|
Mendapati bahawa keburukannya adalah lebih banyak daripada kebaikan: Kadang-kala, orang awam memang berhak menolakkan cadangan rawatan yang dianggap baik oleh doktor,terutamanya mereka mendapati bahawa rawatan itu akan mendatangkan kesan sampingan yang buruk kepada mereka, atau selepas mengkaji keburukan dan kebaikannya, mendapati bahawa keburukannya adalah lebih banyak daripada kebaikan. Dan keadaan ini adalah sering dijumpai dalam bidang IVF.
Pada hakikatnya, penciptaan IVF bertujuan membantu wanita yang mengalami masalah tiub fallopian tersumbat dan lelaki yang mengalami masalah ketidaksuburan yang serius untuk mendapatkan zuriat.
Dr.Esmel yang berasal dari University Amsterdam Netherland memimpin satu pasukan menjalankan analisis mengenai IVF yang besar.
Mereka mendapati bahawa, dalam jumlah kes IVF yang mereka mengkaji, hanya terdapat 25-30% pasangan suami isteri mengalami ketidaksuburan yang tidak tahu sebabnya selepas menjalankan semua pemeriksaan badan yang berkenaan.
Dan apa yang mengkagumkan adalah mereka mendapati bahawa sebenarnya jika pasangan suami ister cuba menggunakan kaedah semulajadi untuk memelihara kualiti badan mereka ke suatu tahap yang boleh menghamil, mereka masih boleh menghamil tanpa bantuan IVF.
Yang amat penting adalah pakar-pakar ini mendapati bahawa kalau wanita sering mencuba IVF, kemungkinan besar ia akan membawa kemudaratan kepada ibu dan anaknya masa kelak.
Sebagaimana yang anda tahu bahawa risiko utama bagi IVF adalah kehamilan dengan banyak embrio, iaitu ibuhamil mengandung 3 embrio atau ke atas.
Dan kehamilan begitu adalah berkait rapat dengan komplikasi ibuhamil,komplikasi perinatal(kehamilan mencapai 28 minggu). Komplikasi itu merangkumi gestational diabetic, pembesaran embrio yang terbantut, eclampsia, bersalin dengan terlalu awal.
Sungguhpun ibuhamil hanya mengandung seorang embrio sahaja dengan bantuan IVF , kesihatan bayi yang dilahirkan adalah lemah jika berbanding dengan bayi yang dihasilkan dengan cara semulajadi.
Pakar-pakar ini juga mengambil prihatin ke atas keadaan kesihatan bayi IVF. Mereka memberi amaran bahawa bayi IVF adalah berisiko tinggi menghidapi tekanan darah tinggi, kegemukan, diabetic dan masalah saluran darah.
Tapi apa yang betul-betul mengkagumkan para pakar adalah kesan sampingan yang dinyatakan atas sebenarnya berkait rapat dengan prosedur rawatan IVF sahaja.Ertinya ini tiada berkaitan dengan daya kesuburan pasangan suami isteri.
Oleh itu pakar-pakar menasihati semua pasangan yang merancang untuk rawatan IVF, perlu mengambil tahu risiko dan fakta yang dinyatakan di atas, dan mengkaji dengan betul-betul, dan cuba dengan cara semulajadi dulu ,terutamanya bagi mereka yang sebenarnya masih tidak perlu menjalankan IVF.
Sebenarnya, Kebanyakkan pasangan suami isteri terdesak dengan masa yang semakin berkurang dan memutuskan untuk menjalankan rawatan IVF dengan cemas.
Tetapi kebanyakkan pasangan berasa kesal selepas memulai rawatan IVF, dan mendapati inilah bukan jalan yang terakhir bagi mereka, dan pada masa ini barulah mereka dapat “melihat” kesan sampingannya dengan jelas.Oleh demikian, selepas mengkaji keburukan dan kebaikannya, mereka memutus untuk menghentikan IVF dengan sikap yang kukuh.
Risiko IVF yang paling menakutkan orang:
1.Bayi yang luar biasa.
2.Pelbagai komplikasi
https://www.facebook.com/notes/l ... t-6/877621078949743
|
|