan bumi, sebaliknya momen bersejarah ini berlaku di angkasa raya. Momen ini adalah sesi jabat tangan di antara 'astronaut' Apollo dan 'Cosmonaut' Soyuz. Apa yang bersejarahnya?
Sesi jabat tangan ini menyimpan dua sejarah penting dalam ketamadunan manusia. Yang pertamanya adalah ianya merupakan simbol kepada berakhirnya perlumbaan angkasa di antara Blok Barat dan Blok Timur ketika era perang dingin. Selain itu misi ini juga merupakan misi bersejarah dalam sejarah sains angkasa kerana 'astronaut' dan 'cosmonaut' ini berlepas ke angkasa dengan menggunakan dua kapal angkasa yang berbeza di tempat yang berbeza.
Krew-krew Apollo yang menaiki kapal angkasa Saturn IB berlepas dari Cape Canaveral Air Force Station di Florida. Manakala krew-krew kapal angkasa Soyuz pula berlepas dari Baikonur Cosmodrome, Kazakhtan dengan menggunakan kapal angkasa Soyuz-U.
Oleh kerana teknologi sains angkasa yang berbeza di antara Blok Barat dan Timur, setiap kapal angkasa ini mempunyai tekanan udara yang berbeza. kapal angkasa Soyuz mengekalkan tekanan udara yang sama dengan tekanan udara di bumi. Manakala astronaut di dalam kapal angkasa Apollo pula menggunakan oksigen tulen untuk bernafas di mana tekanan udaranya adalah lebih rendah.
Jika para angkasawan ini bertemu secara terus, perubahan tekanan udara yang mendadak akan mengundang bahaya kepada cosmonaut di dalam kapal Soyuz. perubahan tekanan udara ini menyebabkan nitrogen di dalam darah tidak dapat melarut ke dalam darah, sebaliknya akan membentuk buih-buih gas yang akan memnyebabkan kematian. Perkara yang sama juga boleh terjadi kepada penyelam jika mereka naik ke permukaan air dalam kadar segera.
Bagi mengatasi masalah ini, para jurutera telah membina satu ruang khas pada kapal angkasa Apollo yang akan menjadi penghubung di antara dua kapal angkasa ni. Di dalam ruang khas ini, tekanan udara akan diseimbangkan secara berkadaran sehingga tekanan udara menjadi stabil dan seimbang dengan tekanan udara di dalam kapal angkasa Soyuz. Proses ini mengambil masa selama 3 jam.
Gambar merupakan momen bersejarah sesi berjabat tangan di antara Alexei Leonov, Komander bagi Soyuz (kanan) dan Thomas Stafford, Komander bagi Apollo (kiri).
- Fariz Mazlan -
Last edited by Cluster77 on 3-12-2014 06:30 AM
|