Hasil perbualan dengan Kerry Humpton dan bidan IVF di Australia ( Part 7)
18 December 2014 at 10:30
Hubungan Tekanan dengan Ketidaksuburan
Terdapat sekumpulan besar wanita menghadapi masalah ketidaksuburan adalah disebabkan oleh faktor mental.Didapati bahawa lebih kurang 15% pasangan yang mengalami ketidaksuburan tidak mempunyai masalah dari segi kesihatan fizikalnya. Dengan perkataan lain, ini berkait langsung dengan faktor psikologi.
Professor Kerry dan rakan sekolah memberitahu saya bahawa orang barat bersetujui tekanan akan mendatangkan keburukan kepada kesuburan.Dan mereka lebih mementingkan tekanan yang dihadapi oleh kaum wanita.
Sebagai wanita yang bekerja, mereka bukan sahaja menanggung tekanan dan beban dari tempat pekerjaan, akan tetapi menghadapi masalah ketidaksuburan, susah mendapat fahaman daripada suaminya.
Sebahagian daripada mereka menanggung tekanan yang terlalu besar dan akhirnya rasa runtuh, menghidap penyakit kemurungan, Autism,Mania,dan memerlukan rawatan daripada professional yang berkenaan, ada yang kena makan ubat anti kemurungan.
Biasanya, cara bagi orang barat menyelesaikan masalah tekanan agak terhad, hanya satu cara sahaja , iaitu mencari professional berkenaan untuk sesi perundingan.
Tetapi kamu sudah ambil tahu bahawa penyakit mental tidakakan dapat sembuh pada masa yang singkat, oleh demikian kebanyakkan mereka perlu mengambil ubat sepanjang masa. Akibatnya , ini mendatangkan masalah ketidakseimbangan hormon.
Maka, kebanyakkan orang barat berasa tidak berdaya apabila mereka berasa tekanan besar atau menemui masalah ketidaksuburan.Kami akan bincang cara orang cina menghadap tekanan dan ketidaksuburan besok hari, jumpa lagi.
utkmaklumat lanjut, sila layari :
https://www.facebook.com/notes/l ... t-7/862199740491877
|