Sebenarnya aku tercari-cari idea untuk buat blog ini jadi lebih best. Walaupun ada rakan blogger lain yang masukkan blog aku dalam senarai 'Malaysia Best blog 2015'. Tetapi secara umumnya aku masih belum berpuas hati dan aku rasa blog ini masih jauh terbelakang bebanding blog-blog lain yang jauh lebih hebat.
Aku rasa apa yang aku bincangkan sekejap lagi, sudah banyak kali diulangi perkara ini. Tapi kita kena selalu ulang benda yang bagus agar kita tak lupa dan mendapat ilham. Apabila kita rajin ulangi setiap perkara itu, kita kan jumpa jalan yang lebih bagus dan sesuai dengan gaya kita. Dan mungkin itu adalah titik mula langkah kita untuk terus maju.
Bagaimana Nak Buat Blog Jadi Best? Jom BincangkanAku cari beberapa point yang bagus untuk dikongsikan bersama pembaca semua, mungkin akan sedikit membantu mereka yang masih tercari-cari bagaimana nak buat blog jadi best. Jom mulakan perbincangan kita.
1. Menulis Entri yang HebatSetiap kali baca tips pasal buat blog, antara yang blogger lama tekankan adalah isi kandungan blog yang berkualiti. Tapi penulisan berkualiti yang macammana akan buatkan entri kita jadi popular, akan jadi viral, buat pembaca rasa nak share?
Aku rasa da banyak cara blogger menulis entri, ada yang membuat penulisan bagi menjawab persoalan, menyelesaikan masalah, entri yang boleh buat pembaca ketawa atau buat pembaca tersentuh hati atau menangis dan bermacam-macam cara lagi. Yang paling utama jangan copy & paste entri orang lain.
Gaya penulisan juga memainkan peranan, baik dari segi penggunaan bahasa, susunan ayat, plot penceritaan. Aku sendiri ada blog yang sering aku baca, jika dia tulis aku kana baca sampai habis sebab aku tahu isi penyampaian yang dia tulis memang mantap dan aku suka.
Jadi nak belajar menulis entri yang hebat, kenalah rajin selalu menulis. Selain dari dapat update blog lebih kerap, aku juga dapat belajar dan pertingkatkan kemahiran menulis, mungkin suatu hari nanti aku akan jumpa gaya penulisan aku sendiri.
2. Bijak Buat Tajuk Headline yang GempakBab ini aku memang ada masalah, kadang-kadang ada entri yang aku sudah siap tulis terlebih dahulu barulah pening fikir pasal anak letak tajuk apa? Aku rasa memang lemah bab nak cari idea buat tajuk yang gempak, yang mampu menarik minat pembaca untuk masuk baca blog.
Ada yang berikan tips asas untuk memilih tajuk adalah seperti berikut: - Tajuk itu perlu nampak BERGUNA kepada pembaca.
- Tajuk yang ada tarikan dan DESAKAN apabila dibaca.
- Tajuk yang memberi idea atau UNIK dimata pembaca.
Jikalau kita perasan, ada beberapa akbar yang sering bermian dengan tajuk headline yang gempak ini. Walaupun adakalanya ia hanya isu biasa boleh jadi luar biasa dan buatkan orang tertarik ingin baca.
3. Join Komuniti Blogger.Walaupun sebagai blogger baru, jangan segan silu untuk sertai dan saling mengenali blogger-blogger yang lain. Lagipun mungkin kita akan kenal blogger-blogger lama yang hebat, jika ada kemusykilan boleh juga kita jadikan tempat bertanya.
Aku rasa ada banyak cara untuk berkenalan dan berkawan dengan blogger-blogger lain. Dekat facebook sudah semestinya, sebab boleh dikatakan semua blogger ada facebook. Dan ada ramai blogger yang memang peramah. Jadi pandai-pandailah cari facebook blogger dan add, jangan SPAM sudahlah.
Selain itu boleh juga erat hubungan sesama blogger dengan cara blogwalking - iaitu berkunjung ke blog-blog lain dan menulis komen diblog mereka. Jika komen kita elok dan mesra, akan ada yang akan berkunjung semula ke blog kita.
4. Buat Blog yang Mesra Pembaca dan Mesra SEOSelidik dan cari template atau theme blog yang mesra pembaca. Jangan serabutkan blog denga iklan yang melampau, kita nak suruh orang tengok iklan ke nak baca blog kita? Jadi blogger yang bertimbang rasa, jangan fikirkan nak cari trafik dan duit semata, bina juga kredibiliti bagi blog kita.
Ubah dan setup blog jadi laju apabila loading, jadi pembaca tak perlu menuggu lama untuk entri kita loading. Jangan beratkan blog dengan widgets, atau gambar yang tak sepatutnya. Bagi aku blog perlu kemas dan nampak hensem dimata pembaca.
Selepas itu kita kena masuk bab SEO pula, biar blog kita disukai pula oleh search engine seperti Google dan Bing. Jadi kenalah belajar teknik SEO, jangan kata tidak. Belajarlah sedikit walaupun cuma teknik asas.
5. Jadilah Diri SendiriSejak blog dikenali di Malaysia, sudah ada beribu blog yang wujud. Setiap hari ada sahaj blog baru yang muncul. Aku sendiri pun tak sempat lagi teroka berapa ramai blogger yang ada di Malaysia ini. Jadi untuk mara kedepan, kita perlu tampil jadi blogger yang jadi diri sendiri. Tidak terikut-ikut cara orang lain.
Kita belajar atau tiru orang, tapi jangan kita jadi seperti dia, cuma ambil ilmu dan cara dia dan buat ikut gaya kita. Jangan terlampau taksub dengan blogger habet sehingga kita asyik tiru apa sahaja yang dia buat, mereka buat mungkin ada sebab.
Aku rasa sudah terlalu panjang aku menulis entri kali ini. Tulis panjang-panjang siapa nak baca kan? hahaha. Sekian dahulu sesi bincang-bincang kita tentang dunia blogging Malaysia.
|