CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1395|Reply: 0

11 Sebab Utama pasangan suami isteri menamatkan IVF (Part 3)

[Copy link]
Post time 3-1-2015 10:47 AM | Show all posts |Read mode

11 Sebab Utama pasangan suami isteri menamatkan IVF (Part 3): Faktor yang berkaitan dengan kakitangan pusat IVF

Contohnya,kakitangan bahagian IVF gagal membuat penjelasan yang teliti atau mudah difahami oleh orang awam, atau kedua-duanya.

Selain itu, mereka jarang mengambil tahu apa yang betul-betul dikehendaki oleh pasangan suami isteri dalam hati mereka.Atau mereka mengabaikan perasaan pasangan suami isteri semasa menjalankan prosedur IVF bagi setiap peringkat.

Sebagaimana anda tahu, pembelanjaan IVF agak mahal, kebanyakkan pasangan suami isteri berusaha kuat untuk mengumpul wang yang cukup untuk membiayai kos IVF, ini bererti kesemua gaji yang didapati sudah digunakan untuk menjalankan IVF agar mendirikan rumahtangga yang sempurna dan bahagia.Boleh kami gambarkan kehidupan mereka adalah betapa pahit dan susah.

Oleh kerana mereka sudah menghulurkan kesemua simpanan wang , ini adalah munasabah bagi mereka meminta penjelasan yang cukup terang dan teliti dari kakitangan IVF.

Jika kakitangan IVF melayan mereka dengan sikap yang cuai dan tidak ikhlas, atau mengurus hal-ehwal mereka dengan cuai, atau mengabaikan perasaan mereka, atau mengabaikan apa yang diambil berat oleh pesakit semasa menjalankan IVF, pasti akan menyebabkan pasangan suami isteri berasa susah hati, dan  berasa kepentingan dan kesihatan tidak terjamin, dan seterusnya berasa kesal tentang keputusannya yang dia buat pada awal, berasa ingin menamatkan rawatan IVF pada peringkat pertengahan.

Pada pandangan pesakit, penjelasan yang teliti dan mencukupi adalah mustahak pada setiap peringkat IVF. Namun begitu, kebanyakkan kakitangan IVF disebabkan tempoh masa yang terhad, tidak dapat membuat penjelasan teliti bagi setiap pasangan bagi setiap peringkat IVF. Ada yang berpendapat bahawa pesakit tidak akan memahami apa yang diterangkan oleh mereka, oleh itu biarkan dia sahaja. Ada yang malas membuat penjelasan. Sikap ini amat membimbangkan pesakit.

Pada hakikatnya, kebanyakkan pasangan suami isteri bukan betul-betul ingin mendapatkan penjelasan yang cukup teliti bagi maklumat yang berkait dengan IVF. Di sebaliknya, sikap kakitangan IVF yang rela memberi penjelasan yang teliti akan memberi perasaan yang selamat dan terjamin kepada mereka.Mereka berasa pasti dapat bantuan yang segera dan cekap semasa menemui masalah. Dan dengan inilah , mereka bertenaga untuk meneruskan rawatan IVF yang susah dan pahit sepenuhnya.

Begitulah , kami dapat mengetahui betapa pentingnya pengurusan keadaan mental pesakit. Cuba fikirkan, pasangan suami isteri sudah lama menanggung tekanan yang banyak dan besar, sekiranya mereka berasa perbelanjaan yang begitu besar tidak akan membawa sebarang harapan kepada mereka, dan sebaliknya menyebabkan mereka terpaksa menanggung tekanan yang lagi besar, selalu berada dalam keadaan risao, maka kemungkinan besar akan menamatkan rawatan IVF.

Sungguhpun begitu, masih terdapat segolongan besar kakitangan  kesihatan tidak bertimbang rasa atas keperluan dalam hati pesakit.  Mereka hanya mengikut semua prosedur yang ditetapkan semasa memberi rawatan. Tidak dinafikan ini memang boleh membawa prognosis yang bagus kepada pesakit, tetapi jika mereka bersikap acuh tak acuh, ini pasti akan menjejaskan keyakinan pesakit terhadap kejayaan menghamil, dan  seterusnya memutus untuk menamatkan rawatan IVF mereka. Jadi sungguhpun kemahiran dan pengetahuan pakar IVF itu betul-betul hebat , tetapi pesakit tidak berpeluang untuk menggunakannya, agak malangya.


utk maklumat kesihatan wanita yang lanjut sila layari laman web ini
https://www.facebook.com/notes/ladies-wombs/zon-khas-bagi-ivf-11-sebab-utama-pasangan-suami-isteri-menamatkan-ivf-part-3/870672259644625



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.030456 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list