View: 2466|Reply: 0
|
[Lain-Lain]
Hadapi krisis air menjelang Aidilfitri
[Copy link]
|
|
BAYU LALANG -Sambutan Syawal di tiga kampung dekat sini, mungkin tidak semeriah kawasan lain, apabila mereka mengalami masalah putus bekalan air sejak beberapa bulan lalu.
Penduduk, Mohd Yamin Ismail, 45, berkata, ratusan penduduk di Kampung Che Mat Ali, Kampung Seri Bayu dan Kampung Kubang Dapat, menderita apabila terpaksa membeli dan mengambil air dari kawasan lain.
Menurutnya, pihak terbabit sepatutnya mencari inisiatif baharu dalam menyelesaikan masalah ini memandangkan krisis air berlanjutan saban tahun.
“Kami mohon pihak terbabit cari jalan penyelesaian baharu dan usah guna alasan yang sama setiap tahun kerana ia tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya akan berlanjutan sehingga ke tahun-tahun akan datang.
“Mereka perlu menambah baik pam air di Lemal memandangkan ia tidak lagi dapat menampung pertambahan penduduk,” katanya.
Mohd Yamin berkata, pihak terbabit juga perlu menyelesaikan masalah tekanan air yang rendah di sini, memandangkan ia adalah masalah yang berlanjutan sejak lima tahun lalu.
Menurutnya, pelbagai usaha dilakukan penduduk antaranya membina perigi untuk keperluan harian.
Namun katanya, air perigi tidak dapat digunakan kerana terlalu keruh, berminyak, berbau hanyir, seterusnya menyebabkan masalah kegatalan pada kulit dan masalah kesihatan lain.
Katanya, penduduk juga pernah membeli alat penapis air namun ia hanya dapat bertahan Moselama beberapa hari kerana sumber air terlalu kotor.
“Kami rayu, bantulah kami memandangkan air amat penting untuk kegunaan harian malah keperluan meraikan Aidilfitri tidak lama lagi,” katanya.
sinarharian
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Hari Raya Aidilfitri
|