View: 5079|Reply: 6
|
makanan ni mesti ramai yang biasa amalkan. bahaya tau sebenarnya!!
[Copy link]
|
|
Makanan Seharian Kita Yang Bahaya Tanpa Kita Sedari
Makanan dan ubat adalah satu keperluan dalam kehiduan kita seharian, kalau lapar kita akan makan kalau sakit kita akan makan ubat. Tapi tahukan anda ada yang anda tidak ketahui sesetengah apa yang kita makan adalah bahaya.
Apa yang di tulis ini tidak ada niat untuk memburukkan sesiapa cuma perkongsian untuk kebaikan semua.
Makanan yang anda perlu jauhi
Mee Segera
Tahu tak kenapa mee segera boleh tahan lama dalam keadaan keras dan akan menjadi lembut apabila direndam dengan air panas? Ini disebabkan oleh kandungan wax(lilin) dalam mee tersebut yang membolehkannya tahan lama. Katakanlah, hari ini anda makan mee segera , dan esoknya korang terasa nak makan mee segera lagi, jangan makan ok. Pastikan anda makan 3 hari berikutnya kerana wax mengambil masa selama 3 hari untuk dihadam. Bayangkanlah kalau anda makan mee segera setiap hari, berapa banyak kandungan wax yang terkumpul dalam perut anda. Dan ini sebenarnya boleh menyebabkan kanser yang boleh membawa maut.
Sardin
Pemerhatian pertama atau kes pertama yang digunakan sebagai bahan bukti betapa buruknya amalan makan sardin ialah ketumbuhan fibroid di dalam rahim. Fibroid sebenarnya adalah sejenis ketumbuhan dari otot rahim yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser yang bahaya.
Minuman 3 in 1
Persatuan Pengguna Pulau Pinang(CAP) mendakwa seorang yang minum sebanyak 20 gelas 3 in 1 dalam masa sebulan berpotensi untuk menghidap lebih dari 60 jenis penyakit kronik. Berdasarkan kajian yang telah dibuat sejak 10 tahun lalu ke atas satu pek minuman coklat 3 in 1 seberat 28 gram,terdapat 55.6 % kandungan gula di dalamnya yang bersamaan 3 sudu teh manakala kopi (20 gram) ialah sebanyak 51.5 % kandungan gula bersamaan dengan dua sudu teh gula. Besar kemungkinan kadar kandungan gula yang dimasukkan dalam pek itu kini ditambah sebanyak dua kali ganda selain krimmer.
Panadol atau Paracetamol
Panadol adalah ubat yang bertoksik kepada tubuh manusia. Ia akan merosakkan organ hati dan Panadol akan tinggal di dalam tubuh manusia selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Panadol ni sebenarnya adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak kita consumed, semakin lama semakin kurang kesannya pada badan kita. Bererti kita perlukan dos yang lebih lagi bila ia kurang berkesan
Contoh paling senang ialah wanita bersalin, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka yang terpaksa melahirkan anak secara bedah, ubat tahan sakit yang diberi mestilah tinggi dosnya. sama seperti terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup dos ubat tahan sakit yang diberi tadi akan memberikan kesan sifar terhadap kesakitan yang kita alami dan kita perlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit.
Seboleh bolehnya elakkan la 4 jenis makanan kat atas. Cari makanan alternatif lain macam roti(terutama roti serat), biskut, dan lain lain yang bukan makanan segera. Sayangi diri kita, mencegah sebelum sakit bukan berubat selepas sakit-Siakapkeli.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
nice info... jaga kesihatan diri.
"Tidak seorang pun diizinkan bergerak daripada kedudukannya pada hari kiamat sehingga dia menjawab bagaimana dia menghabiskan hidupnya, bagaimana dia menggunakan pengetahuannya, dari mana dia memperoleh, dan ke mana dia membelanjakan hartanya dan bagaimana dia menggunakan kesihatannya."
Direkodkan oleh at- Tarmidzi |
|
|
|
|
|
|
|
mee segera me mkn seminggu skali je...kegemaran anak2...normal yg goreng larrrr sbb buang air rendam mee tu kalu kari atau ayam me tak galakkan sbb lilin mee tu masuk kuah....
sardin me bli yg hmemade .. dia buat pakai pressure cooker ,pastu frozenkan....area semban & senawang kalu nak order leh call 012-3743901...nilai pun dia leh sampai kot!...sesape yg ader pressure cooker leh wat sendri...google resepi sardin "che mat gebu"
3 in 1 mmg tak beli sbb rasa tak menepati selera...kalu milo rasa tak best,kopi pun camtu....best lagik wat sendri...ahahhah rasanya gula yg wat sendri lagik byk kot!!!
panadol sejak dolu lagik kalu dmam teruk peluh susah kuar/sakit gigi sgt.... bru makan....tu pun me amik sbijik je tak kira 500mg ke,650mg ke mmg amik sebijik je..kalu dmam sesikit yg biasa tu me byk minum air |
|
|
|
|
|
|
|
kalau fast food contohnya nugget, sosej etc. tu cmne lak? |
|
|
|
|
|
|
|
aku makan sumer yg di atas..hmm |
|
|
|
|
|
|
|
Sahih ke info diatas?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|