CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1282|Reply: 0

Kulit tertanggal akibat alahan ubat

[Copy link]
Post time 9-1-2015 09:11 AM | Show all posts |Read mode
Kulit tertanggal akibat alahan ubat
KEADAAN Heron sangat memilukan kerana selain tidak boleh membuka mata, dia juga mengalami kesukaran untuk bernafas.


DANIKA HERON hampir menemui ajal pada hari lahirnya yang ke-19 selepas dia mengalami alahan teruk gara-gara mengambil beberapa dos ubat sawan yang diberikan oleh ibunya. Gadis yang berasal dari New South Wales, Australia itu sebelum ini disahkan menghidap penyakit sawan ketika ber­usia 18 tahun.
Remaja itu memberitahu, dia terpaksa bertarung nyawa berikutan kesan ubat terbabit menyebabkan alahan teruk sehingga mengakibatkan sebahagian besar kulit termasuk bahagian wajah­nya melepuh selain membuatkan mata serta bibirnya membengkak.

Lebih menyedihkan, kulitnya akan berasa perit dan pedih setiap kali disentuh dan kesakitan itu ada kalanya menyebabkan dia pengsan.
“Saya berasa panas dan tidak selesa seolah-olah tubuh ini dibakar dari dalam,” ujarnya seperti dipetik portal Mail Online.
Heron dikenal pasti menghidap dua penyakit berbeza iaitu Sindrom Stevens Johnson (SJS) dan Sindrom Neklorisis Epidermis Toksik (TENS) iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan sel permukaan kulit mati dan tertanggal selain mengakibatkan sebahagian besar kulitnya melepuh teruk.

Alahan itu juga menyebabkan kulit gadis itu melecur dengan permukaan menggelembung dan mengalami bintik-bintik keme­rah-merahan. Ekoran alergi itu, sebahagian besar kulitnya terpaksa dibalut dengan pembalut luka.

Cerita Heron, dia diberi dua jenis ubat sawan berbeza iaitu Lamictal dan Keppra untuk membantu mengawal penyakit sawannya itu. Bagaimanapun, ubat itu meninggalkan kesan negatif sampingan terhadap tubuh dan menjejaskan kehidupan hariannya.
“Pada mulanya, saya mendapati bibir dan bahagian sekitar mata saya membengkak. Saya juga turut mengalami ruam di bahagian dada dan ia begitu cepat merebak ke bahagian tubuh lain,” katanya.

Sukar bernafas
Heron dimasukkan ke sebuah hospital di Sydney dan doktor yang merawatnya memberitahu, dia menghidap kayap iaitu sejenis penyakit berjangkit berpunca daripada virus yang menyebabkan terjadinya lepuh-lepuh kecil berair pada kulit.
Dalam tempoh empat hari selepas bertemu dengan doktor, simptom yang dialami Heron semakin teruk sehingga ibunya, Carmen Heron, 43, terpaksa membawanya ke hospital lain di New South Wales bagi mendapatkan pemeriksaan doktor pakar.
Pada awalnya, Heron dikenal pasti menghidap tiga jenis pe­nyakit berlainan iaitu penyakit kaki, tangan dan mulut, campak serta cacar air.

Pun begitu, pemeriksaan lanjut mendapati, Heron sebenarnya menghidap sindrom SJS serta TENS dan dikejarkan ke hospital di Sydney untuk mendapatkan rawatan segera.

Selepas seminggu dimasukkan ke hospital, keadaan Heron sangat menyedihkan kerana dia tidak boleh membuka mata selain mengalami keradangan di bahagian mulut, mata, telinga, hidung, paru-paru dan alat kelamin.
“Keradangan itu menyebabkan saya mengalami kesukaran bernafas. Tekak saya juga membengkak sehingga minum air pun terasa sangat perit. Saya terpaksa bergantung kepada tiub untuk makan dan minum. Pun begitu, tubuh saya menolak makanan tersebut sehingga menyebabkan saya sering muntah-muntah,” ceritanya.

WAJAH asal Heron sebelum mengalami Sindrom Stevens Johnson dan Sindrom Neklorisis Epidermis Toksik.


Tiada ubat
Remaja malang itu terpaksa ditahan di unit rawatan kebakaran selama hampir sebulan dan dalam tempoh itu, dia kehilangan lapisan epidermis iaitu lapisan kulit paling luar di bahagian muka, dada, lengan dan belakang badan akibat sindrom ganjil tersebut.
Menurut doktor, jika tidak dirawat, penyakitnya itu boleh mengakibatkan kerosakan pada paru-paru, buta dan lebih teruk, kematian.

Pakar sindrom SJS dan TENS, Prof. Dr. Douglas J. Coster memberitahu, tiada ubat atau rawatan yang khusus untuk merawat sindrom tersebut.
Katanya, pada kebiasaannya, doktor hanya memberi morfin, steroid dan antibiotik sebagai rawatan sampingan bagi meredakan kesa­kitan yang dialami pesakit.


“Pesakit lazimnya dirawat se­per­ti mangsa kebakaran. Pe­ngambilan ubat yang memberi alahan itu akan dihentikan serta-merta. Mereka kemudian­nya diberi ubat tahan sakit dan sun­tikan intravena untuk menggan­tikan cecair yang hilang daripada badan.

“Selain itu, pesakit juga diberi formula berkalori tinggi bagi membantu mereka pulih dengan cepat,” katanya.


sumber:kosmo



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 01:43 AM GMT+8 , Processed in 0.038028 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list