View: 3587|Reply: 14
|
family kacau bilau jumpa bomoh bagai
[Copy link]
|
|
Salam, selamat sejahtera. ok ni cerita terbaru sy. tak tau suami ke yang salah, ipar duai ke yg salah, mak dia ke yg salah. yg pasti sy tak nak campur hal dia org. tapi sikit sebanyak sy terkena tempias dia.
bapak mertua baru meniggal 2 minggu lepas. sejak 3 tahun kebelakangan ni bapa mertua mula mesra alam dengan suami sy (anak bongsu lelaki). habis diceritakan segala apa yg berlaku kat rumah pada suami, termasuk hal dia laki bini gi jumpa bomoh sebab nak boy (anak lelaki 1st) lupakan girlfriend dia dan seterusnya membatalkan niat nak kawin lagi satu. suami sy sentap la, apahal mak bapak dia gi jumpa bomoh ni. sanggup dia org bomohkan anak sendiri sedangkan mak dia seorang ustaz. bila bapa mertua nazak, suami sy mula buat perangai. dia nak mak dia mintak maaf kat boy bagi pihak bapa pasal bomoh membomoh ni. semua adik beradik dia tak setuju kecuali boy la kan sebab dia tak tahu. bila bapa dia meninggal, suami start marah2. suami start perli2 kakak ipar dia. disebabkan adik beradik dia sepakat, dia org marah dgn suami sy. nak dijadikan cerita, last weekend sy dan suami balik ke rumah mak dia. dia org dah tukar kunci rumah, dia org ignore saya. nampak sangat dia org nak buang kami. banyak cerita lagi. tapi rasa geram sangat sampai tak tertaip... |
|
|
|
|
|
|
|
sepatutnya, suami u over gila melampau kenapa pulak.
biar ajelah si mati tu meninggal dengan aman, ni buat perangai bagai..
harap suami mu tu sempat minta maaf dengan bapa dia.
pasal bomoh tu, benda tu dah berlaku, imam pun ada merogol anak
takkan u tak pernah baca, so apa sangatlah bapak dia sebagai ustad tu
kalau terkeluar sikit dari sempadan ilmu, suami u pulak over gila sampai
buat perangai, memang ada sebab dipulau. |
|
|
|
|
|
|
|
tu la.. dah dpt pencerahan pasal benda ni. kita org tak tanggug dosa bomoh membomoh tu. en hubby memang suka over acting. tapi kan pelik, mak ustazah, kakak cikgu, semua sekolah agama. tiap2 hari bangun sembahyang tahjud, tapi amalan dia org tak dapat menghalang dari buat dosa. sy tak adahal. tak yah balik rumah mertua lagi dah, tapi yg bengang sekarang ni, kena hadap muka en hubby membebel.. |
|
|
|
|
|
|
|
I selalu ikut cerita u ni @watie_na dari sebelum bapak mertua u meninggal lagi.
Tapi bak kata faraway tu suami u over gila..
Mana tau mak die dah pergi minta maaf secara face to face kat boy.. takkan hal minta maaf anak beranak nak buat kat umum dengan di saksikan oleh semua adik beradik suami u.. malu laa mak u nanti.
Lepas tu diorang semua sepakat pulaukan uols dan family..
Maksudnye suami u yang bermasalah. Kalau die tak salah takkan semua sepakat jauhkan diri dari korang sekeluarga.
U judge mak mertua u dan akak2 ipar u yang bangun tahajud ape semua tu.. entah2 Allah dah ampunkan diorang pon sbb salah diorang dengan Allah (sebab syirik kalau btol jumpa bomoh yang pakai jin2 ni laa. Kalau takat pegi jumpa ustaz minta ayat2 quraan xperlah). Dosa u kutuk mak mertua n ipar duai tu kene minta maaf dengan diorang baru diampunkan..
Dulu u sakan kutuk laki kat thread lain.. ni sakan pulak backing laki.. |
|
|
|
|
|
|
|
bukan backing. tapi tension gila. balik kerja kena hadap muka dia pot..pet..pot..pet pasal keluarga dia. dia cerita dari dia kecik sampai besar. once in while memang kesian sangat. dlm diam family dia juga bercerita pasal dia, and pasal mak dia. bila i tak ada emotion kat cerita dia, dia kata i joint belah sana. bukan mengata mak, sy cerita je, heran la juga kan. kakak dia hari tu approach sy suh gi jumpa perawat ke, apa ke suh dapatkan ubat bagi en hubby hilang baran. siap pesan lagi, jgn ckp kat en hubby. eee...tak berani nak cakap, nanti dia org bergaduh adik beradik. |
|
|
|
|
|
|
|
tu la kan. sy tak nak judge dia org sebab sy pun bengkang bengkok. sy selalu pandang tinggi kat dia org. sedih memang la sedih sebab sy sefamily dipulaukan. menggeleng kepala sy. kesian kat anak2, dia org tinggal nenek sorang tu je. |
|
|
|
|
|
|
|
watie_na posted on 18-12-2014 09:21 PM
tu la kan. sy tak nak judge dia org sebab sy pun bengkang bengkok. sy selalu pandang tinggi kat dia ...
seharusnya, harap suami u next time guna akal sebelum bertindak membabi buta.
kalau kesihan, takdanya somi u tu buat perangai di saat ayah dia nazak,
gosh laki u over gila punya perangai.. tahap lagi alim dari ayah dia ke apa
sampai begitu sekali over bertindak membabi buta..
but bukan u kata laki u ni gila, tak keja camtu...
so no wonder lah buat perangai begitu. Last edited by faraway1 on 20-12-2014 10:32 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
tak habis2 dengan masalah laki...
kalau laki kaya macam bung,baik macam bung..layak juga dihadap..
|
|
|
|
|
|
|
|
awt duk buat perangai masa ayah tu tgh nazak..hal bomoh tu hal parents dgn si abg..knp plk hsband awk nk campur..kalau dh nasihat xnk dgr biarkan je la..Allah kan ada..silap hsband tt ni duk meroyan x tentu hala.. |
|
|
|
|
|
|
|
konon sebab sayang sangat kat mak la tak nak mak jadi ahli neraka (konon). sebenarnya dia benci sangat kat kakak ipar dia tu. org tu bukan buat salah dgn dia pun. tu la, tak de life kata org. dgn semua org dia nak cari pasal. nak ckp family dia salah, dia pun banyak salah. bila kakak2 dia question mcm mana dia jaga family dia, tau lak mengamuk. hal ni sy cerita kat sini, sy tak cerita kat sapa2 yg sy kenal. at least saya lega sikit. sekarang ni family dia rasa la mcm mana arwah mak sy rasa. |
|
|
|
|
|
|
|
watie_na,
ko hadap lah laki ko tu
kalo dia bercerita ke... membebel ker hape ker... ko hadap jerlah
dari semua penceritaan ko... sume org nampak busuk kat laki ko tu... tapi kami porumers boleh buat apa....
dah ko yang nak hadap benar
maka... aku cadangkan... bersabarlah dgn suami
till death do us apart gituh |
|
|
|
|
|
|
|
hehehehe... till death do us apart heh!! kalau buat hati kering, lantak korang la anak beranak. bukan luak duit aku. aku pun ada adik beradik sendiri yg mesra dan saling jaga menjaga. aku kena hati kering. uuu... tadi kan kakak dia whatsapp aku, mak dia mintak kereta balik walaupun tak ada sapa yang boleh drive. nak simpan karat kat depan rumah.. hahahha... nak balas dendam la tu. aku ni miskin, tak ada kereta sendiri, tapi dah mak dia kata cam tu, aku ok je. hantar je kereta tu balik. tapi laki aku tak nak. dia org saling balas dendam tau. laki aku ckp kalau dia org nak balik kereta ni, rumah bapak dia yang dia org duduk sekarang mesti bahagi ikut faraid. fuh... lega aku bila bercerita kat sini. dari td aku tapis sorang2 sedara, kawan utk luahkan. tapi aku rasa luah kat sini lagi baik. korang tak kenal aku, aku tak kenal korang. |
|
|
|
|
|
|
|
ish2. kesian kat ko duk tengah2. tapi betul la..biaq pi la diorang tu. anak camna? tak musykil apa2 ke? |
|
|
|
|
|
|
|
dari bomoh dah bergaduh pasal harta pulak..
ko duduk diam-diam je la tt
biar la laki ko gaduh adik beradik
ko jaga hubungan dengan adik beradik sendiri sudah |
|
|
|
|
|
|
| |
|