View: 1885|Reply: 4
|
Ketahui kandungan dalam produk kosmetik
[Copy link]
|
|
Ketahui kandungan dalam produk kosmetik
- Gambar Hiasan.
[url=]<[/url] 1 / 1 [url=]>[/url]
KULIT sememangnya memerlukan perawatan sewajarnya agar kelihatan cantik dan cerah, namun kita juga harus mempertimbangkan tentang kesannya terhadap kesihatan.
Setiap individu yang menjalani prosedur untuk mencerahkan kulit muka perlu melihat kepada kesesuaian dan penerimaan badan seseorang. Bukan senang sebenarnya untuk melalui setiap prosedur tersebut.
Jika diperhatikan lambakan produk kosmetik yang terdapat di pasaran masa kini menjadikan wanita mula rambang mata sehingga sanggup mengetepikan aspek kesihatan.
Sebagai panduan untuk wanita di luar sana yang ingin kelihatan cerah dengan cepat, anda perlu mengetahui sama ada produk kosmetik yang dibeli itu mengandungi bahan berbahaya atau tidak.
Biasanya dalam produk kosmetik, masih banyak lagi yang menggunakan hidrokuinon. Penggunaan dalam jangka masa yang lama bukan sahaja akan menjadikan kulit muka hitam kebiruan tetapi turut menipiskan kulit dan akan menampakkan urat-urat darah di bahagian muka.
Selain itu, ada juga pengeluar produk kosmetik turut menjual suplemen yang mengandungi glutathione dalam bentuk kapsul atau minuman. Sebenarnya penggunaan glutathione dalam kapsul dan minuman tidak akan memutihkan kulit.
Ini kerana, menurut kajian perubatan yang dilakukan, kandungan glutathione tidak boleh menyerap sama sekali dalam badan. Jika ada pun ia hanyalah sangat sedikit. Melainkan melalui suntikan sahaja ia mampu menyerap dan memutihkan kulit.
Jadi pengguna jangan mudah terpedaya dan perlu berhati-hati dengan tawaran yang dibuat oleh pihak pengeluar produk kosmetik. Manakala tranexamic acid juga antara bahan kandungan yang cukup popular dalam produk pemutihan kulit.
Sekiranya pengguna berterusan menggunakan produk pemutih yang mempunyai kandungan tersebut lama-kelamaan darah akan membeku dan seterusnya menyekat aliran darah terus ke jantung dan otak serta boleh menjadi strok.
Untuk pengetahuan umum, biasanya tranexamic acid ini selalu digunakan untuk menghentikan pendarahan yang terlalu banyak oleh pakar perubatan apabila berdepan dengan situasi pesakit yang mengalami pendarahan yang banyak akibat kemalangan, hidung berdarah atau pun wanita yang mengalami pendarahan yang banyak ketika haid.
Suntikan vitamin C yang popular dalam kalangan wanita juga bukanlah jalan penyelesaian untuk mencerahkan kulit. Ini kerana vitamin C itu tidak terbukti sepenuhnya dan ia juga tidak mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan.
Pengguna yang membuat suntikan vitamin C yang tidak berdaftar biasanya terdedah kepada risiko kemudaratan kepada wajah dan tubuh badan seperti jangkitan pada kulit, jangkitan pada salur darah selain kerosakan buah pinggang.
Bagi mengelakkan terjadinya perkara yang tidak diingini, pengguna harus mendapatkan nasihat dari pakar dan tidak mengambil jalan singkat.
Jika masih ada yang ingin memakai krim tiada masalah tetapi sewajarnya perlu merujuk kepada doktor. Ini kerana jika tersilap komplikasinya akan lebih teruk lagi.
Biasanya kulit gelap ini terjadi kerana 90 peratusnya adalah terdedah kepada cahaya matahari.
Jadi elakkan terdedah secara terus kepada sinaran matahari. Sebaik-baiknya pakai sunblock yang telah mendapat kelulusan KKM atau pun menggunakan payung. Merokok juga akan menyebabkan pigmentasi dan penuaan di muka berlaku dengan cepat.
Oleh itu, cara terbaik amalkan gaya hidup sihat dan makan lebih banyak sayuran hijau dan makanan yang mempunyai sumber vitamin dan mineral di samping lebihkan minum air putih.
Sebagai alternatif untuk mencerahkan kulit wajah, penggunaan teknologi seperti laser dan Intense Pulse Light (IPL) lebih terbukti. Kos untuk membuat rawatan ini dianggarkan RM300 hingga RM800 bergantung pada masalah muka.
Bagaimanapun, rawatan secara teknologi hanya boleh dilakukan secara berkala sahaja dan masih lagi memerlukan penggunaan sunblock dan krim yang disyorkan. - Dr Mohd Nasir Othman Pakar Perubatan Estetik, Klinik De Palma, Ampang
kredit:sinar harian
|
|
|
|
|
|
|
|
dah tu apesal produk yg banyak war war guna L Gluthathione tu melambak kat pasaran tanpa ade masalah??
Aura white contohnya.. lain2 sila check sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Ye la kan..
Takut pulak dengar artikel tu sbb lama dah pasang hati nak beli Aurawhite & produk sewaktu dgnnya..
Thanks artikel bagi info yg berguna..
|
|
|
|
|
|
|
|
mcmne boleh lps dari KKM ek kalau dah bahaya...
|
|
|
|
|
|
|
|
Itu lah..
Aku pun rsa pelik.
Dlm artikel tu kata kandungan glutathione tidak boleh menyerap sama sekali dalam badan..
Tapi kandungan glutathione ini lah digunakan oleh dorg utk promote produk dorg kan..
Aku pun hampir terjerat..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|