CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2083|Reply: 0

Polifarmasi - Pengambilan lebih drp 4 jenis ubat secara serentak

[Copy link]
Post time 29-12-2014 10:37 AM | Show all posts |Read mode
Edited by adekhairz at 29-12-2014 10:52 AM

Apa itu polifarmasi?Polifarmasi atau juga dikenali sebagai pengambilan pelbagai jenis ubat merujukkepada keadaan apabila seseorang pesakit mengambil lebih daripada empat jenisubat secara serentak untuk merawat satu atau lebih penyakit. Golongan yang kerapterdedah kepada kesan buruk polifarmasi adalah warga emas. Ini kerana ramaiantara mereka mempunyai lebih daripada satu jenis penyakit.

Bagaimanapun, pesakitlain juga berisiko mendapat kesan buruk polifarmasi jika mempunyai ciri-ciriberikut:
1. Mempunyai lebihdaripada satu penyakit dan mengambil rawatan ubat-ubatan.
2. Mengambil pelbagaiubat herba, tradisional dan komplimentari, vitamin dan ubat-ubatan am
3. Mengambil ubat-ubatantidak berdaftar bersama ubat terkawal.
4. Berjumpa lebih seorangdok tor atau ahli farmasi untuk mendapatkan rawatan dan nasihat.
5. Mempunyai masalahpenglihatan atau pendengaran yang menyebabkan gangguan untuk membaca label ubatatau mendengar arahan pengambilan ubat yang disampaikan.
6. Mempunyai penyakitseperti mudah lupa atau nyanyuk.
7. Tinggal berseorangandan tiada penjaga untuk membantu pengambilan pelbagai jenis ubat.

Antara kesan buruk yangmungkin berlaku disebabkan polifarmasi adalah kesilapan pengubatan,ketidakpatuhan pengambilan ubat, peningkatan risiko mengalami kesan sampingandan kesan mudarat ubat, peningkatan kadar kemasukan hospital, peningkatanrisiko mengalami tidak balas ubat dan peningkatan kos perubatan. Kesilapan pengubatanboleh berlaku kerana pesakit mudah keliru kepada arahan pengambilan ubatapabila jumlah ubat yang perlu diambil melebihi empat jenis.

Bagi golongan warga emaspula, risiko berlaku kesilapan pengubatan semakin tinggi kerana penglihatan danpendengaran yang kurang serta masalah mudah lupa atau nyanyuk yang dialami.Selain itu, amalan mendapatkan rawatan dari beberapa tempat juga bolehmenyebabkan berlaku kesilapan pengubatan. Pesakit akan menerima pelbagai jenisubat daripada pelbagai tempat rawatan dikunjungi. Keadaan ini menyebabkanpesakit mudah keliru ketika mengambil ubat dan dikhuatiri mengambil ubat samatetapi berlainan bentuk dan warna.

Polifarmasi juga boleh me nyumbangkepada ketidakpatuhan pesakit dalam pengambilan ubat. Perkara ini berlaku apabilapesakit perlu mengambil ubat dalam kuantiti banyak. Semakin banyak jenis ubatperlu diambil, semakin kompleks cara pengambilan ubat. Seterusnya ia bolehmenyebabkan pesakit kurang bermotivasi, mudah lupa dan pesakit mula memilihjenis ubat yang hendak diambil dan selebihnya ditinggalkan.

Dalam golongan warga emaspula, masalah menelan ubat yang banyak antara faktor utama ketidakpatuhan dalampengambilan ubat. Apabila banyak jenis ubat perlu diambil, interaksi antaraubat juga boleh berlaku. Mungkin interaksi antara ubat terkawal untuk rawatanpenyakit kronik dipertimbangkan oleh doktor dan ahli farmasi ketika pemberianubat itu.

Namun pengambilan ubatherba, ubat tradisional dan ubat am (OTC) secara sendirian tanpa pengetahuandoktor bersama ubat terkawal boleh menyebabkan berlaku interaksi ubat.Seterusnya, interaksi ubat boleh menyebab kan kesan sesuatu ubat ituberkurangan atau bertambah. Jika interaksi itu menyebabkan kesan ubatberkurangan, dikhuatiri ubat itu tidak dapat memberi kesan sepatutnya kepadapesakit mengikut dos diberi. Jika interaksi itu menyebabkan kesan ubatbertambah, ia mungkin mencapai tahap toksik dan boleh memudaratkan pesakit.

Kesan tidak langsungdaripada kesilapan pe ngubatan, ketidakpatuhan pengambilan dan interaksi ubat-ubatanakibat polifarmasi pula boleh penyebabkan kadar kemasukan ke hospital meningkatdan seterusnya meningkatkan kos rawatan pada masa depan. Tip mengelakpolifarmasi dan kesan buruknya. Sebagai langkah berjaga-jaga, masyarakatdinasihatkan lebih berhati-hati dalam pengambilan ubat supaya masalahpolifarmasi dapat ditangani.

Antara amalan yangmembantu mengelak polifarmasi adalah sentiasa berbincang dengan doktor atauahli farmasi berkaitan penggunaan ubat diberi serta ubat tambahan yang diambildalam rawatan kendiri. Pesakit juga boleh bawa bersama semua ubat yang diambilsetiap kali bertemu doktor atau ahli farmasi untuk mendapatkan nasihat sesuai. Pembabitan pesakit untukmengatasi polifarmasi sangat penting. Melalui pembabitan ini, semua informasitambahan seperti pengambilan ubat herba, tradisional dan komplimentari, vitamindan ubat-ubatan am (OTC) dapat dikenal pasti dan nasihat sesuai dapat diberioleh doktor dan ahli farmasi.

Sebarang pertanyaanlanjut berkaitan ubat-ubatan, pesakit atau orang awam boleh menghubungi PusatPanggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Centre-NPCC) di talian 1800-88-6722.

Disediakan oleh: BahagianPerkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Harian Metro, Ahad 28 Disember 2014 -

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 01:40 AM GMT+8 , Processed in 0.195201 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list