View: 13417|Reply: 3
|
Tahun Ini Berapa Bajet Duit Raya?
[Copy link]
|
|
Setiap kali tibanya hari raya, yang paling seronok mestilah anak-anak, ini kerana bukan sahaja dapat bercuti panjang kira-kira seminggu, malah berpeluang menerima duit raya yang dinanti-nantikan. Akan tetapi bagi orang dewasa khususnya ayah dan ibu berasa agak tertekan, maklumlah kebelakangan ini berlaku inflasi berikutan pelaksanaan cukai perkhidmatan dan barangan (GST) serta kejatuhan nilai matawang ringgit yang teruk, menjadikan perbelanjaan rumahtangga semakin membebankan, justeru itu ramai ibu bapa terpaksa membuat bajet duit raya ketika balik beraya di kampung.
Namun demikian timbul pula masalah lain iaitu duit raya yang diberikan itu pula harus bersesuaian dengan 'harga pasaran' yang telah dianggarkan di kalangan anak-anak ahli keluarga dan saudara mara. Justeru itu, berapa bajet duit raya amat lah menguji kebijaksanaan para ibu dan ayah.
Jadi, berapakah bajet duit raya yang anda peruntukkan untuk diberikan kepada kanak-kanak?
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
rm1 je mampu...adk2 n ank buah aku je bg rm10... |
|
|
|
|
|
|
|
Baru terkena anak sedara ponakan mintak lebih lepas aku kasi duit raya rm3... taik betul budak2 jaman sekarang. |
|
|
|
|
|
|
|
Bajet 2k abih 3k. Tahun ni ada rezeki lebih jadi En. Suami agak pemurah bagi duit raya kat anak2 kecil (anak buah ramai...huhuhu) dan orang2 tua. Sebelum2 ni bajet cukup2 jer. |
|
|
|
|
|
|
| |
|