CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1309|Reply: 0

Puan Lim berjaya menjauhkan diri dari keguguran( End)

[Copy link]
Post time 12-1-2015 10:15 AM | Show all posts |Read mode
11 January 2015 at 09:02

Puan Lim yang menghadapi masalah alergi terhadap antibiotik tertanya-tanya adakah keguguran berulang berkaitan dengan alergi ubatan? Lagipun dia pernah demam semasa awal kehamilan dan memakan antibiotik selama 2 minggu.

Walaupun dia pernah mengalami 3 kali keguguran tetapi tidak pernah membuat pemeriksaan yang selanjutnya untuk mengatasi masalah ini. “saya hanya terdapat masalah kitaran haid yang kurang teratur. kali pertama hamil tak ada masalah,jadi saya ingat badan saya ok.tapi keguguran yang berulang saya baru sedar keadaan ini memang luar biasa. ”

Selepas ini, Puan Lim membuat ujian yang disarankan oleh saya dan laporan ujian menunjukkan bahawa dia menghadapi masalah PCOS dan terdapat radang serviks. Justeru, saya bercadang supaya dia menjalankan 12 bulan rawatan rapi sedangkan suaminya selama 9 bulan.  

“betul-betul ke saya perlu 1 tahun untuk memelihara badan saya?” ujar Puan Lim.

“ya. 12 bulan rawatan rapi adalah dirancang dengan mengikuti keadaan badan awak. Kalau hamil datang awal, boleh hentikan rawatan ini dan bersedia untuk langkah penjagaan kehamilan. tapi sebab awak pernah mengalami keguguran berulang,jadi sebaik-baiknya mencegah kehamilan selama 6 bulan dan mulakan rawatan pada masa yang sama. Apabila badan dipelihara sampai ideal dan bersedia untuk kehamilan barulah merancang beranak. Tapi kalau hamil selepas habiskan 1 tahun rawatan rapi, ini bermakna badan awak sudah bersiap sedia dan mampu mengharungi 12 minggu kehamilan kebahayaan. Bolehlah melahirkan bakal bayi yang sihat dan cerdas. ”

Selepas mendengar ujaran saya, Puan Lim nampaknya teragak-agak dan mengatakan akan bertimbang dulu mengenai rawatan ini. Pada hari keduanya, Puan Lim berkata sanggup menerima rawatan ini selepas masak timbang.

Puan Lim membuat catatan bagi setiap butir-butir khusus kesuburan semasa pembantu saya membuat penjelasan kepadanya. Salah satu tugasan yang merunsingkannya ialah mencatat suhu badan yang mana dia seorang pelupa. Jadi dia sering lupa mencatat suhu badan disebabkan lewat bangun. Selepas 2 bulan, Encik Lim yang tidak tahan akan sikap kelupaan isterinya telah mengambil alih tugasan ini dan mencatat suhu badan isterinya pada setiap pagi.

Mujurlah Puan Lim masih dapat mengambil ubatan setiap hari. Encik Lim yang tidak terlepas waktu mengambil ubatan amat terpuji yang mana dia memakan ubatan secara rutin dan menyediakan jumlah ubatan yang secukupnya walaupun melancong ke luar negara.

Selepas mengharungi tempoh mencegah kehamilan selama 6 bulan, berita kehamilan disampaikan pada bulan yang berikutnya. Demi menjamin keselamatan dan kesihatan Puan Lim, saya memantau keadaan kehamilan dan indeks HCG Puan Lim dengan kerap dan memperingatkannya berwaspada dan banyak berehat semasa waktu kehamilan.  Selain itu. Saya juga memperingatkan dia supaya memberitahui doktor tentang masalah alergi terhadap ubatan jika mendapat preskripsi daripada doktor.

Kehamilan ini memang menceriakan Encik Lim yang mana tidak lagi nampaknya gelisah tetapi senyuman kerap terbayang di wajahnya. Puan Lim berada dalam kandungan 6 bulan pada masa sekarang dan menurut langkah waspada kehamilan dan juga menghentikan tabiat meminum kopi. Inilah kemuliaan dan keagungan kasih ibu terhadap anak mereka yang mana sanggup memberikan segala-segalanya kepada bakal bayi yang tersayang.

Untuk keterangan lanjut mengenai maklumat cara menyelesai ketidaksuburan, sila layari facebook ini

https://www.facebook.com/pages/Ladies-Wombs/749625985082587

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 01:35 AM GMT+8 , Processed in 0.040143 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list