|
Zon Khas bagi IVF: 11 Sebab Utama Pasangan Suami Isteri Menamatkan Rawatan IVF(Part 7)
15 January 2015 at 10:12
Hilang keyakinan ke atas rawatan IVF: Sebenarnya, kebanyakkan pasangan suami isteri memutus untuk menghentikan rawatam IVF pada peringkat pertengahan setelah mereka mendapati bahawa peratusan kejayaan IVF sudah diperbesarkan,dan IVF bukanlah rawatan yang senang dijalankan , bukanlah keselamantan terjamin dan bukanlah menpunyai kesan sampingan yang sedikit yang sebagaimana disenaraikan dalam iklan.
Tanpa keyakinan, kebanyakkan rawatan adalah susah diteruskan , apatah lagi mencapai kejayaan.
Apabila kami sudah membina keyakinan yang kukuh ke atas sesuatu orang, atau sesuatu produk ,atau sesuatu perkhidmatan, apakah reaksi kami setelah kami mendapati kesemua ini adalah palsu? Apakah akibatnya?
Sebagaimana yang kami tahu, kebanyakkan pasangan yang mengalami masalah ketidaksuburan sanggup membelanjakan hampir sebahagian besar daripada pendapatan sebulannya untuk membiayai kos rawatan IVF.
Jika mereka mendapati rawatan IVF bukan rawatan yang betul-betul boleh membawa harapan yang munasabah kepada mereka, mereka akan berasa bagai hati mereka dirampas keluar dari badan.Dan mereka akan juga berasa berada dalam dilemma terhadap masa depan mereka, berasa letih untuk meneruskan kehidupan mereka.
Seterusnya, mereka berasa susah untuk percaya apa yang dikatakan oleh pakar IVF, mulai mengesyaki terhadap tingkahlaku dan percakapan mereka. Sungguhpun pakar IVF dapat memberi penjelasan yang munasabah, tetapi masih gagal menyakinkan mereka untuk menerima rawatan IVF dengan tiada bimbang.
Mereka berasa biarkan keadaan ini berterus, pasti akan menjadikan mereka terperangkap dalam emosi yang buruk setiap hari. Akhirnya mereka akan memutuskan untuk menghentikan rawatan IVF kerana pengkorbanan yang dibuat oleh mereka gagal memberi harapan yang munasabah bahkan membawa kemudaratan kesihatan kepada mereka.
Dan mereka juga berasa masa yang mereka mempunyai adalah semakin terhad, oleh itu mereka tidak mahu membazirkan masa untuk menunggu keputusan yang tidak berbuah.
Selain itu, mereka juga berpendapat bahawa sekiranya mereka sudah ambil tahu peratusan kejayaan yang begitu rendah dan kesan sampingan yang begitu banyak dan serius, dan masih memutus untuk meneruskan IVF, dan jika keputusannya adalah gagal, mereka pasti tidak sangggup menanggung kesakitan ini.
Dan seterusnya menimbulkan masalah kemurungan, dan tidak lagi mempercayai kepada perubatan.
Pada hakikatnya, minda kami akan mempengaruhi keputusan rawatan.
Terdapat kajian membuktikan keyakinan ke atas rawatan boleh menentukan kejayaan sesuatu rawatan. Jika pesakit percayai kepada rawatan, maknanya mereka yakin akan rawatan itu dapat membantu mereka, dan mereka bertindak dengan aktif untuk menjalankan segala arahan dan panduan yang diberi oleh doktor itu. Jadi ,jika berbanding dengan orang yang mempunyai penyakit yang sama, mereka yang bertindak aktif akan mendapat kemajuan yang besar.
Torrey Creed, pembantu professor di Universiti Pennsylvania berpendapat bahawa cara pemikiran pesakit yang betul akan meningkatkan prestasi rawatannya. Salah satu daripadanya adalah “saya percayai rawatan ini akan membantu saya.”
Jangan salahfaham, kami di sini bukan mengalakkan kamu menjalankan IVF, terutamanya bagi pasangan yang tidak semestinya patut menjalankan IVF. Tetapi bagi pasangan yang betul-betul perlu menjalankan IVF untuk mendapat zuriat walaupun harapannya rendah, kami mencadangkan kamu memperbaiki badan anda dan memastikan keadaan fizikal dan mental anda adalah cukup baik sebelum menjalankan IVF, dengan itulah kamu boleh memulakan rawatan IVF dengan penuh yakin, seterusnya meningkatkan peratusan kejayaan IVF.
Ini adalah kerana sekiranya anda yakin akan rawatan itu, pasti anda akan menjalankan dengan hebat dan konsisten, dengan itulah kejayaan dipertingkatkan.
Untuk Maklumat lanjut mengenai kesihatan kesuburan dan wanita, sila layari facebook ini
https://www.facebook.com/notes/l ... par/880279075350610
|
|