11 Sebab Utama pasangan suami isteri menamatkan rawatan pada peringkat pertengahan(Part 2):Gagal menahan kesakitan yang dibawa oleh rawatan IVF.
Pengambilan Hormon tambahan merupakan salah satu prosedur yang penting dalam rawatan IVF. Wanita memerlukan Hormon untuk merangsang pengeluaran telur dan memanjangkan tempoh progesterone.
Bagi pengeluaran telur, hormon diberi agar mendapat lebih banyak ovum yang matang untuk disenyawa oleh sperma, dan menjadi zigot, masa inilah ahli perubatan IVF akan memelihara zigot itu menjadi embrio.Hanya zigot yang berjaya menjadi embrio boleh diletak ke dalam uterus isteri untuk penempelan.
Bagi tujuan kedua pengambilan hormone ialah memanjangkan tempoh progesterone. Tempoh progesterone yang panjang memberikan masa yang cukup untuk ahli perubatan IVF melengkapi proses pemeliharaan embrio di luar badan, dan memindahkan embrio ke dalam uterus dalam masa yang ditentukan.
Ini akan meningkatkan peratusan kejayaan penempelan embrio di dinding uterus, dan meningkatkan peratusan kehamilan.Tetapi molekul hormon yang perlu diambil berada dalam saiz yang besar, ini menyebabkan wanita perlu mengambil hormon ini dengan suntikan agar dapat diserap oleh badan sepenuhnya.Inilah masalahnya.
Boleh dikatakan setiap suntikan agak menakutkan dan menyakitkan para wanita yang menjalankan rawatan IVF.
Ini adalah kerana wanita diminta biarkan jarum tinggal di dalam kulit selama 10 saat barulah boleh menarik keluar. Kebanyakkan wanita berasa takut dan susah hati untuk mengalami 10 saat ini, rasanya bagai sudah tunggu 1 jam.
Apa yang lagi menakutkan ialah suntikan ini perlu diambil selama 14 hari- 21 hari berturut-turut(bilangan hari suntikan dan dos ditentukan oleh doktor), dan suntikan ini perlu dijalankan sendiri.
Ini merupakan perkara yang agak kejam terhadap wanita.Bagi golongan isteri yang terpaksa memikul tanggungjawab untuk menyambung generasi keluarga suaminya dan tidak dapat kasih sayang dari suaminya, boleh dikatakan setiap suntikan adalah cukup menyakitkan hatinya dengan mendalam.
Akan tetapi,mengapa suntikan IVF mengejutkan kebanyakkan isteri? Ini adalah kerana mereka mesti menyuntik hormon Progesterone ke dalam bahagian dalaman otot, ini pasti akan menyakitkan mereka.
Selain itu,kelihatan terdapat banyak lubang jarum di perut selepas suntikan, ini menyakitkan hati isteri pula.
Kesemua kepahitan dan kesakitan ini merupakan salah satu sebab utama bagi isteri memutus untuk menamatkan rawatan dan cakap “ TakNak” kepada IVF .
Terdapat juga suami yang rasa sakit hati semasa“menyaksi”kesakitan yang dialami oleh isteri semasa dia menjalankan suntikan.Oleh demikian, mereka tidak ingin isteri mengalami kepahitan ini lagi , dan memutus menyerah kepada nasib atau mencuba rawatan kesuburan yang lain seperti menerima rawatan semulajadi.
Di samping itu, terdapat isteri yang enggan menderita dengan kesan sampingan IVF, jadi kesal dan memutus untuk menamatkan rawatan IVF.
Kesan sampingan IVF:
1. Refleksi ubat- Keadaan ini adalah berlainan bagi setiap individu. Refleksi ubat merangkumi: • Hangat • Jengkel,Kemurungan • Sakit Kepala • Kegelisahan • Loya,Muntah • Sesak Nafas • Berkembung dan lain lain.
2. OHSS - OHSS adalah suatu keadaan yang disebabkan oleh tindak balas ovari yang keterlaluan terhadap ubat-ubatan yand diberi dan menyebabkan perkembangan banyak folikel. Tanda-tanda OHSS termasuk sakit dibahagian abdomen, cirit-birit, loya dan muntah-muntah, kembung perut dan kesukaran bernafas. Komplikasi akibat OHSS tidak sepatutnya dipandang ringan kerana ia boleh mengancam nyawa.
3.Ketidakselesaan selepas pengambilan telur - Contohnya berasa berkembung dengan serius sepanjang masa, ada yang berkejang, ada yang berasa terlalu sakit apabila batuk atau bersin.
Sekarang anda sudah mengetahui kesakitan dan kepahitan yang dibawa oleh IVF, adakah kamu ingin dan mampu menanggung risiko ini?
https://www.facebook.com/notes/l ... t-2/867030986675419
|