|
11 Sebab Utama pasangan suami isteri menamatkan IVF (Part 4): Masalah pengurusan dalam pusat IVF.
Sesetengah pusat IVF atau jabatan IVF gagal menetapkan prosedur IVF yang melengkapi, ini menyebabkan pasangan suami isteri gagal menjalankan setiap langkah IVF dengan betul dan berkesan. Akibatnya peluang kejayaannya pasti dijejaskan.
Jangan lupa, rawatan IVF bukan hanya boleh dilengkapi dengan 1 prosedur sahaja. Sekiranya kakitangan IVF gagal menguruskan setiap aspek dengan baik, agar dapat diikuti oleh pasangan suami isteri dengan mudah, kemungkinan besar mereka akan berasa kecewa dan menarik diri keluar dari rawatan IVF.
Contohnya, terdapat segelintir pusat IVF gagal memberi panduan yang jelas, atau panduannya tidak sistematik, ini mengakibatkan pasangan suami isteri membazirkan kebanyakkan masa tetapi tiada apa-apa yang betul dilakukan pada akhirnya. Atau masalah yang dihadapi oleh pasangan suami isteri tidak dapat diselesaikan walaupun sudah betul betul mengikut panduan yang diberikan oleh kakitangan IVF. Atau masalah mereka terjadi rumit selepas mengikut panduan yang diberikan oleh kakitangan IVF.
Masa adalah sangat penting bagi kami, bagi pasangan suami isteri yang mengalami masalah ketidaksuburan, setiap saat adalah sangat berharga. Jika mereka terpaksa bazirkan masa dengan tiada sebarang hasil pada akhirnya, pasti mereka sangat sedih dan murung.
Selain itu, kadang kala terdapat komunikasi yang tidak berkesan di antara doktor dan kakitangan, ini menyebabkan pasangan suami isteri lagi susah untuk menjalankan prosedur IVF kerana mereka memerlukan masa yang lebih banyak untuk memastikan maklumat yang dibekalkan adalah betul dan tepat.Sebagaimamna anda tahu, kehidupan sekarang adalah penuh dengan kebanyakkan tekanan, masa juga terhad, mereka memang tiada masa tambahan untuk menyelesaikan masalah yang berasal dari pusat IVF sendiri.Akhirnya, mereka memutuskan untuk menamatkan IVF.
Di sebaliknya, oleh sebab pasangan suami isteri mempunyai latar belakang akademik yang berlainan, ini bermakna bukan semua pasangan suami isteri fasih dalam Bahasa Inggeris, ini menyebabkan mereka menghadapi lagi banyak masalah komunikasi semasa menjalankan rawatan IVF, dan mereka akan rasa kecewa ke atas ini, dan akhirnya mungkin akan memutus untuk menamatkan IVF.
Oleh demikian, jika kakitangan IVF hanya fasih dalam Bahasa Inggeris, ini memang akan jadi halangan yang terbesar bagi pasangan suami isteri yang tidak fasih Bahasa Inggeris untuk menerima rawatan IVF.
https://www.facebook.com/notes/l ... t-4/871727136205804
|
|