
Weil Hotel bakal menyambut bulan suci, Ramadhan dengan membawa selera Timur Tengah ke Ipoh melalui barisan hidangan lazat dari Timur Tengah di restoran makan sepanjang hari mereka, Tiffin. Antara acara kemuncak promosi Ramadhan ini yang bermula 18 Jun – 17 Julai terdiri daripada; Fattoush Salad, Chicken Tagine, Lebanese Lamb dan Bean Stew, Nasi Majadha, Mezze (baba ghanoush, hummus, labneh, marinated olive bersama lemon dan harissa). Antara hidangan ‘mesti cuba’ adalah termasuk kambing panggang dengan sentuhan Timur Tengah, masakan tradisional tempatan seperti Bubur Lambuk, Pajeri Nenas Berkerisik, Kerabu Ikan Kembung, masakan Cina seperti Wok Fried Black Pepper Udon, dan pencuci mulut barat seperti Raspberry Roll Cake dan Green Tea Crème Brulee. Bufet Ramadhan ini bermula 7 – 10 malam setiap hari dan berharga RM68nett untuk dewasa dan RM38nett untuk kanak-kanak berumur antara 6-12 tahun. Bagi mereka yang ingin datang dalam berkumpulan, terdapat Baucer Bufet Ramadhan yang boleh dibeli di dalam buku untuk 10 orang, dijual pada harga RM688nett, dengan setiap buku dibeli anda mendapat 2 baucer tambahan secara percuma. Kadar yang ditetapkan adalah termasuk GST. Weil Hotel juga menawarkan ruang yang eksklusif bagi mereka yang berminat untuk mengadakan makan malam Ramadhan korporat, keluarga ataupun peribadi di bilik-bilik majlis peribadi mereka yang boleh menampung sekurang-kurangnya 50 tetamu sehingga 500 tetamu. Untuk maklumat lanjut atau tempahan, sila hubungi WEIL Hotel di talian +605 208 2228 atau e-mel [email protected].
|