View: 1511|Reply: 0
|
ZULFADLI ROZALI SASAR KEJUTAN DI GWANGJU
[Copy link]
|
|
Meskipun sekadar meraih gangsa pada Sukan SEA Singapura, atlet mendayung negara Zulfadli Rozali tetap menganggap ia pembakar semangat untuk mencipta kejutan pada Sukan Universiti Dunia Gwangju Korea Selatan.
Zulfadli muncul penyelamat sukan mendayung untuk tidak pulang dengan tangan kosong pada Sukan SEA Singapura baru-baru ini
Berpasangan bersama Mazli Daham, atlet berusia 25 tahun kelahiran Kuala Terengganu ini berjaya menyumbang satu gangsa dalam acara pair 1000 meter lelaki.
Kurang dalam tempoh sebulan, zulfadli sekali lagi menggalas cabaran negara namun kali ini pada temasya Universiade dengan tumpuan diberikan dalam acara individu 2000 meter.
"Saya mendapat motivasi dalam pencapaian di Sukan SEA dan ia mendorongkan lagi saya untuk mencatat masa terbaik, sekaligus memperbaiki ranking saya di Universiade kali ini," kata
Masa terbaik penuntut Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dalam acara kegemaraannya itu 7 minit 32 saat ketika kejohanan dunia Chungju Korea Selatan 2013.
stadiumastro
|
|
|
|
|
|
|
| |
|